- 46 -

8.8K 46 4
                                    

"Lambatnya balik mama. Banyak pelanggan ke? Macam kosong je kedai tu" soal gadis itu, menjengguk-jenguk belakang Tasya.

"Eh, boleh tahan jugak lah hari ni ramai. Tapi semua dah balik. Nur sampai pukul berapa tadi?".

"Baru jugak sampai, dalam 10 minit tadi. Tadi pergi rumah mama..."

"Nur dah nak balik rumah mama?" Tasya memotong dengan harapan yang tinggi.

"Bukan nak balik tapi cuma nak tanya something".

"Owh" Tasya hanya terangguk-angguk tapi kehampaan jelas terpampang di wajahnya.

"Maya pergi rumah mama, tapi tak ada orang. Lepas tu Maya datang sini, ternampak kereta mama. Maya nak bukak pintu depan kedai tu tapi lock pulak. Apa mama buat dalam tu? Selalunya tak pernah lock".

Tasya menghela nafas lega. Kalau dia tak mengunci pintu hadapan tadi, mati lah Tasya kalau Maya nampak semuanya.

"Oh, mama lock pasal...hmmm pasal mama ada..."

"Nur?!".

Tasya menoleh ke arah suara itu? Maya menjenguk ke belakang Tasya dan ternampak kelibat seseorang yang sangat digemari.

"Kak Zarina!" Panggil Maya dengan senyuman lebar sebelum memeluk Zarina dengan erat.

"Lama tak nampak Nur ni. Rindu lah kak Zarina dengan Nur. Mana menghilang?".

"Ada je ni. Nur duduk rumah kawan je. Hmmm. Apa kak Zarina buat kat dalam kedai ni sampai kunci-kunci pintu semua. Special massage eh?".

Zarina menoleh ke arah Tasya tapi wanita itu hanya tersenyum dan membiarkan Zarina menjawab soalan itu.

"Ohh..hmmm..."

"Lid?!" Maya memanggil dengan lantang sebaik sahaja ternampak kelibat lelaki itu melangkah keluar dari kedai urut Tasya.

Serentak Tasya dan Zarina menoleh. Khalid tercengang. Berderau darahnya apabila ternampak Maya berdiri tegak di situ.

"Maya! Tak perasan you kat sini. My view kena block".

"You pun kat dalam? Eh! Apa cerita ni guys? What's...what's going on here?".

Maya yang mula kebingungan, mula mengurut-urut dahinya. Memandangkan semua hanya berdiam diri, Zarina memulakan bicara.

"Khalid ni anak buah kak Zarina. Kita semua..."

Terperanjat, pantas Maya memotong.

"Oh! Ni yang Lid sebut Cik Na Cik Na tu? Cik Na tu Kak Zarina rupanya. Oh wait! So Lid, you been living beside my mom's house all along? You cakap you tinggal Bangsar rupa-rupanya kat Jalan Terasek?".

Berkerut dahi Maya seraya bercekak pinggang. Kenapa dia boleh tak tahu perkara ni semua dahulu, hanya penulis je yang tahu.

"Ah ye Maya tapi...tapi tak lama. Seminggu lebih je" jawab Tasya.

"Oh so you and Mama do know each other lah gitu?!".

Maya menuding Khalid dan Tasya silih berganti.

"Yes...kenal-kenal gitu je sebagai jiran tapi tak berbual" jawab Khalid sebelum mengerling ke arah Tasya.

"Then kenapa hari tu mama cakap lelaki ni langgar mama, maki-maki mama kat Midvalley, as if you don't know each other gitu? Like some stranger. Ni fake story ke?".

Suaranya Maya semakin meninggi, semakin kuat syak wasangkanya.

"Nur, calm down please. Mama tak bohong. Masa tu mama memang tak kenal dia ni pun, tak tahu pulak dia tinggal rumah Kak Zarina".

SEPIWhere stories live. Discover now