BAB 2

293 15 1
                                    

Nafa Arleanne Karyl menghabiskan masa hampir sehari di kandang kuda papanya semata-mata untuk melayan Black Beautie atau BB. Nafa membawa BB berjalan-jalan di tepi pantai yang berdekatan dengan kandang kuda tersebut. BB kelihatan gembira apabila Nafa memberi sepenuh perhatian kepadanya hari ini. Seperti kata Dr. Rama, BB amat nakal.

Nafa kembali ke vila setelah hari menjelang senja. Tibanya di rumah, suasana sunyi menyambut kepulangannya. Dia tidak hairan sebab dia tahu mama akan keluar dengan rakan-rakannya. Ini mesti pergi hi-tea dengan datin-datin serta puan sri-puan sri. Tak ada kerja lain asyik menghabiskan duit suami sambil bergosip. 

Papanya selagi jam tidak berhimpun, jangan harap akan pulang. Setahunya waktu ofis habis pukul 5 petang. Ini mesti ada dinner dengan client, tak pun duduk lepak di kelab golf. Ada Nafa kisah? Tidak sama sekali. Dia sudah biasa dengan perkara itu. Dia juga sedar hubungan kedua orang tuanya sudah renggang, mungkin kasih sayang antara mereka sudar pudar. Entahlah.

Tudung saji dibuka, mata Nafa membesar melihat siput sedut masak lemak terhidang di atas meja. Pinggan makan diambil dan dicedok nasi dari periuk, diletakkan nasi di atas pinggan dalam kuantiti yang banyak. Sememangnya dia amat lapar ketika ini kerana tadi dia tidak sempat makan.

“Amboi, makan sampai tak nampak mak mertua lalu kat belakang.” Mak Bib menegur Nafa yang asyik makan tanpa pandang kiri kanan.

“Hai Mak Bib. Kenapa Mak Bib lalu belakang Nafa, memanglah Nafa tak nampak. Cuba Mak Bib lalu depan Nafa, gerenti Nafa tegur Mak Bib.” Nafa sudah  tersengih dengan mulut penuh dengan nasi.

“Nafa nak jadi menantu Mak Bib ke?” usik mak Bib.

Nafa tersedak, lekas-lekas Mak Bib sua air di hadapan Nafa.

“Nak!” Mata Nafa bersinar-sinar menerima lamaran Mak Bib. 

“Kenapa? Mak Bib orang gaji je, sudi ke Nafa jadi menantu Mak Bib?” Tiba-tiba suara Mak Bib menjadi sayu.

“Apasal pula?” Nafa langut memandang Mak Bib. Mak Bib tak sudi jadikan dia sebagai menantu ke? 

“Nanti Datuk marah pula, kita tak sekufu.” Mak Bib buat nada sedih.

Nafa berhenti makan, dia tidak suka Mak Bib terlalu merendahkan diri. Baginya manusia semuanya sama, yang membezakan hanyalah iman mereka.

“Mak Bib kita sama saja, darah pun sama merah,  Nafa  suka jadi menantu Mak Bib sebab Mak Bib masak sedap. Nafa boleh makan masak lemak, sambal tumis hari-hari tapi…”

Nafa termenung seketika membuatkan Mak Bib angkat kening.

“Tapi apa Nafa?” 

“Mak Bib tak ada anak lelaki. Hahaha.” 

Nafa dan Mak Bib ketawa dengan kuat sehingga berair mata Nafa. Mak Bib menepuk bahu Nafa dengan kuat. Mereka cukup seronok bercanda walaupun bicara mereka langsung tiada ada faedahnya. Mak Bib cukup seronok kerana Nafa selalu melayannya seperti saudara. Senda gurau seperti tiada apa-apa padahal jika Datuk Johan dan Datin Najla ada, tiada bunyi yang keluar daripada mulut Mak Bib. 

Datuk Johan dan Datin Najla hanya bercakap perkara penting saja dengan Mak Bib. Bagi mereka, pekerja tetap pekerja tidak boleh menjadi saudara. Mak Bib sudah lama hendak berhenti kerja tetapi tidak jadi kerana kasihankan Nafa. Nafa akan kesunyian jika Mak Bib berhenti kerja. Mak Bib akan berhenti jika Naja berkahwin nanti. Itulah janjinya kepada Nafa.

“Apa yang lawak sangat ni?” teguran daripada Ahmad Sabree mengejutkan mereka berdua.

“Eh! Abang Bree, jom makan sekali. Siput sedut Mak Bib sedap sangat.”

“Terima kasih Nafa, Abang Bree dah makan tadi. Memang sedap tapi abang datang nak beritahu yang Tengku cari Nafa. Abang Bree telefon siapa pun tak angkat. Rupa-rupanya seronok bergelak ketawa di sini.” 

RAFFA: THE DISOWNED MAFIAWhere stories live. Discover now