- 13 -

22.8K 77 8
                                    

Kelam kabut mereka berdua memungut pakaian mereka dan berlari masuk ke bilik masing-masing. Zarina mencapai coli Triumph bewarna putih dan baju kelawar cotton putih bercorak anggerik ungu. Berdiri tegak di hadapan cermin, rambutnya yang ditocang belakang dikemaskan.

Ding dong. Ding Dong. Ding Dong

Zarina berjalan pantas keluar bilik. Sempat dia mengerling Khalid yang berdiri tegak di tengah ruang tamu, terpinga-pinga. Lengkap memakai t-shirt dan seluar track hitam panjang. 

Jiwa Zarina berkecamuk, geram, takut, gembira, teruja. Tak tahu raut wajah mana yang harus dipamerkan nanti. Tetapi sebaliknya, dia terperanjat apabila membuka pintu. 

Berdiri tegak di belakang Razak ialah Tanti, madunya dari Batam. 

"Ina, apa awak buat lama nah kat dalam? Cepat bukak, abang panas ni" laung Razak dengan lantang dari luar pagar. Berkali-kali dia mengesat peluh yang membasahi dahinya.

"Maaf abang, Ina kat dalam tandas tadi" jawabnya sambil membuka mangga pagar dengan tangan yang terketar-ketar.

"Awak sakit ke Ina? Pucat muka awak ni" soal Razak lagi sebelum memeluk isteri pertamanya itu dan mencium pipinya.

Zarina mengambil tangan Razak dan menciumnya. Dia sedaya upaya memaniskan roman wajahnya walaupun jiwanya sedang rancak merusuh.

"Tak...tak lah bang. Ina happy abang balik. Kenapa abang balik tak call. Boleh Ina masak sedap-sedap". 

"Takpelah, abang tak nak susahkan Ina. Maafkan abang ye sayang. Abang tak berniat pun nak tinggalkan Ina lama-lama sini. Lagi satu, abang terpaksa bawak Tanti datang sini pasal ada masalah sikit kat rumah dia. Nanti abang ceritakan. Hmmm, Ina ok kan?" tanya Razak dengan nada perlahan, seakan berbisik.

Zarina hanya mengangguk dan berdiam diri. Tak tahu nak cakap apa lagi. Nak cakap tak boleh, perempuan itu sudah pun ada di situ.

Dahi Zarina dicium Razak sebelum dia menarik 2 bag bagasi yang besar masuk kedalam rumahnya

"Kakak, apa khabar?".

Zarina menoleh apabila terdengar satu suara yang lunak manja di sebelahnya. Tanti tersenyum manis sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. 

"Kakak khabar baik. Tanti sihat?". Tanti menunduk dan mencium tangan Zarina. 

"Saya sihat kak" jawabnya seraya tersenyum dengan manis. 

2 tahun dahulu, doktor telah mengesahkan bahawa Zarina tidak boleh beranak kerana masalah rahim. Zarina sedih, tapi dia pasrah. Dia tahu sangat yang Razak terlalu inginkan cahaya mata. Zarina  sangat meyayangikan Razak, kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi. Jadi dia mengizinkan Razak bernikah satu lagi.

Tetapi dia tak sangka gadis yang dipilih suaminya ialah seorang gadis yang sangat cantik. 25 tahun, cerah mempunyai potongan badan yang menawan. Isteri mana yang tak cemburu, isteri mana yang tak sakit hati. Tetapi walau macam mana pun, janji harus ditepati.

"Masuk lah Tanti. Nanti kakak buatkan kopi ya" kata Zarina.

Kemudian, mereka berjalan seiringan masuk kedalam rumah.

Di masa yang sama, sebaik sahaja Razak melangkah kaki ke dalam rumah, dia terperanjat apabila ternampak Khalid menerpa ke arahnya dah menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Eh Khalid, kau buat apa kat sini?".

Khalid dan Zarina saling berpandangan.

"Eh. Kan abang yang bagi izin Khalid tumpang sini untuk 2 bulan?" kata Zarina. 

"Ha? Sejak bila abang kasi permission ni? Tak ada orang cakap dengan abang pun". 

Berkerut dahi Razak seraya bercekak pinggang, membuat Khalid tak senang hati.

