Nafa Arleanne Karyl hanya membatu apabila kereta yang dinaikinya membelah jalan raya. Mulut muncungnya menarik minat Ferhad yang sejak dari tadi menilik Nafa dengan penuh perasaan. Wajah eksotik Nafa berjaya mencairkan hati keras sejuk beku Ferhad. Patutlah Tengku Fahad sanggup melutut kepadanya demi untuk memiliki Nafa.
Nafa masih lagi membeku sambil mata ralit memerhati keluar. Dia tidak mahu bercakap atau menatap wajah lelaki yang kononnya ‘bakal suaminya’. Nafa tidak sabar untuk sampai ke rumah. Tidak sabar untuk berdepan dengan Datuk Johan mengenai perkara yang bermain-main di kepalanya.
Siapa Ferhad? Bagaimana dia boleh muncul lalu menjadi share partner Datuk Johan? Setahu Nafa, papanya tidak pernah menyebut nama Ferhad. Hanya nama Tengku Fahad yang selelu disebut sebagai menantu Datuk Johan. Pelik Nafa memikirkan perkara ini.
“Apa yang you fikirkan?” suara garau Ferhad mengejutkan Nafa.
Perlahan-lahan Nafa memalingkan wajahnya, memandang wajah serius Ferhad. ‘Cis! Dalam keadaan macam ini pun nak tunjuk macho.’ Nafa kutuk sekadar dalam hati, tak berani nak nyatakan secara terangan. Entahlah, Nafa rasa tidak selesa berada bersebelahan Ferhad. Tidak seperti dia bersama Hafiz.
“I cuma fikir satu perkara. You siapa hah?!” suara Nafa tiba-tiba melengking membuatkan Ferhad terkerinsing.
“Wow! It's not nice for a lady like you asked to me like that. You're rude.”
“Am I? How about you?”
Ferhad ketawa dengan kuat sehinggakan pemandu Ferhad memandang mereka melalui cermin pandang belakang.
“Cik… jangan berkasar dengan Tuan Ferhad. Cik belum kenal dengan dia lagi.” Pemandu bernama Nadeem cuba menegur Nafa.
Nafa hanya menjeling ke arah Nadeem sambil mendengus. “You siapa pula nak tegur I?”
“Errr… saya bukanlah siapa-siapa, cuma driver Tuan Ferhad tapi saya cuma ingin menasihati cik saja. Cik tak kenal Tuan Ferhad lagi jadi tak elok berkasar dengan dia.” Senyuman nipis diberikan sebelum dia fokus kepada pemanduannya. Jika dia tersilap atau tersasar dalam pemanduannya maka Ferhad pasti akan menghukumnya. Sebenarnya dia risau jika Ferhad mengamuk kerana buruk padahnya jika Ferhad bertukar watak.
“You driver saja tapi boleh pula tegur I. Hei! Kita tak kenal pun.” Nafa sendiri pelik dengan dirinya sendiri. Dia tidak pernah berkasar dengan orang yang tidak dikenali tapi berada dalam kenderaan bersama Ferhad, anginnya menjadi tidak stabil. Asyik nak jadi taufan saja.
“Tch… tch… Nafa Arleanne Karyl. How should I call you. Nafa? Arleanne or Darling?” Ferhad cuba untuk memegang bahu tapi ditepis kuat oleh Nafa.
“No! Don't touch me!” Nafa mengenjak dirinya rapat ke pintu. “I tak tahu apa muslihat you. I tak pernah dengar nama you sebagai share partner papa or what so ever. Kenapa tiba-tiba muncul?”
Ferhad hanya mampu ketawa tapi tawanya pudar seketika kemudian. Rasa marah yang mencengkam di dalam hati terpaksa ditahan buat sementara waktu. Ferhad tidak mahu menunjukan dirinya yang sebenar seawal ini.
“You pun tak pernah masuk pejabat jadi you tak tahu Datuk Johan dah sign MOU dengan company I. Datuk dah bagi kepercayaan kepada I untuk handle company dan you.”
“Apa maksud you? Bagaimana papa?” Lidah Nafa kelu untuk berkata. Dia hairan bagaimana Datuk Johan boleh percayakan seseorang yang langsung tidak dikenali. “Tapi papa tak kenal you…”
“That's where you are wrong, dear. Papa you dah lama kenal I.”
“Tapi Tengku Fahad…”
Ferhad terdiam apabila Nafa menyebut nama Tengku Fahad. Ferhad hanya senyum sinis, tidak mahu memberitahu hubungannya dengan Tengku Fahad. Tengku Fahad sendiri tidak menyedari penglibatannya dengan Datuk Johan tapi Ferhad tidak merasakan masalah besar akan timbul di antara dia dan Tengku Fahad. Ferhad tahu bagaimana cara untuk mendiamkan Tengku Fahad.
![](https://img.wattpad.com/cover/350514042-288-k209518.jpg)
YOU ARE READING
RAFFA: THE DISOWNED MAFIA
ActionNafa Arleanne, gadis kota yang lincah serta periang melarikan diri setelah menjadi saksi satu pembunuhan. Pembunuhan itu melibatkan kekasihnya, Tengku Fahad. Nafa tidak pernah tahu Tengku Fahad adalah seorang ketua mafia. Tengku Fahad berselindung d...