BAB 29

144 16 0
                                    

Hafiz menyisip perlahan cappuccino kegemarannya sambil mata meliar memandang sekeliling kafe itu. Kafe yang agak malap menjadi pilihannya untuk bertemu seseorang dan semestinya bukan teman wanita. Jari mengetuk meja memainkan irama entah apa-apa, sekadar untuk mengisi kebosanan menanti insan yang belum kunjung tiba.

Dengusan demi dengusan keluar dari bibir menandakan dia merasa amat letih menunggu kerana sememangnya dia tidak suka menanti dengan lama. Dia sudah lama tidak keluar minum kopi di kafe sebegini setelah dia kembali ke kampung. Kalau dulu bukan setakat kafe malah kelab-kelab malam merupakan tempat dia kunjungi bersama majikannya.

“Dah lama sampai?” Teguran dari suara garau membuatkan Hafiz langut memandang lelaki di hadapannya.

“Tak lama mana tapi aku mungkin balik jika lagi 5 minit kau tak datang.” Hafiz seakan mengugut lelaki itu.

Lelaki aka teman Hafiz hanya tersengih dan menarik kerusi di hadapan Hafiz lalu duduk tanpa dipelawa. Wajah Hafiz dipandang dengan penuh perasaan lalu dia menarik nafas panjang.

“Kau dah berubah.”

“Aku datang bukan nak dengar komen kau, Luke.”

Luke ketawa kuat mendengar ayat Hafiz. “Sekurang-kurangnya ada juga sikap kau yang masih belum berubah, Raf. Masih sinis macam dulu.”

“Apa kau nak? Dan mana kau dapat nombor telefon aku?” 

“Wowoo… apa ni Raf? Kita dah lama tak jumpa. Kenapa kau garang sangat sekarang?" Luke ketawa. "Aku rindukan kau," bertambah kuat Luke ketawa melihat wajah tegang Hafiz.

Hafiz pandang tepi. Mujur Luke merupakan rakan rapatnya jadi dia akan bersabar selagi dia boleh sabar. Jasa Luke kepada dia tidak boleh dipandang enteng. Kerana Luke dia masih dapat bernafas lagi.

“Kalau tak penting, tak ada kau nak jumpa aku. Aku tinggalkan kerja aku kerana nak jumpa kau.” Hafiz pandang tepat ke wajah Luke.

Luke menarik nafas, penat belum hilang selepas memandu berjam-jam. Tubuh disandar ke kerusi, mencari selesa. Ketika itu pelayan kafe meletak secawan espresso di hadapan Luke. Selepas pelayan itu berlalu, barulah Luke merapatkan dirinya ke meja. Kepala dipusing 180 darjah memandang sekeliling. Perbuatan Luke membuatkan Hafiz hanya mampu bersabar. Entah apa yang dirisaukan Luke pun dia tak tahu. Gelagat Luke sesuatu sangat.

“Kau buat kerja apa sekarang?” tanya Luke apabila dia selesai memerhati sekeliling.

“Aku tolong Abang Rosli buat kerja-kerja kontrak.”

“Maksud kau? Eh? Kau kerja dengan Leo?”

Hafiz mengangguk. “Kau dah lupa? Abang Li sekampung dengan aku.”

“Jadi, lepas aku dan Leo buang kau…” 

Hafiz kembali mengangguk lalu fikiran Luke terbang ke masa itu…

Imbas kembali:

Luke dan Leo membawa Raffa yang tidak sedarkan diri ke satu tempat yang jauh dari pengetahuan Ferhad. Mereka tidak sanggup menanam jasad Raffa kerana Raffa merupakan rakan rapat mereka. Malah Raffa sentiasa melindungi dan menjaga kebajikan mereka berdua. Luke tahu yang Raffa ingin berhenti dari menjadi mafia kerana risau akan keselamatan anak isterinya tapi Raffa terlalu berharga kepada Tuan Felix.

Kembalinya Ferhad dari perantauan membuatkan hubungan Tuan Felix dan Raffa agak goyah. Bermacam fitnah dihambur oleh Ferhad semata-mata untuk membuatkan Tuan Felix pandang tinggi kepada dirinya. Namun Tuan Felix tetap dengan pendiriannya menjadikan Raffa sebagai orang paling kanan kepadanya.

Kemuncak perbalahan Ferhad dan Raffa terjadi apabila Ferhad dengan sengaja membunuh Hafizah dan anak mereka. Bukan itu saja, Ferhad juga mendedahkan kegiatan Raffa kepada kedua ibubapa Raffa membuatkan ketegangan hubungan di antara mereka. Puncak ketegangan itu membawa kepada kemalangan yang meragut nyawa kedua orangtuanya seperti Hafizah dan anaknya. Kematian orang yang disayanginya membuatkan Raffa bertindak menentang Tuan Felix yang berkesudahan dirinya hampir terbunuh. 

RAFFA: THE DISOWNED MAFIAWhere stories live. Discover now