BAB 37

143 12 4
                                    

Sungguh semua yang berada di dalam dapur tak tahu bagaimana hendak bereaksi. Nafa menunduk menekur di depan meja. Pinggan berisi nasi goreng kampung Mak Era tidak terusik. Seleranya hilang dengan pengumumannya sendiri. Sedih tak terkata.

Rosnita dan Kak Muna juga hilang selera makan mereka. Mak Era saja yang menyuap nasi tapi dengan suapan yang amat perlahan. Dia perlu makan sebab dia kena makan ubat darah tingginya selepas makan. Mana mungkin dia makan ubat tanpa makanan terlebih dahulu. 

“Sabarlah Napa, nanti bila Napa ada peluang mai lagi sini. Rumah Mak Era sentiasa terbuka untuk Napa.” Mak Era pegang tangan Nafa sambil mengelus perlahan.

Nafa langut memandang wajah Mak Era sambil tersenyum. Rasanya jarak umur mama dan Mak Era tidak jauh berbeza tapi Mak Era kelihatan agak berusia. Mungkin Mak Era tidak berdandan seperti Datin Najla jadi Mak Era nampak agak selekeh. Tak kisahlah, Mak Era tetap ibu yang terbaik pada pandangan mata Nafa.

“Kak Nafa tak kesiankan Abang Hafiz ka?” Rosnita pula bertanya soalan luar kotak.

Kak Muna tampar Rosnita. “Kau ni dah kenapa? Kenapa nak kesiankan Hafiz pula? Apa punya soalan pun aku tak tahu.”

Rosnita mengenyih, “silap soalan eh?” sambil ketawa kecil dia menggosok lengan yang ditampar Kak Muna.

Nafa tertunduk malu.

“Kak Nafa jangan lupakan kami tau. Nita suka sangat kat kak. Meriah rumah ini dengan kehadiran kak. Kalaulah kak boleh tinggal lebih lama di sini…”

“Kak Nafa kena balik. Ada banyak tugas menanti kat pejabat. Rasanya dah cukup lama Kak Nafa lari dan Kak Nafa mesti kembali ke sana.”

“Kau ni pun Nita, Nafa rindukan mama dan papa dia la. Dia pun ada keluarga.” Kak Muna menambah nasi goreng ke dalam pinggannya.

“Nita ada idea jika nak Kak Nafa tinggal di sini.”

Semua mata memandang Rosnita. Rosnita telan liur. ‘Kenapa semua pandang aku macam nak telan saja? Huish! Seram!’ Rosnita gigit bibir.

“Err… errr… apa kata Kak Nafa kahwin saja dengan Abang Hafiz. Haaa… tak payah balik ke bandar sana.”

PAP! Kak Muna tampar meja. Rosnita hampir terlompat kerana terkejut namun Nafa hanya statik. Mak Era hanya senyum simpul kerana dia juga berfikiran sedemikian. Like mother like daughter.

“Eleh! Setakat idea macam tu, tak payah bagitau. Kami semua pun boleh fikir.” Kak Muna hampir saja seligi kepala Rosnita. Seronok juga dapat pekena Rosnita sekali sekala.

Rosnita ketawa tapi ketawanya memudar apabila Rosli, Hafiz dan Luke terjengol di muka pintu dapur Mak Era. Senyuman semanis kurma diberikan kepada Luke. Rosli mendengus kuat melihat Rosnita yang menjadi ulat bulu apabila ternampak Luke. Dia sememangnya tidak sukakan Luke.

“Wahhh! Breakfast! Fried rice! I loved it!” Luke tepuk perut tanda lapar.

“Woi! Sini kampung! Bukan bandar. Agak-agaklah nak speaking pun!” Rosli jerkah Luke membuatkan Luke terkulat-kulat memandang Rosli. Terlupa pula dia berada di kampung. Mungkin orang kat sini tak pandai berbahasa Inggeris.

“Li… walaupun mak orang kampung tapi setakat fried rice tu mak tahulah. Ingat mak tak sekolah ka?” Mak Era mencebik. Sebenarnya Mak Era pun tak berapa pandai tapi dah di atas meja ada nasi goreng saja, mestilah fried rice itu nasi goreng kan.

Semua yang berada di situ ketawakan Rosli kecuali Hafiz. Hafiz masih lagi membisu dan pandangannya jatuh ke wajah manis Nafa. Hafiz tahu Nafa ingin pulang hari ini apabila Kak Muna memberitahu kepada Abang Rosli.

