- 28 -

10.3K 52 4
                                    

Tepat pukul 4 pagi, Tanti memulas tombol pintu Zarina dengan penuh hati-hati. Dia mengintai ke dalam. Dia ternampak Zarina sedang tidur mengereng menghadap tingkap dan membelakangi dia. Satu peluang keemasan untuk dia menjalankan tugasnya.

Semasa dia tidur bersama Zarina dulu, dia tahu yang madunya itu selalu letak telefon bimbitnya di atas bantal. Dari samar-samar cahaya bulan, kelihatan seperti telefon bimbit itu ada di situ. Matanya dijegilkan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan bilik yang kelam itu. Perlahan-lahan dia melangkah masuk dan merapati katil itu. Apabila dia pasti Zarina memang pun tidur nyenyak, dia mengambil telefon bimbit itu dan bergerak sepantas mungkin ke tandas di dalam dapur.

Dia masuk kedalam tandas, menutup dan mengunci pintu. Suhu panas dalam tandas itu tidak dipeduli. Dia duduk di atas jamban dan mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar.

Seperti biasa, telefon bimbit itu dikunci dengan kata laluan. Banyak kali dia pernah mengintai madunya itu memasukkan kata laluan ke dalam telefon bimbitnya itu, 891023.

Tersenyum lebar perempuan Indon itu apabila dia berjaya masuk kedalam dunia madunya. Perkara pertama dalam agendanya adalah mendapatkan nombor telefon Khalid, dia buka phonebook Zarina, nama Khalid dicari.

*klik*

Imej Nombor telefon bimbit lelaki itu dipetik dengan telefon bimbitnya sendiri. Malas nak salin-salin. Petik gambar lagi cepat fikirnya.

Aplikasi WhatsApp dibuka. Mesej Zarina dan Khalid terletak di atas sekali seperti dijangka. Diikuti oleh Razak, Cindy dan banyak lagi yang tak menarik perhatiannya.

Apabila dia buka "conversation" itu, dia sedikit hampa kerana banyak mesej telah dipadam. Dari hari itu sehingga 3 minggu sebelumnya. Memang mencurigakan, tetapi tak cukup untuk dia gunakan sebagai bukti.

Dia mengeluh. Setitis peluh yang mengalir di dahi disekat. Agenda kedua ialah untuk mendapat tahu di mana Khalid tinggal. Di mana lagi kalau tak dari sejarah perjalanan dalam aplikasi Grab.

17th June 2022.

7.22pm.

Jalan Terasek, Bangsar to Midvalley Mall.

7.45pm.

Midvalley Mall to Sri Langit condominium.

18th June 2022.

8.50am.

Sri Langit condominium to Jalan Terasek, Bangsar.

9.36am.

Jalan Terasek, Bangsar to Quodro Residences.

6.15pm.

Quodro Residences to Kl Eco City Mall.

8.40pm.

2 drop off points.

Kl Ecocity Mall to Quodro Residences to Jalan Terasek, Bangsar

*Klik* *Klik*

Senarai sejarah tempahan Grab Zarina muat dalam satu gambar. Tersengih perempuan Indon itu kerana kerjanya mudah sekali. Kini dia tahu di mana Khalid tinggal. Tetapi dia tertanya di hatinya, Sri Langit condominium itu rumah siapa pula?.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Malam semalam, semasa Zarina sedang berbual dengan Razak di ruang tamu, dia ada memasang telinga di sebalik pintu bilik yang tertutup. Dia terdengar nama 'Harisa'... atau 'Manisa' disebut. Mana satu? Dia kurang pasti. Besar kemungkinan Harisa fikirnya.

Dia membuka phonebook Zarina lagi. Nama "Harisa" tidak ada di situ, tetapi hanya ada "Haris nerd". Terkebil-kebil perempuan Indon itu. Terdetik di hatinya. Mungkin itu lah nama yang dicari. Dengan pantas dia memetik gambar nombor lelaki itu. Salah orang pun tak apa, asalkan jangan terlepas langsung.

Dia membuka senarai sejarah panggilan. Tak ada nama "Haris Nerd" tertera di situ. Kerana Zarina hanya membuat panggilan dari WhatsApp. Bijak.

Sekali lagi Tanti membuka aplikasi WhatsApp. Nama tersebut tadi dicari. Kalau betul lah itu andaiannya, rangkaian mesej antara mereka berdua adalah penting untuk digunakan sebagai "bukti". Tetapi setelah lebih 5 minit menelek, dia gagal. Barangkali dah dipadam, fikirnya. Tapi dia lupa nak membuka folder 'archive' kerana di situ lah rangkaian mesej di antara Zarina dan Haris itu telah disembunyikan dengan bijaknya.

Dia mengeluh. Dia mendongak merenung bumbung, otaknya ligat berfikir. Mana lagi dia boleh pergi untuk mengorek rahsia. Akhirnya, dia teringat sesuatu. Dengan pantas dia membuka bahagian galeri gambar. Satu-persatu gambar dibelek.

Akhirnya, dia ternampak sesuatu yang membangkitkan minatnya. Dia menyeringai dan dengan pantas dia memperbetulkan kedua-dua telefon bimbit itu supaya skrinnya selari...

*klik* *klik* *klik* *klik* *klik*

Terangguk-anguk dia seraya tersenyum. Gembira dengan hasil siasatannya. Dahinya dan lehernya dah basah dengan peluh. Dengan pantas dia keluar dari tandas yang panas itu dan meletakkan kembali telefon bimbit Zarina di atas bantal.

SEPIWhere stories live. Discover now