"Pak Jak... Mak saya ada WhatsApp Pak Jak 2 bulan lepas. Kita tak nak call, takut nanti bill melambung. Habis tu Pak Jak tak reply. Cuma blue tick je. Mak ingat oklah. Mak tanya Cik Na. Cik Na pun cakap ok".

Razak mengeluarkan telefon bimbitnya. Aplikasi WhatsApp dibuka dan rangkaian perbualannnya dengan mak Khalid dicari.

Benar Alinah ada menghantarnya mesej pada 3 May 2022, 8 malam. Dia mengurut dahinya, cuba mengingati apa yang terjadi pada malam itu.

Apabila dia terpandang Tanti, baru dia ingat kembali. Malam itu dia terlampau kesedapan apabila koneknya dihisap oleh Tanti sehingga dia tak ambil endah tentang mesej Alinah itu.

Spontan, Razak menepuk dahinya.

"Habis tu aku tak reply, kau orang assume aku kasi permission? Aku tak cakap ok pun. Ni rumah siapa ni? Ni rumah siapa? Khalid, kau tidur bilik kedua tu kan?" soalan diajukan kepada Khalid. 

Tegas nadanya. Seolah-olah tak gemar dengan kehadiran Khalid di situ. Tetapi pehubungan Khalid dan Razak tidak ada masalah. Cuma tak serapat dan mesra seperti Khalid dan Zarina.

"Ye...ye Pak Jak. Saya tidur bilik tu".

"Habis tu sekarang bini aku nak tidur mana?" soal Razak lagi seraya menuding kearah Tanti yang terpinga-pinga itu.

Semua yang berada di situ berdiam diri. Hanya kedengaran bunyi dari rancangan TV. Masing-masing memandang sesama sendiri. Tak tahu apa jawapan yang baik untuk meredakan amarah Razak itu.

"Takpelah Pak Jak, saya tidur luar, biar Tanti tidur dalam bilik tu".

Tiba-tiba terdetik satu idea dalam akal Razak. 

"Ok. Aku setuju. Tapi Tanti tidur dengan Zarina. Aku tidur kat bilik kedua tu. Boleh Ina? Tanti?" soal Razak sambil memandang kedua-dua isterinya silih bergant

Tanti dan Zarina saling berpandangan. Suka ke tak, tak guna melawan suaminya yang sedang marah tu. Makin membara pula hati orang tua tu nanti. Mengangguk setuju adalah jalan penyelasaian yang terbaik. Besok lusa, bila amarah Razah dah reda, boleh bincang lagi.

"Ok, Khalid. Kau boleh cari rumah sewa dalam satu dua minggu ni? Kau tak ada duit, aku boleh pinjamkan".

Khalid tidak ada pilihan selain mengangguk. Setelah berpuas hati dengan jalan penyelesaian yang dibuat, Razak menarik beg bagasi terus masuk tanpa berkata apa-apa. 

Khalid mengeluh berat, memikirkan masalah yang timbul sekarang. Tetapi dia tidak mengambil hati.

"Dahlah Khalid, agaknya Pak Jak penat tu datang jauh-jauh dari Batam. Atau dia runsingkan pasal Tanti ni. Sabar eh? Nanti Cik Na tolong Lid" pujuk Zarina apabila ternampak wajah muram Khalid. Lengan Khalid yang berotot itu diusap berkali-kali.

Dia menoleh ke arah Tanti yang masih berdiri tegak di belakangnya. Berkerut dahi Zarina apabila dia ternampak Tanti menjuihkan bibirnya ke arah sesuatu.

Zarina menoleh ke arah itu. Alangkah terperanjatnya dia apabila ternampak coli yang dipakai tadi berada di atas lantai. Coli cantik, seksi dan menawan, dipakai hanya dengan tujuan untuk menggoda seseorang. Barangkali dia terlupa masa dia kelam kabut tadi. Dengan sepantas kilat, Zarina memungut coli itu dan berlari masuk ke dapur.

Tanti mengekori pergerakan Zarina dengan senyuman sinis. Kemudian dia ternampak wajah Khalid terpinga-pinga seperti seorang yang bersalah. Kemudian lelaki itu juga bergerak masuk kedalam biliknya dengan pantas. Meninggalkan dia terpaku seorang diri.

Tanti terfikir sesuatu di dalam mindanya. Spontan senyuman sinisnya semakin lebar.

SEPIWhere stories live. Discover now