Tanpa disuruh Abang Rosli, Hafiz tahu yang dialah akan menghantar Nafa. Hafiz yakin Nafa ingin pulang segera kerana takut Tengku Fahad bertindak ke atas keluarga Abang Rosli. Semalam dia, Abang Rosli dan Luke juga berbincang mengenai perkara itu.

Abang Rosli berkeras menyuruh Hafiz menghantar Nafa kembali. Walaupun Hafiz tidak membantah tapi jelas dia agak keberatan untuk menghantar Nafa pulang. Hafiz risau jika Nafa terjebak lagi dengan Tengku Fahad. Hafiz juga risau jika Ferhad masuk campur.

Tanpa pengetahuan Abang Rosli dan Luke, Hafiz juga mempunyai rancangan.

*

*

*

Hafiz dan Nafa masih membisu di dalam pikap. Ketika ini mereka berada di Penang Sentral. Nafa tidak membenarkan Hafiz menghantarnya ke vila Datuk Johan. Dia tidak mahu papanya menuduh Hafiz sebagai orang yang melarikannya. Nafa tahu Tengku Fahad sudah menfitnah Hafiz sebagai dalang yang membuatkan dia lari. Hafiz tidak perlu menghadapi kemarahan papanya.

“So!” Nafa tepuk pahanya sendiri sambil beralih memandang Hafiz yang masih pegun di tempat duduk pemandu. “This is it. Terima kasih Hafiz.”

Nafa tahu dia tidak boleh berlama-lama di situ. Dia sedang berusaha untuk mengelak daripada menangis. Rasa sebak sudah menghentam dadanya sejak dari tadi. Nafa berusaha sedaya upaya untuk tidak menangis ketika berpisah dengan keleuarga Mak Era tadi tapi sebagai seorang perempuan, air mata tetap turun walaupun dia cuba untuk menahan.

Melihat Mak Era, Kak Muna dan Rosnita mengalirkan air mata saat berpisah membuatkan Nafa juga tidak dapat menahan sedih. Dia juga menangis sehingga Hafiz terpaksa menariknya masuk ke dalam pikap. Air matanya kering setelah pikap itu keluar jauh dari kampung yang memberi seribu satu kenangan kepadanya. Walaupun hanya seketika tetapi Nafa sudah mengalami bermacam-macam kejadian. Sudah tentu peristiwa diserang oleh Hazwani memberi kenangan yang melucukan bagi Nafa. Dia tidak tahu apa puncanya Hazwanie menyerangnya begitu. Orang kampung memang begitukah? Pukul dulu baru tanya. Heh! Dah lari tajuk nampaknya.

Perlahan kepala Hafiz berpusing memandang wajah Nafa yang sedang menahan tangis itu. Dia mendengus perlahan. Tak tahu apa yang perlu dibicarakan ketika ini. Hafiz tahu Nafa tidak boleh berada lama di kampungnya. Lebih-lebih lagi apabila Nafa terlibat dengan Tengku Fahad. Tengku Fahad pula ada kaitan dengan Ferhad. Semua itu akan memberi ancaman kepada dia dan Abang Rosli.

Mata bertentang mata. Tanpa sedar jari Hafiz melurut airmata yang turun tanpa disedari oleh Nafa. Daripada menahan tangis terus Nafa teresak-esak melihat perbuatan Hafiz. Sentuhan yang tidak disangka-sangka membuatkan hati Nafa menjadi lebur. Perasaan yang disimpan sejak dari pertemuan pertama menjadi bertambah hangat dengan perbuatan Hafiz ketika ini.

Namun lidahnya kelu untuk mengucap kata suka kerana Hafiz sendiri tidak pernah mengucapkan kata suka kepadanya. Malah Hafiz juga menolak Hazwanie. Nafa tidak lupa akan kata-kata Hafiz terhadap arwah isterinya. Kata-kata yang dia akan setia kepada Hafizah sampai bila-bila. Kata-kata itulah yang membuatkan Nafa tidak berani meluahkan perasaannya.

Tetapi saat ini Nafa tidak dapat menahan rasa hatinya lagi.

“I love you, Hafiz.”

 


RAFFA: THE DISOWNED MAFIAWhere stories live. Discover now