- 42 -

8.9K 50 8
                                    

Keletak keletuk keletak keletuk bunyi tapak kasut Haris mengetuk lantai lobi bangunan itu. Lelaki itu berjalan pantas menyusuri lobi yang separa sesak dengan pekerja-pekerja ofis. Jam di lengan dikerling sekali, dia hanya ada 30 minit sahaja untuk berjumpa dengan kliennya untuk berbincang tentang projeknya yang akan dikendalikan tak lama lagi. Tiba-tiba...

"Adoi!"

Langkah Haris terhenti serta merta. Lengan kirinya yang sedikit sakit diusap lembut. Nak ikutkan hatinya mahu sahaja dia memarahi manusia yang melanggarnya itu, akan tetapi, apabila ternampak seorang perempuan terduduk di atas lantai mengusap lututnya, dia mengubah fikiran

"Cik adik. Tak apa-apa ke?" soal Haris setelah melutut bertentangan dengan perempuan itu.

Spontan perempuan itu mendongak, matanya bertentangan dengan mata Haris. Spontan juga Haris terpana dengan kecantikan wajah perempuan itu.

"Saya tak apa-apa tuan. Saya yang salah. Harap tuan maafkan saya" jawab perempuan itu dengan lembut."Its oklah. Perkara kecik aje. Lutut sakit ke?".

"Tidak tuan. Sakit sikit sahaja, tak perlu ambulans".

Spontan Haris tersenyum."Ni mesti jalan sambil tengok Tik Tok kan ni?".

Tertawa kecil perempuan itu dengan soalan Haris, memaniskan lagi roman wajahnya.

"Bukan Tik Tok tuan, tapi syarahan".

Haris pula tertawa kecil.

"Yelah tu syarahan". Perempuan itu tidak membalas, hanya tersenyum manis. Tidak boleh dinafikan, Haris semakin terpana tetapi dengan pantas dia melarikan pandangannya dari wajah perempuan itu dan fokus memungut kertas-kertas yang banyak bertaburan di atas lantai.

Salah satu kertas di pungut dan ditatapnya. Kertas yang di penuhi lukisan kanak-kanak. Cantik lukisan seekor lembu dan seekor kambing. Malah hampir kesemua kertas yang dipungut Haris terdapat lukisan-lukisan kanak-kanak kecil yang cantik.

"Cantik lukisan ni. Lukisan anak awak ke?" soal Haris sebelum berdiri bertentangan perempuan itu.

"Bukan tuan. Saya tidak mempunyai anak. Kawin pun belum. Ini lukisan murid saya. Saya art teacher".

"Oh, cara kebetulan anak saya pun suka melukis. Boleh lah awak ajarkan ye? Kelas awak di mana?".

"Owh, saya freelance tuan. Saya pergi rumah murid untuk mengajar. Hmm...Saya free besok. Saya boleh ke rumah tuan untuk ajar anaknya dalam pukul 2 keatas. Untuk kelas pertama, gratis ya. Tak usah bimbang".

Tersenyum lebar Haris dibuatnya. Cara kebetulan Hannah juga habis sekolah di masa yang sama. Hannah pasti gembira.

"Oh, oklah gitu. Besok boleh datang dalam pukul 3? Pembantu rumah saya ada dengan anak saya. Nanti dia boleh bukakkan pintu".

"Boleh tuan, besok saya sampai dalam pukul 3. Nama tuan apa?" soal perempuan itu seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Nama saya Haris. Nama awak?".

"Nama saya Ratna. Salam perkenalan ya".

Mereka bersalaman sebelum bertukar nombor talifon dan alamat. Kemudian Haris berjalan pantas menuju ke tempat parkir kereta.

Setelah lelaki itu hilang dari pandangan, Tanti tersenyum lebar.

*****************

Razak menggeleng setelah melihat keadaan bilik tidur Tanti. Berselerak macam kapal pecah!. Baju kotor di atas lantai tidak dipungut. Tuala basah di atas katil tidak digantung. Kotak minuman yang sudah kosong tidak dibuang. Katil berselerak tidak dikemas.

SEPIWhere stories live. Discover now