BAB 22

168 14 0
                                    

Rosli memandu pikapnya dengan berhemah. Bukan dia tidak pernah pandu laju tapi dengan adanya Hafiz di sebelahnya, Rosli terpaksa pandu dengan cermat.

Hafiz selalu menegur Rosli jika Rosli memandu melulu kerana Hafiz tidak mahu terlibat dalam kemalangan. Dia agak trauma dengan kemalangan yang meragut keluarganya.

Rosli menjeling sedikit ke arah Hafiz yang sedang melemparkan pandangan ke luar jendela pikap. Entah apa yang dikenangkan oleh Hafiz. Nak kata menikmati pemandangan, hari-hari mereka lalu situ. Bukan ada yang menarik pun kecuali pokok-pokok getah di sepanjang jalan itu.

"Teringatkan Nafa ke?" Rosli senyum dengan soalannya.

Hafiz terkejut dan memandang ke arah Rosli dengan pantas. Gigi diketap sehingga berbunyi membuatkan Rosli telan liur.

"Err... err... abang... abang nak tanya benda lain tapi terkeluar nama Nafa pula, heh." Rosli garu kepala.

Hafiz tersenyum sedikit melihat Rosli gelabah. Tau takut, desis hatinya. Sebenarnya memang dia teringatkan Nafa tapi untuk mengaku depan Rosli, dia rasa malu pula. Malu sepasal, nanti Rosli ejek dia... tak tahu nak letak muka dia yang serabut itu.

"Abang Li, kita nak ambil simen kat kedai Man Chong lagi ke? Abang Li tahukan harga simen dah naik. Apa kata kita beli kat tempat lain pula." Hafiz tanya tapi mata masih memandang luar.

Rosli ketawa kecil. 'Hafiz... Hafiz... mengaku sajalah ingatkan Nafa, tanya bab simen pula. Selalu tak pernah tanya apa-apa, dia ikut saja kat mana aku beli.'

"Rasa-rasa Nafa selesa tak tidur kat rumah abang?" Rosli sengaja tukar soalan.

"Nafa seorang gadis yang tak cerewet. Dia boleh tidur dalam bangsal jadi setakat rumah abang tak ada hallah."

"Kan... abang rasa bertuah dapat berkenalan dengan anak orang kaya. Dia tak cerewet, pandai ambil hati orang tua walaupun tak pandai masak tapi dia cantik kan?"

Hafiz mengangguk laju tanpa menyedari Rosli sedang tersengih kepadanya.

"Betul Abang Li, Nafa memang cantik walaupun tak... eh?" Hafiz ketap bibir pula apabila menyedari dia sudah terlanjur kata.

Rosli ketawa dengan kuat. Berjaya juga dia membuatkan Hafiz mengaku tanpa sedar.

"Abang Li, saya tak boleh."

"Kenapa pula? Kau duda, dia anak dara... dua-dua single. Abang Li tengok kau orang memang sepadan. Bagai pinang di belah dua."

"Saya tak mampu. Abang Li tahukan siapa saya sebelum ini?"

"Tapi Hafiz dah tinggalkan perkara itu dah lama. Tiada siapa cari Hafiz selama ini. Abang Li rasa mereka dah lupakan Hafiz."

"Bayang-bayang mereka masih menghantui saya sehingga hari ini. Mungkin mereka dah anggap saya dah mati tapi..."

Rosli menaris nafas perlahan. Dia tahu apa yang terjadi sebab dia yang menolong Hafiz selepas kejadian itu.

*

*

*

Imbas kembali:

Raffa dipegang erat oleh konco-konco Tuan Felix. Wajahnya berlumuran darah, kesan daripada bertempur dengan konco-konco Tuan Felix yang juga merupakan rakan-rakannya.

Raffa mengamuk apabila mengetahui kemalangan yang mengorbankan keluarganya adalah angkara Tuan Felix. Tuan Felix mengarahkan agar keluarga Raffa dibunuh kerana dia mendapati Raffa sudah berpaling tadah daripadanya. Membunuh keluarga Raffa merupakan satu hukuman kepada Raffa.

Tuan Felix menghampiri Raffa yang diduduk secara melutut lalu mencengkam rahang sehingga Raffa terdongak. Senyuman sinis melatari bibirnya.

"Kau tak perlu jadi pembela seperti Jebat, kau tak dapat bunuh aku walaupun dalam hati, kau nak cincang-cincang
aku. Tapi kau lupa siapa aku. Aku tak boleh disentuh oleh sesiapapun termasuklah kau." Tuan Felix melepaskan rahang Raffa dengan kasar.

RAFFA: THE DISOWNED MAFIAWhere stories live. Discover now