BAB 15

154 10 0
                                    

Datuk Johan menilik nombor yang tertera di telefon bimbitnya dengan rasa hairan. Tidak ada nama yang muncul bermakna orang yang memanggilnya bukan dari kalangan rakan atau saudara mara. Deringan terhenti tapi tidak sampai lima saat, telefonnya berbunyi lagi.

Tidak mahu meneka dalam kesamaran, Datuk Johan menerima juga panggilan tersebut sebelum matanya membesar setelah mendengar suara dari sebelah sana.

“Ann? Is it you dear?” Nafa terdiam seketika, terharu mendengar getaran suara Datuk Johan. “Please Ann, talk to papa.”

“Papa… Ann…” Nafa tidak dapat meneruskan percakapannya kerana dia berasa sebak setelah mendengar suara papanya. 

“Ann okey ke? Ya Allah… Ann pergi mana? Kenapa ikut lelaki lain? Kenapa Ann lari daripada Fad? Puas papa dengan Fad cari Ann.” Nafa tidak sempat bercakap setelah Datuk Johan bertanya bertalu-talu kepada Nafa.

“Papa… papa… Ann okey… apa maksud papa, Ann ikut lelaki lain?” Nafa berasa hairan mendengar kata-kata papanya.

“Fad kata Ann lari ikut lelaki lain. Siapa dia, Ann? Ann jangan malukan papa, balik sekarang.” Suara sendu bertukar menjadi garang.

Nafa berasa panas mendengar alasan yang diberikan oleh Tengku Fahad kepada Datuk Johan. Pandai betul Tengku Fahad membuat alasan yang menunjukkan dia bersalah di mata Datuk Johan. Rasa sebak bercakap dengan papanya bertukar menjadi rasa sakit hati pula.

“Mana ada Ann lari ikut lelaki lain. Fad tipu papa… papa nak percaya cakap Ann atau dia?”

“Kalau Ann tak ikut lelaki lain, kenapa Ann tak balik? Takkan Fad nak tipu papa pula?”

Suasana menjadi sunyi di antara mereka. Nafa tidak tahu sama ada dia patut memberitahu mengenai kejadian malam itu kepada Datuk Johan atau tidak. Dia tahu Datuk Johan lebih percayakan Tengku Fahad dan susah bagi Nafa untuk meyakinkan Datuk Johan mengenai perbuatan buruk Tengku Fahad.

Nafa masih memikirkan buruk baik keputusannya jika dia mendedahkan perbuatan Tengku Fahad kepada Datuk Johan kerana dia tidak mempunyai bukti kukuh kecuali semuanya adalah tanggapannya semata-mata. 

“Papa… papa jangan risau. Ann tak lari ikut lelaki lain. Ann gaduh sikit dengan Fad. Percayalah. Ann tinggal bersama kawan. Bagi Ann masa… okey. Nanti bila Ann dah bertenang, Ann balik.”

“Hmmm… Ann dah besar kan. Kalau Ann ada masalah dengan Fad, Ann baliklah dan selesaikan bersama.” Datuk Johan cuba berlembut untuk memujuk Nafa.

Datuk Johan tahu Nafa perlu dipujuk dengan cara lembut kerana Nafa yang degil akan memberontak jika dia berkeras. Dia tidak mahu kehilangan satu-satunya anak yang bakal mewarisi legasi perniagaannya sebab itu dia suka jika Tengku Fahad menjadi menantunya. Tengku Fahad akan dapat meluaskan empayarnya kerana dia yakin Tengku Fahad seorang yang pandai mengendalikan perniagaannya.

Suasana sepi menyelubungi dua beranak itu. Nafa sudah tidak tahu untuk meyakinkan papanya. Datuk Johan begitu obses dengan Tengku Fahad dan tidak mahu menerima lelaki lain mendampingi Nafa. Nafa pula bukan sengaja menentang Datuk Johan tapi dia yang tidak dapat menerima Tengku Fahad.

“Errr… papa… kredit telefon ini dah nak habis. Papa jangan risau… Ann baik-baik saja kat sini. Nanti Ann balik. Papa bagitau mama yang Ann okey. Bye pa.” Nafa lantas menghentikan perbualannya sebelum sempat Datuk Johan bercakap.

“Ann… hello… Ann… isy budak ni… dah putus pula.” Datuk Johan pandang telefonnya yang gelap. 

Wajah Datuk Johan merah padma menahan marah. Degil Nafa tidak boleh dibawa bincang. Ikut perangai siapa pun dia tak tahu. Mahu saja dia menghempas telefonnya tapi rasanya perbuatan itu sia-sia kerana Nafa tidak akan pulang walaupun telefonnya berderai sekali pun.

RAFFA: THE DISOWNED MAFIAWhere stories live. Discover now