Suasana menjadi sunyi apabila Hafiz dan Luke diam membisu. Hafiz sudah tentu terkedu dengan berita yang baru diterima. Dia dan Rosli sudah lama melupakan dunia mafia malah dia sudah dapat melupakan perkara sedih yang berlaku dalam kehidupannya. Fasa move on berjalan lancar setelah dia bekerja dengan Rosli dan tinggal jauh dari bandar.
“Tak mungkin Ferhad tahu. Aku dah hilang dari radar begitu lama atau kau yang bocorkan rahsia ini kepada Ferhad.” Hafiz sekadar meneka.
Luke tersentak apabila dituduh oleh Hafiz. Wajahnya menyinga.
“Kalau aku bocorkan, mengapa pula aku bersusah payah memberitahu kepada kau sekarang? Guna akallah Raf.” Luke hampir saja menjerit tapi mengenangkan mereka berada di kafe yang ramai pelanggan, dia tidak mahu buat drama di situ.
“Tak guna aku lindungi kau dan Leo selama ini jika aku nak bocorkan sekarang. Apa yang aku dapat selain dari mati?” suaranya kembali merendah.
“Maafkan aku. Bukan aku tak percayakan kau tapi hanya kau seorang yang tahu hal ini.”
Luke mendengus perlahan. Dia faham akan kesangsian Hafiz malah dia sendiri tidak percaya Ferhad akan tahu perkara itu jika dia sendiri yang saksikan kebenarannya.
“Ada orang tunjuk gambar kau kepada Ferhad.”
“Apa maksud kau?”
“Kau kenal Tengku Fahad Tengku Fuad dan Nafa Arleanne Karyl Datuk Johan Mehboob?”
Hafiz terpana. Nama yang keluar dari mulut Luke membuatkan bulu romanya meremang. Bagaimana Luke boleh kenal Nafa? Adakah nama yang di sebut Luke adalah sama dengan Nafa yang berada di rumah Mak Saerah sekarang. Wajahnya bertukar menjadi agak pucat.
Melihat reaksi Hafiz, Luke yakin Hafiz mengenali Nafa. “Tengku Fahad adalah sepupu Ferhad. Dia minta tolong Ferhad mencari kekasihnya yang lari dari rumah dan kebetulan anak buahnya sudah jumpa Nafa di sebuah kampung. Dia mengambil gambar lalu diberikan kepada Tengku Fahad. Lelaki itu kata kau yang menjaga Nafa sekarang. Bila Ferhad tengok gambar yang diberi oleh Tengku Fahad, dia dapat cam lelaki dalam gambar itu adalah kau.”
“Ferhad kenal aku walaupun muka aku macam ini?”
“Ya, walaupun wajah kau macam orang utan dia tetap kenal kau.” Luke ketawa kecil.
“Kemudian?” Hafiz tidak pedulikan perlian Luke, wajahnya masih tegang.
“Ferhad panggil dan berhadapan dengan aku. Mestilah aku menafikan dan aku bersumpah yang kau dan Leo telah mati tapi kau faham-faham sajalah si Ferhad, dia kurang percaya cakap aku. Nasib baik Tuan Felix suruh dia lupakan hal kau tapi…”
“Ferhad tak puas hati kan sebab itu kau datang jumpa aku sekarang.”
“Betul. Aku nak kau berhati-hati. Apa juga perhubungan kau dengan gadis itu, aku harap kau pulangkan kembali kepada Tengku Fahad sebelum Ferhad bunuh kau… sekali lagi.”
Luke menarik nafas panjang dan merenung Hafiz tanpa berkelip.
“Apa yang kau nak tahu?” Luke ketawa kuat.
“Kau masih macam dulu. Kau sentiasa tahu apa yang ada dalam fikiran aku. Nampaknya kau masih berbisa, Raf.” Ketawanya masih bersisa ketika melihat wajah cemberut Hafiz. “Jangan kata kau larikan Nafa sebab Nafa adalah kekasih kau.”
“Nafa kekasih Tengku Fahad? Jadi mesti Tengku Fahad lakukan sesuatu sehingga Nafa lari daripada dia. Tengku Fahad dan Ferhad…”
“Raf! Kau tak jawab lagi soalan aku.”
