Tengku Fahad meneguk wiski seperti minum air sejuk. Di kiri dan kanan Tengku Fahad, dua gadis peneman sibuk membelai Tengku Fahad. Mereka tenggelam dalam syurga dunia, syurga yang tidak menjanjikan bahagia selamanya. Namun mereka lupa dunia hanyalah tempat sementara manakala akhirat adalah tempat untuk kekal selamanya.
Hamid, Leong dan Kumar berdiri tegak di belakang Tengku Fahad, menanti dengan sabar ketua mereka melepaskan nafsunya. Liur ditelan kesat melihat gadis peneman begitu asyik mengulit Tengku Fahad. Alangkah bahagianya jika Tengku Fahad bermurah hati memberi seorang gadis peneman kepada mereka, akan diulit sampai lebam.
“Hamid, kau dah cari perempuan hari tu?” walaupun dalam keadaan hampir mabuk, Tengku Fahad masih lagi dapat memikirkan Nafa.
“Sudah bos tapi masih lagi tak jumpa.” Hamid jawab dengan perlahan.
“Apa yang kau orang buat?! Perempuan seorang pun tak boleh cari!”
“Macam mana kami nak cari bos? Kami dah ronda kawasan tu banyak kali tapi bayang pun tak nampak.”
“Aku tak suruh cari bayang! Aku nak orangnya. Faham! Kau orang memang tak berguna!” Tengku Fahad hempas gelas. Berderai apabila gelas mendarat di atas meja kaca.
“Cuba guna otak, dia takkan nak duduk di situ, dia mesti dah lari jauh. Carilah di tempat lain pula. Itu pun aku nak ajar ke?” tempikan Tengku Fahad bergema di dalam bilik eksklusif.
Hamid, Leong dan Kumar pegang telinga masing-masing. Boleh pekak kalau begini hari-hari. Suara Tengku Fahad boleh tahan kuat, sikit lagi gelas akan pecah.
“Tak apa bos, kami pergi sekarang juga. Bos tak payah bagi GRO kat kami malam ni, kami akan cari perempuan tu sampai jumpa.” Hamid angkat tangan kanan.
“What the hell? Bila pula aku nak bagi GRO kat kau orang? Ohoo… kau semua mimpi sedang ehem… ehem…” Tengku Fahad ketawa kuat. Dia tidak sangka yang mereka berangan nakkan gadis peneman sepertinya.
Uhuk… uhuk… uhuk… mereka batuk serentak. Segera mereka meninggalkan Tengku Fahad sebelum Tengku Fahad menghamburkan kata perlian terhadap mereka lagi.
“Gila kau Mid! Kau berangankan. Agak-agaklah Tengku nak bagi GRO tu kat kita, memang kita bermimpilah.” Kutuk Kumar.
“Kau pun sama. Aku tengok air liur kau dah meleleh sampai siku dah. Nak kata kat orang… dia pun sama.” Hamid tidak mau kalah.
“Alaaa… itu GRO mana cantik, amoi aku lagi cun ooo.” Leong tepuk dada. Dia tak hairan dengan gadis-gadis itu semua. Dia seorang pecinta yang setia. Cukup seorang kekasih untuknya. Siapa kata samseng tak pandai setia. Leong salah seorang daripadanya. Hehe.
“Tengku tu memang kedekut, nak bolot seorang saja.” Hamid mengeluh.
“Dia pakai duit maa, kita kira mau tumpang saja… memang dia marah maa.” Leong seakan membela Tengku Fahad.
“Mid, mana kita mau cari itu perempuan?” Kumar kembali ke topik asal mereka.
Hamid garu kepala. Kalau mereka kenal perempuan itu senang kerja mereka. Tengku Fahad hanya beri gambar sebagai rujukan. Malaysia bukannya kecil, kalau nak cari satu negara… mahu makan masa bertahun nak jumpa. Takkan nak siarkan dalam media sosial pula, silap haribulan satu pasukan polis akan cari sama. Habis mereka.
“Tengku ni pun satu, kenapa dia bawa perempuan tu malam kita bunuh perempuan simpanan dia? Kan dah susah.”
“Bukan dia yang susah tapi kita yang susah.” Hamid menggerutu marah.
“Dah kerja kita… kena buatlah. Dapat upah lumayankan.” Ujar Leong.
“Kau dari tadi asyik bela Tengku saja, kau ada share dengan dia ke?” Hamid selar Leong.
“Sudah! Sudah! Dari tadi asyik nak bertengkar saja. Kau dah kenapa Hamid? Takkan tak dapat GRO kau panas dengan Tengku tu?”
Hamid meraup mukanya. Betul kata Kumar. Kenapa pula dia asyik berangin malam ini. Kena puasa lagilah malam ini. Sebab itu dia sakit hati sangat dengan Tengku Fahad.
“Jomlah… kita kena bincang macam mana nak cari perempuan hilang tu. Dia tak pergi mana aku rasa. Apa kata kita letak seorang kat rumah dia. Mesti dia balik juga nanti. Lama mana dia nak lari. Anak orang kaya, bukan boleh susah. Duit habis mesti dia balik cari keluarga dia. Bernas tak idea aku?” Hamid tersengih, bangga dengan cadangannya sendiri.
Kumar dan Leong sekadar mengangguk… setuju dengan setiap kata yang keluar dari mulut Hamid. Mereka sendiri malas nak fikir. Mereka hanya mahu menurut arahan saja. Senang… tak perlu peningkan kepala memikir, hanya keluarkan tenaga saja.
