"Assalamualaikum Lid. Selamat datang ke Quadro Residences" sambut Samsiah dengan ceria di pondok sekuriti guard.
Samsiah kelihatan sangat cantik dan berseri. Memakai baju kurung berwarna merah kotak-kotak putih, sedondon dengan tudung putih separas dada. Baju yang dipakainya agak ketat, menampakkan potongan badannya yang gebu.
"Waalaikumsalam, Terima kasih Sham. Kenalkan. Inilah Zarina, Cik Na ni Sham" balas Khalid dan menunjuk ke arah Zarina,
Shamsiah menghulurkan tangannya untuk bersalaman dan disambut mesra oleh Zarina.
"Oh. Ni rupanya makcik Lid yang selalu disebut-sebut tu ye".
Zarina memandang Khalid dari hujung mata.
"Si Khalid ni sebut pasal apa tu Sham?"
"Don't worry. He mentioned all the good stuff about you. Baik hati. Pemurah. Cantik. Ishh. Memang cantik pun orangnya".
Zarina tersenyum lebar dengan pujian wanita yang baru dikenali itu. Dia memandang Khalid sekilas sebelum menunduk malu. Hilang kata-katanya serta-merta.
Lid, Ni your key card. Jaga baik-baik tau, kalau hilang tak boleh masuk nanti. Sham tunjukkan facilities kondo ni dulu k sebelum naik rumah. Jom".
"Suami Sham ada kat atas ke?" tanya Khalid.
"Oh. Dia outstation lah Lid kat Qatar, bulan depan baru balik".
Sebaik sahaja Samsiah berkalih, Zarina menjeling Khalid tajam. Lelaki itu hanya mengangkat bahu.
Samsiah rancak menceritakan tentang kerenah-kerenah penduduk kondo mewah itu. Ada yang suka komplen tak habis-habis. Ada yang tidak beradab. Tak lupa juga yang suka menjaga tepi kain orang. Tetapi ada juga yang baik hati dan suka menolong orang. Zarina dan Khalid mendengar sahaja celoteh Samsiah dengan khusyuk sehingga mereka tiba ke bahagian kolam renang kondo mewah itu. Terdapat ramai orang di situ bermandi manda bersuka ria.Kemudian Shamsiah membawa mereka ke tempat kegemaran Khalid iaitu sebuah gymnasium kecil yang terletak bersebelahan kolam renang. Khalid tersenyum apabila ternampak gym itu dilengkapi dengan alat-alat senaman yang digemari. Tak payah lah dua berebut dengan orang lain seperti di dalam gym awam.
Akhir sekali, mereka bertiga berjalan menuju ke lift lobby utama. Samsiah scan keycard ke panel lift itu dan menekan tingkat 21. Tanpa keycard itu, butang lift tak boleh ditekan dan lift tidak akan bergerak. Sebaik sahaja mereka masuk je dalam kondo Samsiah, mata Zarina dan Khalid terbuntang. Petronas Twin Tower tersergam indah dari tempat mereka berdiri. Mereka berjalan menuju ke tingkap itu untuk mengagumi keindahan latar langit KL.
"Cantiknya view ni Sham. Mesti tak muak tengok view macam gini hari-hari kan?" soal Zarina dengan teruja".
Satu hari muak jugak Ina, sama jugak kalau dah tengok muka orang tu hari-hari selama 21 tahun. Nak pergi Qatar lah, asyik-asyik pergi Houston. Lepas tu nak pergi China, tak boleh lekat rumah lebih dari seminggu. Duduk rumah pun asyik gatal nak jumpa kawan. Ada sahaja tempat nak pergi".
Zarina dan Khalid hanya berdiam diri, lebih-lebih lagi Zarina, tertanya dalam hati sama ada Razak juga sudah muak melihat mukanya.
"Eh! Aku ni tak habis-habis berleter kan dari bawah sampai ke atas. Marilah Lid, Sham tunjuk bilik".
Khalid dan Zarina hanya memandang sesama sendiri dan tersenyum. Bilik Khalid adalah satu di antara 3 bilik tidur dalam kondo mewah itu. Ia terletak di berdekatan dapur. Biliknya kecil, sangat kecil berbanding bilik tidur di rumah Zarina. Dalamnya kemas, hanya satu katil queen size. Gerobok pakaian dan sebuah meja kecil untuk Khalid membuat kerja. Setelah menunjuk lokasi dapur dan tandas untuk Khalid mandi, Samsiah berjalan pantas menuju ke pintu keluar dikuti oleh Zarina dan Khalid.
YOU ARE READING
SEPI
Romancemengisahkan tentang si isteri yang dahagakan belaian kasih sayang dari seorang bergelar suami. Suami yang mengabaikan tanggungajwabnya sehinggakan si isteri mencari kebahagiaannya sendiri...