BAB 41

99 8 4
                                    

Mata Abang Rosli, Luke dan Rosnita membesar melihat sengihan lebar Black. Abang Rosli sudah telan liur beberapa kali. ‘Bala! Bala!’ Hatinya menjerit bertalu-talu. Orang yang paling  dia tak mahu berjumpa adalah Ferhad dan Black. Mereka adalah insan yang paling ditakutinya dulu.

Black tidak datang sendirian. Dia juga membawa beberapa orang sekiranya dia memerlukan bantuan jika keadaan tidak mengizinkan. Luke telan liur. Mesti dia akan dipaksa pulang oleh Black sebentar lagi. Luke yakin Ferhad sudah tahu kedatangannya ke sini untuk memberi amaran kepada Raffa. Apa yang Luke tidak tahu, Ferhad sudah pun menjalankan rancangannya terlebih dulu.

Luke pandang Rosnita, memberi isyarat mata agar Rosnita beredar dari situ. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu Rosnita tahu perihal mereka semua terutama sekali dia. Luke tidak mahu Rosnita tahu pekerjaan tetap dia sebagai mafia dan dia tidak berhajat pun untuk memberitahu Rosnita.

“Well… well… well… ada perhimpunan keluarga ke? Boleh aku join?” Black masih lagi tersengih suka melihat wajah pucat Abang Rosli dan Luke. “Apa khabar Leo? Lama aku tak jumpa kau. Nampaknya kau bertambah sihat sekarang, dah gemuk aku tengok.”

“Abang! Kenapa…”

“Nita pergi balik. Sekarang!”

“Tapi…”

“Balik. Sekarang.”

“Please Ros. Go back now.”

Rosnita merasakan suasana di dalam dusun itu menjadi seram seperti ada hantu baru keluar dari situ. Bulu romanya bertambah meremang mendengar suara Luke dan Abang Rosli silih berganti. Suara mereka kedengaran bergetar dan dalam. Lebih kepada arahan. Dia bertambah takut melihat wajah tegang mereka berdua.

Apa yang berlaku sebenarnya? Abangnya yang ceria dan suka mengusik berubah menjadi harimau yang bersedia untuk menerkam bila-bila masa saja. Luke yang peramah turut bertukar watak.  Mereka berdua beria-ia menyuruhnya pulang ke rumah. Rosnita pasrah. Dia tidak mahu menimbulkan ketegangan di antaranya dan Abang Rosli maka dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Nanti-nantilah dia tanya Abang Rosli apakah yang berlaku sebenarnya. Ketika melintasi Black untuk mengambil motosikal, Black menutur sesuatu membuatkan Rosnita terpana.

“Dah nak balik? Kau tak mau tahu siapakah mereka yang sebenarnya?”

“Black! Don't you dare!”

“Jangan!”

Rosnita terpempan. Entah mengapa kepalanya memikirkan perkara yang buruk-buruk saja. Dia memandang wajah abangnya. Ya. Wajah Abang Rosli kelihatan pucat tak berdarah. Luke pula? Luke kelihatan begitu gelisah.

“Tak perlu. Saya tahu siapa abang saya. Awak orang luar, tak perlu nak jaja kisah abang saya.” Pandangan mata Rosnita memanah tajam kepada Black.

Pelik pula dia. Entah siapa Black yang begitu sibuk nak dedahkan rahsia Abang Rosli.

“Kau yakin? Kau memang berani, budak!” Black menggetap gigi, terasa tercabar dengan Rosnita.

“Ya, saya yakin. Awak nak beritahu yang abang dan Luke orang jahat?” 

Abang Rosli dan Luke terpana. Mereka betul-betul terkejut kali ini. Rosnita sudah bermain api dengan Black. Sengihan Black bertambah lebar.

“Kalau aku kata ya?” Rosnita terpegun mendengar jawapan Balck. Mulut terkumat-kamit ingin menyatakan sesuatu tapi lidahnya kelu melihat wajah Abang Rosli. 

“Kenapa kau beria-ia nak beritahu adik aku pasal masa silam aku? Aku dah tak ada kena mengena dengan kau. Aku dah hidup aman damai di sini. Aku tak pernah kacau kau orang semua. Kenapa?” Abang Rosli seolah-olah sudah pasrah.

“Kalau Luke tak muncul mungkin kau akan selamat tapi Luke dah buat Ferhad duduk tak senang.”

“Sekarang salah aku pula?” Luke bertempik, tidak puas hati.

“Memang salah kau. Kalau kau tak jumpa Raf mungkin perkara ini tak terjadi.”

