- 34 -

14.2K 57 66
                                    

Tepat pukul 8 malam, mereka bertiga tiba di kondo Haris setelah hampir seharian di luar. Meluangkan masa di Kidzania, membeli-belah dan makan malam. Kegembiraan dan keseronokan, seperti sebuah keluarga bahagia mereka bertiga. Haris mendukung Hannah yang sudah pun tertidur itu, masuk ke bilik tidurnya.

Perlahan-lahan dia membaringkan anak kecil itu sebelum mengucup lembut dahinya. Zarina pula melipat baju-bahu Hannah yang dibeli tadi dan di masukkan ke dalam gerobok Hannah. Haris dan Zarina berdiri di muka pintu, melihat Hannah yang sedang tidur lena, sebelum menutup lampu dan melangkah keluar dari bilik itu.

"Ina, it was fun right?".

Ina mengangguk sekali. Mengingati kembali babak gembira tadi, tersenyum lebar wanita itu sebelum menjawab

"Yeah, seronok sangat spend time dengan korang. Lagi-lagi si Hannah tu. She's so precious" mengingati kembali tawaan riang si cilik itu. Sangat comel

"Kau belum nak balik kan? Duduklah sini sekejap. Temankan aku tengok TV".

Zarina mengangguk setuju, di masa yang sama, dia terlihat sesuatu yang benar-benar menarik perhatiannya. Sebuah rak kecil yang penuh dengan buku pelbagai warna, terletak di dalam bilik kerja Haris.

"Haris, Kau mind tak aku masuk ofis kau?".

"Oh, go ahead. Aku tukar baju dulu" kata lelaki itu sebelum berjalan pantas masuk ke biliknya.

Satu persatu buku di belek wanita itu. Dari buku ilmiah sehingga ke novel pelbagai genre. Terdapat banyak buku dari terbitan FIXI, Buku Prima, Alaf 21, Fajar Pakeer dan Lejen Press tersusun kemas di rak itu. Zarina memang minat membaca, lebih-lebih lagi buku-buku FIXI. Semasa Razak sibuk di Batam hampir setahun lamanya, dia banyak menghabiskan masa lapangnya dengan membaca,lebih-lebih lagi apabila dia kesorangan di atas katil di malam minggu.

Sebuah buku yang menangkap perhatiannya ialah novel terbitan FIXI bertajuk Salafi tulisan Shaz Johar. Mengisahkan seorang gadis yang dilarang bercinta dengan seorang jejaka yang sangat dibenci oleh abangnya sendiri. Sehingga abangnya sanggup membunuh.

"I really like this book. Best buku ni".

Berderau darah Zarina seketika apabila terdengar suara maskulin itu di belakangnya. Sangat tenang tetapi jelas nadanya. Dia menoleh dan melihat lelaki itu sedang berdiri sangat rapat di belakangnya. Sehingga mata coklat terang lelaki itu sangat jelas dari sudut pandangannya yang sedang mendongak.

"Eh, kau dah mandi Ris? Cepatnya?".

Bau harum sabun mandian menerpa di rongga hidung Zarina ketika dia mengajukan soalan itu.

"Cepat? 10 min jugak aku dalam bilik mandi. Kau tu terlampau engrossed sampai aku berdiri kat belakang kau pun tak sedar".

Berkerut dahi Zarina. Sangat khusyuk membelek buku sehingga tidak sedar masa berjalan dengan pantas. Dia menoleh lagi dan mendapati Haris semakin rapat dengannya. Jika perempuan lain mungkin akan menjauh, tidak selesa andainya ada lelaki bukan muhrim berdiri begitu rapat sekali, tetapi bukan Zarina. Ikutkan hatinya, mahu saja dia bersandar di dada bidang lelaki itu. Sungguh dia tertarik dengan aura maskulin lelaki itu.

"Tulah, banyak sangat buku best-best kat sini. Semua nampak baru pulak tu. Pandai kau jaga buku-buku ni. Sama macam kau jaga Hannah".

"Aku bersyukur sangat kerana Hannah itu rezeki pemberian Allah. Character dia yang baik dan bijak itu satu bonus buat aku. Sama jugak dengan kehadiran kau dalam rumah aku malam ni. Satu bonus".

Zarina menekup mulutnya dan ketawa kecil. Geli pula dengan ayat romantis dari jejaka itu. Namun, hatinya sedikit tersentuh.

"Amboi! Ayat kau berbunga-bunga. Banyak sangat baca buku cinta kau ni" kata Zarina seraya menyiku lembut perut lelaki itu.

SEPIWhere stories live. Discover now