Tanpa banyak bicara lagi, mereka ke kereta untuk menuju ke destinasi yang mereka sendiri tidak pasti buat masa ini. Isi perut dululah. Bila perut kenyang barulah boleh berfikir dengan lapang. Kan?
BALIK dari surau, Hafiz berdiri lama di pintu masuk rumahnya. Dia pandang sekeliling. Tak nampak perbezaan pun, rumah masih pegun di situ. Gelap sekeliling sedikit pun tidak menakutkan Hafiz. Rumah tempat dia membesar sebagai anak kampung, dia tahu selok belok kawasan rumahnya kerana tidak banyak perubahan yang dibuat oleh ayahnya.
Selepas berpuas hati, Hafiz masuk melalui pintu dapur. Pintu dibuka dengan senang mengejutkan Hafiz. Dia agak terkejut kerana pintu dapur tidak dikunci buat kali kedua. Hai… takkan dah kena penyakit alzeimer, muda lagi kut. Hafiz garu kepala. Berhati-hati dia menapak ke dalam dapur, memerhati keadaan sekeliling.
Dapur dalam keadaan elok, tidak bersepah… maksudnya tidak dicerobohi. Hampeh betul si Ehsan ni… nampak perempuan konon. Dia yang penakut nak salahkan rumahnya berhantu pula. Hafiz menarik nafas panjang, kaki melangkah ke meja makan. Perut mula berkeroncong padahal siang tadi dia makan agak banyak. Mungkin kerana banyak tenaga digunakan semasa kenduri di rumah tok Karim tadi.
Pinggan makan diambil dari rak, lauk dan nasi hanya dibiarkan di dalam bekas. Dia malas nak tukar ke dalam pinggan, bukannya orang lain nak makan tapi hanya dia seorang. Dia pandang lauk yang diberikan oleh Hazwanie, kenapa lauk malam ini sedikit saja? Selalunya Hazwanie akan letak lauk yang agak banyak untuknya.
Tak apalah, mungkin lauk kenduri tinggal tak banyak tadi. Dia pandang bekas makanan itu lagi. Kenapa bekas itu nampak pelik sangat? Tiba-tiba… kriuuukkkk, perutnya sudah berbunyi tanda minta diisi. Hafiz tidak tunggu lama, terus mencedok nasi ke dalam pinggan. Dia makan dengan penuh selera. Walaupun dia tidak ada hati kepada Hazwanie tetapi dia tetap bersyukur kerana Hazwanie selalu memberinya makanan. Kadang kala Hafiz berasa malu juga apabila berhadapan dengan tok ketua tetapi Tok Karim selalu buat tidak kisah, macam tiada apa yang dilakukan oleh anaknya kepada Hafiz.
Selesai makan, Hafiz membasuh mangkuk tingkat Hazwanie. Esok sajalah dia hantar kembali mangkuk tingkat Hazwanie. Tatkala dia ingin naik ke atas rumah, Hafiz teringatkan surat yang diberikan oleh Ehsan. Dia meraba poket baju melayu dan mencapai sekeping surat berwarna merah jambu. Kenapa mesti kertas merah jambu eh? Hafiz tersenyum. Kalau surat cinta mesti warna pink ke?
Hafiz berjalan menuju ke sofa sambil membelek surat tersebut. Surat tidak bersampul, hanya lipatan kertas yang dilipat berbentuk origami sahaja. Sempat lagi Hazwanie menunjukkan skil melipat origami, Hafiz hanya senyum sinis. Macam budak-budak.
Hazwanie lupa ke yang dia sudah menjadi bapak budak, memberi surat cinta menunjukkan yang Hazwanie tidak matang dalam permainan cinta yang diciptanya sendiri. Hafiz menarik nafas panjang dan membuka lembaran surat Hazwanie. Wajahnya berubah selepas membaca bait-bait yang ditulis oleh Hazwanie.
Hafiz termenung panjang apabila Hazwanie secara terang-terangan melafazkan kata cinta kepadanya. Apa yang membuatkan Hazwanie begitu berani meluahkan perasaan begitu? Terdesakkah Hazwanie sehingga sanggup menjadi timba mencari perigi? Akal tak panjang mana tapi pandai pula mengorat duda hot seperti dia. Hafiz tergelak sedikit apabila perkataan hot itu terlintas di kepalanya. Hotlah sangat… serabut adalah.
Malas hendak melayan perasaan yang pasti dia tidak akan terpengaruh dengan kata cinta Hazwanie. Dia masih sayangkan Hafizah walaupun jasad Hafizah sudah lama berkubur bersama anak tunggalnya. Hafizah cinta pertamanya dan dia telah berjanji akan bersama Hafizah satu hari nanti. Dia tidak mahu memungkiri janji-janji yang telah terpeteri semasa mereka melangsungkan perkahwinan dulu.
Berjanji untuk setia dan sehidup semati.
YOU ARE READING
RAFFA: THE DISOWNED MAFIA
ActionNafa Arleanne, gadis kota yang lincah serta periang melarikan diri setelah menjadi saksi satu pembunuhan. Pembunuhan itu melibatkan kekasihnya, Tengku Fahad. Nafa tidak pernah tahu Tengku Fahad adalah seorang ketua mafia. Tengku Fahad berselindung d...