“Apa?”“Kau dan Nafa, kekasih?”
Hafiz menggeleng, tidak mahu mengaku mereka adalah pasangan kekasih. Nampaknya keadaan akan menjadi buruk dengan penglibatan Ferhad. Dia risaukan keselamatan keluarga Abang Rosli. Mereka tidak boleh terlibat dalam hal ini kerana mereka tidak pernah tahu kegiatan Rosli dahulu. Tentu Mak Saerah dan Mona akan terkejut jika tahu Rosli pernah bekerja dengan mafia dulu.
“Kau kenal Nafa?” Luke masih lagi tidak berpuashati melihat Hafiz menggeleng. “Kau tahu tak siapa Nafa?”
Buat kesekian kalinya Hafiz menggeleng membuatkan Luke hampir saja menumbuk rakan lamanya itu. Keluhan keras dihamburkan apabila Hafiz kelihatan terpinga-pinga.
“Yang aku tahu, Nafa anak orang berada. Dia kata lari dari teman lelakinya kerana tidak mahu kahwin dengan lelaki itu. Dia menyorok dalam bangsal rumah aku lepas dia bersembunyi dalam pikap Abang Li. Dia dah call papa dia kata nak tinggal di kampung buat sementara waktu, nak cari kedamaian katanya. Aku tumpangkan di rumah mak Abang Li sebab tak manis kalau dia tinggal kat rumah aku. Aku tak sangka…”
“Kau pulangkan dia semula kepada keluarga dia sebelum Ferhad jumpa dia bersama kau. Buruk padahnya kalau Ferhad jumpa kau.”
“Tapi aku tak boleh biarkan dia jatuh ke tangan Tengku Fahad. Aku rasa dia tahu Tengku Fahad bukanlah orang yang baik. Ya, sekarang semua make sense. Dia lari sebab dia tahu Tengku Fahad sudah lakukan sesuatu.”
“Tapi Raf…”
“Tidak! Aku tak boleh lepaskan Nafa kepada Tengku Fahad atau Ferhad. Not when she's with me!” Hafiz tegas dengan pendiriannya.
Luke pandang lama wajah Hafiz. Dia dapat rasakan ada sesuatu perkara yang Hafiz sorokkan daripadanya. Tadi kata tak ada hubungan tapi kemudian tak benarkan Nafa kembali kepada Tengku Fahad pula padahal Tengku Fahad adalah teman lelaki Nafa,
“Kau dah jatuh cinta ke Raf?”
“Hah?! Tak!”
“Tapi kenapa kau pertahankan teman wanita Tengku Fahad kalau kau tak cintakan dia?”
Hafiz diam seribu bahasa. Benarkah kata-kata Luke? Dia dan Nafa… bercinta? Tak mungkin. Dia masih sayangkan Hafizah. Janjinya kepada Hafizah untuk sehidup semati. Tiada dua hanya satu pilihannya iaitu Hafizah. Kening dikerut sehingga bercantum.
Nafa Arleanne Karyl.
Nama itu bermain-main dalam kepalanya. Dia tahu Naf anak orang kaya hanya melihat kepada penampilan Nafa. Wajah kacukan itu sesuai dengan namanya. Hafiz senyum nipis. Entah apa yang lucu tapi tindakan Nafa melarikan diri agak unik memandangkan dia seorang wanita. Mana ada seorang gadis memanjat pikap yang agak tinggi dan menyorok di dalamnya.
Senyumannya pudar apabila nama Tengku Fahad lalu dalam fikirannya. Bukan Tengku Fahad yang ditakutinya tapi Ferhad yang dikatakan sepupu Tengku Fahad. Adakah Tengku Fahad juga sebahagian dari kumpulan mafia Tuan Felix? Kalau benar maka nyawa Nafa berada dalam bahaya.
Apa perlu dia buat?
YOU ARE READING
RAFFA: THE DISOWNED MAFIA
ActionNafa Arleanne, gadis kota yang lincah serta periang melarikan diri setelah menjadi saksi satu pembunuhan. Pembunuhan itu melibatkan kekasihnya, Tengku Fahad. Nafa tidak pernah tahu Tengku Fahad adalah seorang ketua mafia. Tengku Fahad berselindung d...