Isnin. 12.35pm
"Assalamualaikum".
"Waalaikum........"
Pengawal sekuriti kondo itu terdiam sebaik sahaja ternampak Tanti berdiri tegak dihadapannya. Tanti berdandan seperti bagaikan nak naik pelamin. Dia memakai dress pendek coklat berbunga-bunga kecil. Separuh dari pehanya jelas kelihatan. Potongan dada baju itu yang berbentuk V sangat rendah tetapi lurah teteknya ditutup dengan kamisol berwarna putih.
"Waalaikumalam Cik Adik, apa saya boleh bantu?" tanya pengawal sekuriti kondo Seri Langit.
Tanti mengerling tag nama lekaki muda itu sebelum mengukir senyuman manis kepadanya
"Abang Syamsul, minta tolong sikit ya. Saya ada delivery ni untuk...untuk Harisa. Dia cakap dia tinggal sini" kata perempuan itu dengan suara lunak manja seraya menunjukkan sebuah beg plastik besar yang penuh berisi kotak, kotak kosong.
Dahi lelaki muda itu berkerut.
"Harisa? Siapa Harisa? Hmmm.. Sekejap ya".
Lelaki itu memasuki pondok sekuriti. Dengan berhati-hati, Tanti merapati pintu ponduk itu untuk memasang telinga.
"...Harisa? Mana ada orang nama Harisa kat sini. Haris agaknya tak? Pergi tanya dia lagi. Tanya dia apa dia nak" kedengaran satu suara yang garang dari dalam pondok itu.
Dengan pantas Tanti mengundur kembali ke tempat asal, tersengih-sengih macam kerang busuk.
"Cik Adik salah orang lah agaknya. Sini takde orang nama Harisa".
Kelam kabut Tanti mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka galeri gambar.
"Ha, ini orangnya. Dia kata dia tinggal di kondo Sri Langit" Tanti menunjukkan gambar seorang lelaki kepada pengawal sekuriti itu.
"Oh, confirm lah. Ini Haris, bukan Harisa..." lelaki itu tergelak kecil.
Perempuan Indon itu merengus kasar. Sekarang dia sudah tahu siapa gerangan lelaki kacak dalam selfie bersama Zarina itu. Kini dia hanya perlu mengetahui apa hubungan lelaki kacak itu dengan Zarina. Adakah Haris itu lebih dari kawan kepada madunya?.
Semakin geram dia dengan Zarina apabila memikirkan kemungkinan itu.
"Dah ada Khalid, sekarang Haris pula" bentaknya dalam hati.
"...lagipun Haris dah pergi kerja. Eh. Dia tidak beritahu kami pun dia ada delivery hari ni" sambung lelaki itu.
"Mungkin dia lupa kot" balas Tanti.
Syamsul terangguk-angguk.
"Mungkin jugak lah. Hmmm. Dia ada kasi alamat penuh kan? Tahu unit nombor dia?".
Pantas perempuan Indon itu menggeleng sebelum memaniskan roman wajahnya kembali.
"Dia ada kasi kepada boss saya. tapi boss saya terlupa mahu kasi saya. Saya call boss saya banyak kali tapi tidak diangkat pula. Hmmm... Boleh saya gantung sahaja barang ini depan pintu rumahnya. Unit numbernya apa ya?".
Syamsul menjenguk ke dalam pondok sekuriti untuk memastikan kawan sekerjanya tidak memasang telinga. Kemudian dia mengambil satu langkah kehadapaan, merapati Tanti.
"Hmmm. Nama cik adik apa?".
"Ratna".
"Oh Ratna. Cantiknya nama, secantik orangnya".
Tanti tersenyum sumbing. Sedikit meluat dengan pujian lelaki itu. Tetapi dia terpaksa melayannya juga demi mendapatkan maklumat.
"Terima kasih abang Syamsul. Abang pun tampan juga ya" kata perempuan Indon itu sebelum mengusap lengan lelaki itu sekali.
YOU ARE READING
SEPI
Romancemengisahkan tentang si isteri yang dahagakan belaian kasih sayang dari seorang bergelar suami. Suami yang mengabaikan tanggungajwabnya sehinggakan si isteri mencari kebahagiaannya sendiri...