- 26 -

11.3K 57 8
                                    

"Ina. Boleh duduk sini sekejap? Abang nak berbual sikit" pinta dengan Razak dengan lembut sebaik sahaja dia ternampak Zarina melangkah kaki kedalam rumah.

Zarina menghela nafas berat. Dia mengerling jam di dinding. Pukul 9.45 malam.

"Nak berbual apa bang? Ina penatlah".

"Duduklah sekejap".

Zarina menghenyak kan punggungnya di atas sofa, jauh dari Razak, merenung TV di hadapanya dengan wajah yang muram.

"Ina pergi mana malam semalam? Satu hari tak balik. Ina off handphone. Abang nak call pun tak dapat. WhatsApp pun tak balas".

"Ina tidur rumah kawan. Harisa"

"Harisa? Abang tak pernah dengar pun Ina ada kawan nama tu?" Soal Razak dengan dahi berkerut.

"Alah, dia janda anak satu. Ina temankan dia dengan anak dia. Ina kenal dia masa abang sibuk sangat dengan Tanti kat Batam tu".

"Abang tahu lah abang sakitkan hati Ina semalam. At least bagitaulah abang Ina pergi mana walau macam mana pun. Taklah abang bimbang kan? At least give me that kind of respect".

"Yelah! Yelah! Dah lah! Ina nak mandi. Nak rehat ni. Penat!" malas dia nak bertekak malam-malam buta tu.

"Nantilah, abang belum habis berbual lagi. Habis tu satu hari ni, Ina dengan Harisa lah?"

"Taklah, hari ni Ina dengan Khalid. Kan dia pindah. Ina tolong dia pindah. Ina temankan dia. Tolong dia settle down".

"Oh. Patutlah Ina senyap satu hari ni! Dengan anak buah tersayang rupanya. Suka lah spend time dengan dia tu. Sampai abang pun Ina abaikan, langsung tak kisah pasal abang. Ina tahu tak tanggungjawab seorang isteri adalah kepada suaminya, bukan dengan anak sedaranya"  laung Razak dengan lantang. Menyirap darahnya apabila mendengar nama Khalid.

Menyirap darah Zarina juga dengan ayat terakhir Razak itu. Dengan pentas dia berpaling menghadap Razak. Terbeliak matanya merenung lelaki itu.

"Abang kan dah ada Tanti!".

Zarina menunding ke arah pintu bilik kedua yang tertutup itu. Terkebil-kebil Razak merenung pintu, tak mampu berkata apa-apa

"Abang dah buat keputusan dah nak duduk dengan dia kat Singapore kan? Tinggalkan Ina terkontang-kanting kat sini. You got what you want right? You win!".

Razak mengeluh berat, dia meletakkan tangannya ke atas tangan Zarina untuk menenangkan isteri pertamanya itu tapi pantas wanita itu mengalihkan tangannya. Merah padam muka Zarina. Jantungnya macam nak pecah dengan amarah.

"Dah lah tu Ina. Sebenarnya abang pun tak confident abang dapat kerja tu. Kalau abang betul-betul tak dapat, abang spend time lebih dengan Ina k. Sabarlah". Razak cuba melembutkan hati isteri pertamanya tetapi hakikatnya, dia berbohong.

Pagi tu dia dapat panggilan dari Singapura untuk memberitahu yang dia dah diterima bekerja. Mereka beharap yang Razak dapat memulakan pekerjaan sebulan kemudian. Cuma Razak tak sampai hati nak beritahu Zarina.

"Yelah tu bang! Yelah tu!" Jawab Zarina mengejek.

"Sebenarnya abang dah buat decision".

"Decision apa?".

"Ina dah tak payah tidur dengan Tanti lagi. Tanti tidur bilik kedua tu. Ina tidur kat main bedroom k. Malam ni abang tidur dengan Ina. Take turn tidur dengan Tanti?".

Bekerut dahi Zarina sekejap.

"Huh? Itu rupanya?! Ya Allah ya Rabbi. Ingat decision apa lah tadi, whatever lah abang, whatever!" Herdiknya sebelum menjeling Razak tajam.

SEPIWhere stories live. Discover now