BAB 5

216 16 0
                                    

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Wajah senang hati Hafiz, Rosli dan Rosnita terpamer selepas mereka selesai makan tadi. Puas hati dapat menikmati juadah yang menyelerakan. Semestinya restoran mamak tidak akan menghampakan peminat nasi kandar dan makanan berasal dari India.

Rosli memacu kenderaannya ke stesen minyak pula. Jika diikutkan hatinya, dia tidak mahu singgah di situ. Biarlah adiknya tidak dapat salin baju supaya nanti akan dapat habuan daripada emak. Kalau tak kena dengan penyapu, mesti kena dengan getah paip. Dia tahu sebab dia sendiri selalu kena pukul semasa dia nakal dulu. 

Namun ajakan Hafiz supaya dapat mengerjakan solat, membuatkan dia menukar fikiran. Daripada mengenakan Rosnita lebih baik dia membuat pahala. Rosli gelak dalam hati.

“Nita pergi salin baju cepat. Abang dengan Hafiz nak solat. Lepas salin baju, solat dulu. Jangan culas. Malu kat Allah sama.” Leter Rosli selepas dia memarkir pickup trucknya di hujung sekali.

Rosnita berdecit mendengar ceramah percuma Rosli. Bukan dia tak tahu yang Rosli pun culas mengerjakan ibadat wajib itu. Di depan Hafiz bukan main lagi memberi kuliah agama kepadanya. Hafiz sengaja buat pekak apabila dua beradik itu bertelagah lagi. Dia kenal Rosli sejak kecil, dia tahu Rosli seorang yang nakal semasa sekolah dan pernah digelar samseng kampung. Namun selepas berumahtangga, dia berubah secara perlahan dan menjadi kontraktor yang berjaya. Terima kasih kepada isterinya yang tidak pernah berputus asa membimbing Rosli ke jalan yang lurus.

“Nita tahulah. Abang jangan bocor rahsia Nita kat mak pula. Teruk Nita kena dengan mak nanti,” pesan Nita.

“Abang tahulah. Dah, Hafiz dah tinggal abang dah. Dapat berjemaah dengan dia, seronok juga.” Rosli mengejar Hafiz yang sudah jauh meninggalkannya.


“KITA buat apa di sini Fad?” Nafa curiga melihat Tengku Fahad memarkir kereta di belakang bangunan kedai.

Keadaan di situ agak gelap kerana banyak kedai sudah menutup operasi mereka. Hanya tinggal sebuah kedai makan yang masih beroperasi, itu pun sudah hendak tutup. Nafa nampak pekerja kedai makan itu sudah membuang sampah di sebuah tong sampah besar di belakang kedai itu.

“Ann tunggu dalam kereta. Jangan keluar. Nanti Fad kembali,” pesan Tengku Fahad.

“Ada urusan apa Fad di sini? Gelap sangat kat situ.” Nafa mulai curiga.

“Fad nak jumpa kawan sekejap. Tunggu dalam kereta. Jangan keluar.” Tengku Fahad mengeraskan suara.

“Tapi…”

“Stay in the car until I get back here. Get it?” Tengku Fahad menguatkan lagi suaranya. Geram juga apabila Nafa banyak bertanya.

Nafa mendengus. Macamlah dia budak kecil, boleh diperintah sesuka hati. Nafa tayang muka bosan selepas Tengku Fahad menutup pintu kereta dengan kuat.

“Gila ke nak jumpa kawan di tempat begini. Selalunya jumpa di kelab golf atau kelab malam saja. Pelik.” Nafa menggumam sendirian.

Nafa malas untuk bertengkar lalu mengeluarkan I-Phonenya dan membuka aplikasi Tik Tok, salah satu aplikasi yang terkenal dengan berbagai jenis hantaran daripada netizen. Ramai yang kata Tik Tok hanya membuang masa tapi tidak bagi Nafa, dia melihat Tik Tok sebagai salah satu alat untuk melepaskan diri dari kebosanan.

Nafa begitu ralit dengan telefonnya sehinggalah dia terasa kereta Tengku Fahad bergegar seperti dilanggar sesuatu. Nafa memusingkan kepala ke kanan untuk melihat punca gegaran itu dan kala itu juga matanya membesar. Dia begitu terkejut melihat seorang wanita, berdarah seluruh wajahnya melekap di cermin tingkap kereta dan tanpa sedar telefon Nafa jatuh di bawah tempat duduk.

RAFFA: THE DISOWNED MAFIAWhere stories live. Discover now