Aduh! Rosnita pegang kepala. Siapa pula Raf? Banyak betul nama-nama aneh muncul hari ini. Tadi Leo sekarang Raf pula. Tiba-tiba wajah Hafiz terbayang dalam fikirannya, Takkan… Tangan menutup mulut, menyembunyikan rasa terkejutnya.

“Aku tak faham apa yang Ferhad nak. Raf tak buat apa-apa pun kat dia. Aku datang sini sekadar untuk mengingatkan Raf supaya hantar gadis itu kembali kepada keluarga dia. Salah ke?”

“Itu aku tak tahu. Kedatangan aku sebenarnya nak ajak kau balik. Ferhad dah bising.”

“Kalau aku tak nak?”

“Arahan Ferhad. Bawa kau balik… cara baik atau cara kasar.”

Dang!    

Abang Rosli dan Luke mara serentak menghampiri Rosnita. Abang Rosli segera menarik tangan dan membawa Rosnita ke belakang badannya untuk menyembunyikan Rosnita daripada Black. Luke juga berdiri sejajar dengan Abang Rosli juga bertujuan untuk melindungi Rosnita. Rosnita memegang kuat baju Abang Rosli. Tangannya menggigil, takut melihat wajah masing-masing.

“Ab… bang… apa yang dah jadi? Siapa mereka semua? Kenapa lelaki tu macam nak perang? Nita takut.” Rosnita jadi seriau melihat wajah bengis Black dan sekutunya.

“Ros, jangan risau. Aku dan Leo ada. Kami tak akan biarkan dia…”

“Kalau kau ikut Black balik kan senang. Tak perlu aku hadap benda-benda macam ni!” Abang Rosli marah Luke. 

“Abang! Kenapa marah Luke?”

“Kau senyap Nita! Kau dengarkan tadi. Black nak jemput Luke balik sebab tu dia datang sini. Dia dah menghuru-harakan hidup kita. Kenapa kau nak bela dia?” 

“Nita… Nita… suka Luke.” Rosnita kemam bibir, senyum dalam diam.

“Ishhh! Masa macam ni pun nak suka. Budak ni, aku lepuk kang!” Abang Rosli hampir-hampir nak lepuk kepala Rosnita.

Luke senyum senget. Suka dengar pengakuan Rosnita. Kini dia yakin akan hasratnya untuk tinggal di kampung itu. Mungkin dia akan lebih gembira dan bahagia jika dia berkahwin dengan Rosnita. Tak apa, kita berangan dulu sebab angan-angan kan percuma.

Sementara itu, rakan-rakan Black juga mara membuatkan Abang Rosli sudah bersedia membuka kuda-kuda. Tanpa senjata Luke merasa agak tertekan. Bagaimana dia hendak melawan Black? Kumpulan Black mempunyai senjata lengkap walaupun masih belum dikeluarkan. Sebelum Black mengeluarkan arahan, mereka akan bertahan di situ.

“Luke, jangan buat scene kat sini. Kau nak orang-orang kampung datang sini? Ikut aku cara baik. Aku janji tak akan apa-apakan Leo dan adik dia.” Black masih lagi mahu berdiplomasi.

“Kenapa Ferhad nak sangat aku balik? Apa yang dia takutkan?”

“Itu… kau kena tanya dia sendiri. Aku hanya ikut arahan.”

“Luke… baliklah. Black, tolonglah. jangan buat kacau kat sini. Aku tak mau satu kampung kecoh pasal ini. Aku dan Raf dah lama berhenti. Kami dah lama cuci tangan. Kami buat kerja kami sendiri. Kami tak kacau Ferhad pun. Kenapa Ferhad rasa tergugat pula sekarang?” Kalau boleh merayu, Abang Rosli akan terus merayu.

“Itu sebelum dia tau kau orang mati. Sekarang dia dah tahu Raf masih hidup jadi… kau faham-fahamlah.”

Abang Rosli dan Luke saling berpandangan. Nampaknya Ferhad masih takut akan bayang-bayang Raffa. Abang Rosli kemudiannya menggeleng. Dia yakin Hafiz aka Raffa tidak akan kembali kepada kerja lamanya. Hafiz sudah serik untuk terlibat dalam kumpulan mafia. Mengapa Ferhad pula yang risau?

Derapan bunyi kasut menandakan ada orang menghampiri mereka membuatkan pandangan masing-masing berpusing memerhati sekeliling. Wajah Black berubah apabila seorang lelaki yang amat dikenalinya menjelma di depannya sementara Abang Rosli dan Luke mengukirkan senyuman tanda lega. 

Wajah tidak mesra alam Raffa muncul bersama aura yang menggerunkan.



RAFFA: THE DISOWNED MAFIAWhere stories live. Discover now