- 49 -

10.6K 52 23
                                    

Keesokan paginya - pukul 8.

Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik tidurnya, langkahnya terhenti. 2 beg bagasi besar di ruang tamu direnung buat seketika.

Dia mematikan lampu bilik dan menutup pintu. Perlahan-lahan dia berjalan masuk ke dapur, di mana Razak sudah pun berada di situ.

"Kenapa ada 2 beg besar kat luar tu bang?" Soal Zarina sebaik sahaja melabuhkan punggung bertentangan dengan Razak.

"Sarapan lah dulu, abang buat roti bakar dengan kopi ni".

Zarina tersenyum sinis. Dah lama suaminya itu membuat sarapan. Terfikir dalam hatinya, apa pulak angin lelaki itu.

"Takpelah bang, tak selera".

Razak mengeluh. Teragak-agak dia untuk memulakan bicara. Dia tahu Zarina masih marah dengan dia.

"Ina. Abang...abang akan bertolak ke Singapura pagi besok..."

"That's...that's 1 week too early" Zarina pantas memotong. Sayu.

"Haah. Lagipun. Rumah sewa kat sana pun dah ready..."

"Kenapa?".

"Hmmm. Boss abang mintak abang start..."

"Kenapa bang? Tell me the truth".

Razak mengeluh. Kopi panas dihirup perlahan-perlahan. 10 saat juga dia berjeda, mengumpul semangat untuk menyambung bicara.

"Pasal Tanti paksa abang pindah cepat" sekali lagi Razak mengeluh.

Barangkali lega setelah memberi tahu Zarina berita yang sebenarnya.

"Ok" balas Zarina, kepalanya ditoleh mengadap dinding dan termenung.

"Like I say, rumah sana dah..."

"Lepaskan Ina bang" kata Zarina mendadak. Air matanya mula mengalir membasahi pipi.

Tercengang, Razak mengalihkan kerusinya supaya lebih dekat dengan Zarina.

"Apa...apa Zarina cakap ni?".

"Lepaskan Ina. Takkan abang tak faham?".

Razak memegang tangan Zarina tapi pantas Zarina melarikannya.

"Ina, Ina tak sayangkan abang ke?".

"Semakin hari semakin kurang. Anyway, it's not as if you still love me. Abang lebih sayangkan Tanti".

Air mata semakin banyak berjujuran. Begitu berat hatinya untuk berkata sedemikian tapi dia pasti, itu untuk kebaikannya juga.

"Ina. Abang...abang sayangkan Ina. Sumpah Ina. Sumpah. Nanti abang balik jumpa..."

Kali ni, titisan air mata juga mula mengalir dari mata lelaki itu. Payah lelaki itu menangis di hadapan isteri pertamanya tetapi hari tu, dia tak boleh kawal emosinya.

"What's the point?".

"A...apa Ina?".

"What's the point abang? Seriously. Dah...dah tak ada kebahagiaan pun dalam perkahwinan kita ni. What...what for kita hidup bersama?" soal Zarina, tersedu-sedu.

Razak terdiam. Hatinya sangat terluka dengan kata-kata isteri pertamanya itu. Kekasihnya sejak dari bangku sekolah lagi.

"Lepaskan Ina bang. Please. Pergi lah Singapore dan mulakan hidup baru. Hidup baru tanpa Ina. Ina doakan abang bahagia. Sihat sentiasa, banyak anak dan cucu".

"Betul ke itu yang Ina nak?".

"Ye. Sebelum abang pergi, buat appointment dengan mahkamah syariah. Call Ina. Nanti Ina ambik time off. Jumpa sana ok?".

"Ina, fikir...

"Sudah bang. Ina nak pergi kerja. Call me when you get the appointment".

Tanpa menunggu respons dari Razak, Zarina mengesat saki baki air mata dari pipi. Dia bangkit dan berlalu pergi dari situ.

Meninggalkan Razak menangis di situ seorang diri.

SEPIWhere stories live. Discover now