- 33 -

10.7K 56 3
                                    

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam" jawab Haris seraya menyaksikan Zarina memasuki perut keretanya bersama segaris senyuman manis. Sangat teruja untuk menghabiskan masanya bersama Zarina dan anak kesayangannya itu.

Sebaik sahaja Zarina memasang tali pinggang keledar, dia berpaling ke tempat duduk belakang. Melihat anak kecil berusia 4 tahun itu.

"Hi Hannah!" Zarina melambai ke arahnya. Baju dress biru belang-belang putih itu menarik perhatiannya. Sangat comel anak itu memakainya.

"Hi Auntie Ina! You look pretty".

"Oh, Thank you sayang. Cantik baju Hannah. Siapa beli?".

"Ayah! Hannah ada 4. Biru, kuning, merah hi...hi... hijau!".

Zarina menekup mulutnya sambil melepaskan tawa kecil.

"Hannah ada baju sama tapi lain-lain warna?".

"Ha'aa! Ayah beli." Jawab anak kecil yg comel itu penuh teruja seraya menuding ke arah Haris. Tertawa riang, menampakkan barisan giginya yang putih bersih itu.

"Haris! Kau beli baju sama sampai 4 warna? Biar betul?" tanya Zarina bersama tawa kecilnya.

"Aku kan single father, manalah aku pandai sangat shopping untuk budak perempuan. Nampak apa yang dia suka, angkat 5 helai terus. Senang. Warna je lain-lain."

"5? Bukan 4? Oh my god Haris. Lepas ni kau bawak aku dengan Hannah shopping. Biar aku yang belikan baju cantik-cantik untuk princess Hannah. Right princess?" Soal Zarina seraya menoleh ke belakang lagi.

"Yes auntie Ina. I want to be pretty like you" jawab si kecil tu. Kakinya bergoyang-goyang tanpa henti.

Haris tersenyum apabila mendengar telatah riang mereka berdua. Dia mengerling ke arah Zarina sekilas. Memang wajarlah kalau Zarina yang memilih pakaian untuk Hannah. Blouse merah berkotak putih dan seluar jeans bewarna hitam yang dipakainya kelihatan sangat cantik dan bergaya. Menambahkan lagi kecantikan bentuk tubuhnya yang menawan. Begitu juga dengan solekan wanita itu, sederhana tetapi berjaya menghangatkan mata dan jiwa lelakinya.

...dan dalam ralit mengamati kecantikan wanita di sebelahnya, Haris tersedar dia sudah terlajak jalan.

"Ina, aku rasa dah sesat ni. Dah macam mazelah tempat kau ni".

"Tulah, orang drive tengok depan, kau pulak... tengok apa je" kata Zarina seraya tersenyum sinis. Dia sedar yang lelaki itu tak henti-henti mengerling ke arahnya

Lelaki itu hanya tersengih macam kerang busuk. Segan apabila disindir begitu. Dia menolak gear ke 'R' dan meletakkan tangan kirinya di kepala kerusi Zarina dan berpaling ke belakang untuk mengundurkan keretanya. Pada masa yang sama, Zarina juga berpaling ke arah yang sama untuk melihat Hannah yang sedang bernyanyi dengan riang.

Saat itu, wajah mereka saling bertentang. Hanya seinci sahaja jaraknya. Bebola mata mereka bertaut. Terpana dengan renungan masing-masing.

"Eiii...Ayah and Auntie Ina nak kiss" jerit si cilik itu di belakang sambil tersengih nakal.

Segera Zarina memandang ke hadapan, menyelitkan rambutnya ke belakang cuping telinganya dan menunduk. Segan.

"Sorry Ina. Aku nak reverse je tadi" kata Haris apabila Zarina kelihatan serba salah.

"Takpe. Its ok" Balas wanita itu, lalu tunduk bersama senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Dia tidak pasti kenapa, jantungnya tiba-tiba berdebar.

Haris sekali lagi berpaling ke belakang. Sempat dia merenung sesaat dua ke wajah Zarina yang sudah kemerahan itu. Cantik. Sangat cantik dari sudut pandangannya.

SEPIWhere stories live. Discover now