"Abang Razak? Bila abang pulang?".
Tanti sedikit terkejut apabila ternampak Razak terduduk di tepi katil dengan muka bengis.
"Tanti, duduk sini sekejap" arah Razak dengan keras.
Tanti tak sangka akan ada sesiapa di dalam bilik tidur itu, atau lebih tepat, bilik Zarina. Sebab tu dia keluar tandas berbogel.
"Ada apa ya bang?" soal Tanti sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di sebelah Razak.
"Tanti nak pergi mana ni?".
"Tidak pergi mana-mana bang. Saya baru sahaja habis mandi".
Razak menunjuk blouse kotak-kotak dan jeans biru tua yang sudah digosok dan dibentang atas katil.
"Habis baju ni untuk apa? Blouse Zarina kan ni?!" .
"Oh! Saya...Saya mungkin berjumpa kawan nanti belum...belum confirm".
"Nak keluar lagi? Semalam kan dah keluar?".
"Semalam Tanti keluar sekejap...".
"Sekejap Tanti cakap?! Abang balik Tanti masih belum pulang? Tak tahu nak duduk rumah, masak. Kemas rumah. Bersihkan apa yang patut?".
"Kemas? Masak? Abang bukannya suka masakan saya. Selalu makan luar. Lagipun inikan rumah Kak Zarina. Suruh lah dia masak suruh lah dia kemas".
"Kak Zarina kan bekerja. Tanti tak kerja, duduk rumah goyang kaki sahaja. Tak boleh tolong sikit ke?".
"Kerja atau keluar dating sama jantan?".
"Apa kau cakap Tanti?!" soal Razak dengan lantang. Dia menoleh dan merenung Tanti dengan tajam. Sangat pantang kalau isteri pertama dia dituduh curang.
Dengan pantas Tanti memeluk lengan kanan Razak, menekan-nekan teteknya itu ke tangan suaminya. Dia cuba untuk mencium pipi Razak tapi lelaki itu pantas mengelak.
"Abanggg. Kenapa marah-marah ni sayang. Sudah tak sayang saya ya?" Soal perempuan Indon itu seraya mengusap bahagian konek Razak.
Tetapi Razak tak ada mood untuk bermesra ketika itu. Dia menarik tangannya dan bingkas bangkit. Dia menyeluk buku kecil yang dia terjumpa tempoh hari dan menunjuk kan kepada Tanti.
Serta-merta mata Tanti terbeliak. Rial wajahnya kelihatan sedikit cuak.
"Buku ni Tanti yang punya bukan?".
Soalan Razak disahut dengan gelengan.
"Bu...bukan...bukan saya punya. Mana abang jumpa?".
"Dalam luggage beg Tanti dari Batam" jawab Razak sebelum membuka mukasurat pertama.
"Ini bukan tulisan Tanti?" .
Tanti tidak menjawap. Hanya menggeleng.
"Jangan bohong! Aku kenal tuliasan kau!".
"Bukan bang! Bukan tulisan saya abang".
Air mata mula mengalir membasah pipi. Susah perempuan Indon itu hendak membendung perasaan takutnya dan payah bagi dia untuk menyembunyikan perasaan...
...bersalah
"Penipu! Ni nenas muda lah. Lada hitam lah. Tumbuk... minum... Resepi apa ni Tanti?".
Tanti tak henti-henti mengesat air matanya, di masa yang sama, otaknya ligat memikirkan jawapan yang baik.
"Resepi...resepi kuih tart bang".
"Kau ingat aku bodoh! Resepi kuih tart otak kau. Ni untuk gugurkan anak dalam kandungan bukan?! Jadi anak kita tak ada heartbeat tu kerana kau yang bunuh kan?".
Semakin banyak air mata Tanti. Perasaan bersalah semakin membuak-buak tetapi dia masih tak nak berputus asa.
"Ya ampun! Bukan bang! Bukan! Tak tergamak saya nak buat begitu kepada anak kita bang!".
Razak menyelak beberapa muka surat dalam buku nota kecil itu kemudian dia mengajukan lagi buku tu kepada Tanti lagi.
"Ni 2 nombor telefon ni nombor siapa?".
"Ini nombor telefon kawan-kawan saya" jawab perempuan itu s etelah memandang 2 nombor telefon buat seketika..
"Penipu! Kau ingat aku bodoh?! Aku dah Google nombor-nombor ni. Ni nombor abortion clinic kat Batam! Jadi kalau resepi kau ni tak mujarab, kau nak pakai duit aku untuk gugurkan anak?! Kurang ajar kau eh!".
Air mata Tanti semakin deras berjujuran. Dia bingkas bangkit dan memeluk Razak sekuat hati. Razak hanya membiarkan walaupun dalam hatinya sudah mula rasa jijik dengan tubuh bogel perempuan Indon itu.
"Maafkan saya bang! Maafkan saya! Saya berjanji saya tidak akan buat lagi. Jangan ceraikan saya bang. Tolong lah jangan ceraikan saya".
"Berubah lah Tanti! Berubah! Jangan jadi pemalas! Tak pandai masak, pergi belajar dengan Kak Ina. Belajar kemas rumah macam mana Kak Ina kemas. Jangan jadi pengotor! Duduk rumah asyik nak mengangkang aje!".
Razak menarik tangan Tanti yang masih berpaut ke tubuhnya dan berjalan pantas keluar dari bilik itu. Tanti rebah ke atas lantai dan menangis semahu-mahunya.
Dalam kesedihan itu, perasaan marah mula meresap dalam jiwa. Semakin lama semakin membuak. Di kampung, dia tak suka dirinya dibanding-bandingkan dengan kakaknya. Tetapi di Malaysia, Razak sudah mula membandingkan dirinya dengan Zarina.
Tangannya mula dikepal. Nafasnya turun naik dengan kencang. Dia nekad dan berjanji pada dirinya. Dia harus hancurkan Zarina.
YOU ARE READING
SEPI
Romancemengisahkan tentang si isteri yang dahagakan belaian kasih sayang dari seorang bergelar suami. Suami yang mengabaikan tanggungajwabnya sehinggakan si isteri mencari kebahagiaannya sendiri...