Hafiz dan Rosli pulang setelah matahari sudah tinggi. Perut sudah berkeroncong minta diisi. Hafiz ingin kembali ke rumahnya tapi dilarang oleh Rosli. Mak Saerah dan Mona sedang sibuk memasak di dapur. Rosli masuk ke dapur dan menuju ke peti sejuk. Sebotol air sejuk dikeluarkan dan diletakkan di atas meja. Dua biji gelas diambil dan air dituang ke dalam gelas. Satu gelas diberi kepada Hafiz dan satu lagi diminum dengan rakus.
Mak Saerah hanya menggeleng melihat telatah anak sulungnya. Dah jadi bapa kepada 2 orang anak tapi perangai kalah budak-budak. Hafiz minum air kosong itu dengan tertib dan seperti biasa mulut akan sentiasa terkunci.
"Kenapa senyap saja mak? Nita dengan Nafa pergi mana?" Rosli pandang Mak Saerah yang sedang mengupas bawang.
"Adik kamu ke dusun dengan Nafa. Nafa teringin nak makan buah-buahan segar, katanya."
"Eh! Anak orang kaya tak ada dusun ke?" Rosli kehairanan.
"Nafa tak ada dusun tapi dia ada ladang kuda." Mona menyampuk perbualan mereka.
"Mana Mona tahu?"
"Mona dengar mereka bersembang semalam." Mona tersengih. Dia mengintip perbualan Nafa dan Rosnita setelah dia tidak dapat tidur apabila mendengar mereka bercakap-cakap. Banyak juga yang dia tahu mengenai Nafa melalui perbualan itu tapi dia juga seperti Rosnita, nekad untuk merahsiakan apa yang dia dengar.
"Mona pasang telinga?" Rosli hampir menyembur air yang diminumnya.
"Bilik Nita sebelah saja dengan bilik Mona, mestilah dengar." Mona tersengih.
"Tak baiklah Mona... "
"Alaaa... kalau abang ada, abang pun pasang telinga juga."
Rosli pula tersengih sambil menggaru kepala. Mata melirik kepada Hafiz yang masih diam dari tadi. Sejak mereka ke pekan tadi Hafiz sudah membisu, entah apa yang tak kena... Rosli pun tidak tahu.
"Tadi kan Li, Nafa tunggang motor buruk Li ke dusun. Nita tak bagi pada mulanya tapi bila Nafa kata dia pun ada motor, barulah Nita bagi bawak."
"Nafa tunggang motor? Biar betul?"
"Betul Li tapi mak tengok adik kamu pucat juga mukanya bila naik dengan Nafa." Mak Saerah bersungguh-sungguh menceritakan kepada Rosli dan Hafiz. "Dia kata motor dia ka... ka... ti... entahlah mak pun tak tahu menyebutnya."
"Ducati?" tanya Hafiz.
"Entahlah Hafiz, Mak Era tak pasti tapi belakang tu ada la bunyi kati. Maklumlah orang tua, mana nak reti nama motor-motor ni. Kalau motor buruk Rosli tu Mak Era tahulah nama Honda."
"Sampai hati mak kata motor Li buruk. Motor buruk tu banyak jasanya tau tapi gilalah Nafa naik Ducati. Idaman Li mak oi. Eh! Hafiz, kau ada juga kan motor Ducati?"
"Mak Era saya balik dulu, nak mandi. Nak ke surau sekejap lagi." Hafiz bangun dari duduk dan meminta diri. Soalan Rosli dibiarkan tidak berjawab.
"Haaa... baiklah. Nanti mai makan sini tau. Mak Era masak banyak ni."
Hafiz sekadar mengangguk. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Sebelum sempat kakinya melangkah pintu, dia melihat Ehsan... anak Rosli mengayuh basikal laju menuju ke rumah Mak Saerah. Rasanya Ehsan baru pulang dari sekolah tapi kenapa wajahnya kelihatan cemas?
"Ayah! Ayah! Kak Nafa bergaduh! Cepat kita ke sana!" Tanpa sempat membrek, Ehsan terjun dari basikalnya.
Mak Saerah, Mona dan Rosli segera menjenguk dari dapur setelah mendengar riuh suara Ehsan menyatakan sesuatu.
"Apa?! Apa?! Rumah siapa terbakar?" Rosli tanya anaknya yang kelihatan begitu kelam kabut.
"Bukan rumah terbakar. Kak Nafa bergaduh dengan Kak Wanie kat dusun." Nafas Ehsan tercungap-cungap mencari oksigen. Dia hampir putus nyawa kerana mengayuh basikal terlalu laju, kalah pasukan LeTour Langkawi.
YOU ARE READING
RAFFA: THE DISOWNED MAFIA
ActionNafa Arleanne, gadis kota yang lincah serta periang melarikan diri setelah menjadi saksi satu pembunuhan. Pembunuhan itu melibatkan kekasihnya, Tengku Fahad. Nafa tidak pernah tahu Tengku Fahad adalah seorang ketua mafia. Tengku Fahad berselindung d...