'Hi, Ina ni. Birthday party anak kau pukul 8 kan?".
'Eh hi Ina....Yes....8pm...Kau jadi datang ke?'.
'Yup, apa address kau?'.
'Kau naik Grab kan? ...Kau book pergi Sri Langit condominium. Jalan Taman Seputeh 7'.
'Ok2, see you soon'.
'Orait....:)'
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jam di telefon bimbitnya menunjukkan pukul 6.50. Zarina membuka aplikasi Google maps dan mencari lokasi Sri Langit Condominium. Tersenyum dia apabila ternampak Mid Valley Mall sangat berdekatan dengan kondo itu. Dia berfikir, kalau dia mandi sekarang, bersolek sederhana, pergi Mid Valley mall untuk membeli hadiah untuk si cilik itu, pasti masih sempat sampai ke kondo itu sebelum pukul 8. Masa kelihatan suntuk dan pasti dia akan kelam kabut nanti.
Kelam kabut pun kelam kabut lah dari duduk terperuk dalam rumah Ini. Rimas.
Menyakitkan hati je duduk sini gumamnya di dalam hati.
Tanpa membuang masa dia membuka bajunya dan bergegas masuk kedalam tandas.
Dia mengambil masa 10 minit untuk mandi, 8 minit untuk menyarung pakaian dan 10 minit untuk berdandan sederhana.
Dia bangkit dan bergelek ke kiri dan kanan. Dia tersenyum manis apabila ternampak dirinya di dalam cermin. Cantik dari hujung rambut ke hujung kaki.
Notifikasi aplikasi Grab berbunyi, memberitahunya yang kereta sudah sampai. Dia mematikan lampu dan bergegas ke pintu hadapan.
"Cik Na, nak pergi mana?" tanya Khalid apabila ternampak Zarina membuka pintu hadapan,
Zarina langsung tidak mempedulikan soalan anak buahnya itu. Dia memakai kasut, menutup pintu dan bergegas masuk kedalam perut kereta yang akan membawanya ke Mid Valley Mall
7.40 malam.Setibanya di Mid Valley Megamall, dia berjalan pantas masuk ke dalam Toy'r'Us. Dia hendak mencari mainan sesuai untuk dihadiahkan kepada seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun. Berdekatan dengan pintu masuk terdapat satu set kamera yang menarik perhatiannya.
"Hachi's Choice Gift Kids Camera Toys for 3-9 Year Old Girls" Tertera di kotak itu.
Tetapi apa yang buat dia sangat berkenan dengan kamera itu adalah sekeping kertas yang mengatakan - "Sale. 20% Off, RM99.99".
Masa tidak mengizinkannya untuk membalut hadiah itu. Dengan pantas dia membuka aplikasi Grab dan menempah perjalanan ke kondo Sri Langit. Mujurlah kereta itu sudah pun berada di Midvalley. Tak payah lah dia tunggu lama. Terpaksa dia memujuk pemandu itu membawa kereta selaju mungkin. Ternaik bulu romanya apabila pemandu itu membawa kereta Toyota Vios nya macam F1...
...dan tepat pukul 8 malam, dia tiba di hadapan rumah Haris termengah-mengah.
Ding Dong! Ding Dong!
"Assalammualaikum. Sorry, aku lambat. Sorryyy" kata Zarina sebaik sahaja Haris membuka pintu.
Dia membuat muka kesian kepada Haris tetapi lelaki itu hanya memandangnya mendatar, terpana sebenarnya dengan kecantikan gadis itu.
"Waalaikumsalam. Eh taklah Ina, kau just in time. Kita baru nak potong kek" balas lelaki, terjenguk-jenguk di belakang Zarina.
"Kau cari siapa Ris?" soal Zarina sambil terbongkok-bongkok membuka kasut.
"Mana Razak?".
YOU ARE READING
SEPI
Romancemengisahkan tentang si isteri yang dahagakan belaian kasih sayang dari seorang bergelar suami. Suami yang mengabaikan tanggungajwabnya sehinggakan si isteri mencari kebahagiaannya sendiri...