Nafa menunggu Rosnita dengan sabar di atas motor kapcai Rosli. Enjin motosikal sudah dihidupkan dan Nafa memulas thorttle kuat, sengaja untuk menguji motosikal Honda EX5 itu. Nafa senyum dapat menunggang motosikal walaupun motor kapcai dan dia mula rindukan Ducati merahnya.
“Nita! Cepatlah… bersiap apa lama sangat, bukan nak pergi membeli belah. Kita nak ke dusun saja.” Nafa menjerit memanggil Rosnita.
“Kak Nafa ni, sabarlah. Nita baru keluar dari bilik kecik ni. Sakit perut.” Rosnita melangkah menuruni tangga depan rumahnya sambil membetulkan tudung.
Nafa memandang pelik gaya Rosnita pagi ini. “Aikk! Sudah tukar ka?” Bunyi ketawa meletus kuat dari mulut Nafa.
“Kak Nafa, jangan gelakkan Nita. Mak marah la Nita tak pakai tudung kelmarin. Hari ini mak ugut nak botakkan kepala Nita kalau Nita tak pakai tudung bila keluar.” Rosnita tarik muncung.
Nafa terdiam mendengar kata-kata Rosnita. Mak Saerah tak kata apa-apa pun kepadanya semasa dia turun tadi atau mungkin Mak Saerah malu untuk menegurnya kerana dia adalah tetamu Mak Saerah. Nafa tunduk memandang kaki yang hanya berselipar.
“Kenapa Mak Saerah tak tegur Kak Nafa?” Kedengaran suara Nafa begitu sayu di telinga Rosnita.
“Kak Nafa jangan salah faham. Kalau boleh dari semalam mak nak tegur tapi dia hormat Kak Nafa sebagai tetamu. Nak pakai tudung ini pun kita kena istiqamah, bukan boleh pakai begitu saja. Mula-mula mesti rasa terpaksa, lama-lama okey dah.”
“Errr… Nita kata kepada diri sendiri ke?” Nafa tarik senyum.
Rosnita menggaru kepala di sebalik tudung sarungnya kemudian dia tersengih malu. Silap haribulan pula nak bagi ceramah untuk Nafa padahal dia baru saja kena leter dengan Mak Saerah.
“Eh, Kak Nafa! Tahu ke tunggang motor? Kak Nafa duduk kat belakang, biar Nita yang bawa motor ni.”
“Tak apa Nita, Kak Nafa dah gian nak tunggang motor. Tangan ni asyik nak pulas throttle saja. Bagi Kak Nafa bawa, okey?”
“Kak Nafa pandai tunggang motor?”
“Haah… kesian motor Kak Nafa terperuk kat garage. Mesti dia rindu kat Kak Nafa.”
“Kak Nafa naik motor apa?”
“Ducati.”
Mulut Rosnita sudah melopong luas tapi betul juga kan. Tak kan Nafa nak tunggang motor kapcai seperti kebanyakan orang kampung di sini? Rasanya hanya Orang Kaya Mahfuz yang mempunyai motor besar tapi setakat RZ sajalah. Ducati? Rasanya hanya orang kaya di bandar saja yang mempunyai motosikal berkuasa besar seperti itu.
“Hei! Kenapa terlopong teruk sangat tu? Jom kita ke dusun. Kak Nafa dah tak sabar nak makan durian.”
“Haa, jomlah.” Rosnita terus naik di belakang Nafa.
Setelah Rosnita bersedia, barulah Nafa menggerakkan motosikal Rosli. Dia menunggang dengan perlahan ketika keluar dari rumah Mak Saerah. Apabila sampai di jalan tar kampung itu, Nafa terus memecut dengan laju.
Rosnita menjerit kuat sehingga terpaksa memeluk pinggang Nafa. Nafa hanya ketawa, gembira dapat memecut dengan laju. Dia sudah gian untuk menunggang motor, sekarang dia dapat lepaskan giannya walaupun hanya dapat menunggang motor kapcai.
“Kak Nafa, perlahanlah sikit. Kak Nafa bukannya tahu jalan kat sini. Jalan ke dusun pun Kak Nafa tak tahu.” Rosnita terpaksa menjerit untuk mengatasi bunyi enjin motor buruk abangnya.
Nafa memperlahankan motor setelah mendengar kata-kata Rosnita. Nafa menghembus nafas dan mula menunggang dengan lebih santai. Barulah Rosnita merasa lega, selama ini dia tidak pernah naik motor selaju ini. Abang Rosli pun tak pernah tunggang dengan laju. Ganas betul Kak Nafa, kalaulah Hafiz tahu hmmm Rosnita tak dapat agak apa reaksi Hafiz.
YOU ARE READING
RAFFA: THE DISOWNED MAFIA
ActionNafa Arleanne, gadis kota yang lincah serta periang melarikan diri setelah menjadi saksi satu pembunuhan. Pembunuhan itu melibatkan kekasihnya, Tengku Fahad. Nafa tidak pernah tahu Tengku Fahad adalah seorang ketua mafia. Tengku Fahad berselindung d...