- 10 -

30.5K 84 12
                                    

Hari berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik sudah pun hari Jumaat. Tepat pukul 9 malam Khalid melangkah kaki masuk dan ternampak lampu dapur terang benderang.

"Cik Na dah balik lah ni" omongnya di dalam hati.

Dia berjalan pantas ke dapur dan ternampak lauk asam pedas ikan siakap terhidang di bawah tudung saji. Dengan pantas dia berjalan ke biliknya untuk mencapai tuala untuk mandi. Tak sampai 5 minit berada di tandas, dia sudah pun terduduk selesa di meja makan menikmati lauk kegemarannya itu.

"Lid, balik rumah tak kasi tahu Cik Na pun. Ingat perompak mana lah tadi". 

Khalid mendongak dan ternampak makciknya berjalan masuk ke dapur dengan hanya memakai singlet spaghetti strap berwarna hitam dan seluar pendek.

"Tak nak ganggu Cik Na. Takut Cik Na penat".

Zarina berdiri di sebelah Khalid dan meletakkan tangan diatas bahunya. Tersenyum makciknya apabila melihat Khalid menyuap makanannya macam seminggu tak makan.

"Cik Na sibuk kemas baju Pak Jak tadi".

"Kemas baju Pak Jak buat apa?".

"Ada baju long sleeve dia, Cik Na rasa Khalid boleh pakai untuk pergi kerja. Nanti lepas makan masuk bilik Cik Na tau".

Tanpa menunggu jawapan Khalid, Zarina bergerak pergi ke biliknya. Setelah menghabiskan sisa makanan di atas pinggannya dan mencuci pinggan. Dia mengetuk pintu bilik Zarina dan memberi salam.

"Assalamualaikum".

"Waalaikusalam. Masuk je".

Sebaik sahaja dia memasuki bilik itu, bau harum semerbak menari-nari di rongga hidungnya. Inilah pertama kali dia memasuki bilik itu walaupun sudah hampir seminggu dia duduk situ. Terpegun dia dengan kebersihan dan kekemasan bilik itu.

"Wanginya bilik Cik Na ni" pandangannya meliar ke sekeliling bilik.

"Biasa lah, bilik perempuan. Duduk sini Lid".

Zarina menepuk-nepuk tilam di sebelahnya. Khalid melabuhkan punggungnya di situ dan ternampak 5 pasang baju kemeja yang telah dilipat rapi. Zarina mengambil baju yang teratas sekali dan menghulurkan kepada Khalid.

"Lid, try baju ni, ni baju baru tau. Pak Jak kau beli tapi tak pakai".

"Eh, kalau Pak Jak nak pakai macam mana? Nanti dia marah Lid pulak".

"Taklah, dia tak kisah pun. Jangan-jangan dia lupa yang baju ni ada. Dah lebih setahun baju ni dalam almari. Bukak baju Lid tu jadi senang nak sarung".

Khalid menarik t-shirtnya keatas perlahan-lahan sehingga melepasi kepalanya. Zarina terpegun dengan tubuh Khalid yang berotot itu, lebih-lebih lagi bahagian perutnya yang ada "6-pack". Cepat-cepat dia melarikan pandangan ke arah lain.

Khalid menyarungkan baju itu dan mula membutangnya. Zarina membantu membetulkan kolarnya. Bau badan Khalid yang baru sahaja mandi itu menusuk hidungnya.

"Lid, pergi diri depan cermin besar tu. Cik Na nak tengok".

Khalid bingkas bangkit dan berdiri tegak dihadapan cermin, memusingkan tubuhnya ke kiri dan kanan. Berkenan betul dengan baju yang baru disarung itu. Zarina juga bangkit dan berdiri di belakangnya, mengusap lengan kanan Khalid dan tersenyum ceria.

"Handsome tak Cik Na?".

"Macam mana nak handsome kalau pakai baju lengan panjang tapi pakai seluar pendek. Macam apek hospital mental je".

SEPIWhere stories live. Discover now