- 19 -

16.7K 72 7
                                    

Dengan sepinggan nasi ayam di tangan kanan dan air bandung di tangan kiri, matanya melilau mencari meja kosong di dalam food court itu. Sana sini meja penuh. Ada yang masih mengunyah makanan, ada yang khusyuk merenung telefon bimbit sambil menghabiskan minuman, ada pula sibuk berborak tanpa rasa bersalah walaupun melihat ramai yang sedang menunggu meja. Beginilah suasana lunchtime di tengah KL, sesak dengan manusia mencari makan. Lebih-lebih lagi bila semua pekerja pejabat keluar makan di waktu yang sama.

"Sis, sini ada kosong".

Zarina menoleh ke arah suara itu. Terpempan gadis itu apabila ternampak seorang jejaka tampan tersenyum kearahnya. Kulitnya sawa matang, jambangnya kemas, rambutnya tersikat rapi. Kelihatan segak berkemeja biru muda kolar putih.

Lelaki itu menunjukkan kerusi di hadapannya, menjemput Zarina untuk duduk. Meja itu pula khas untuk 2 orang. Zarina teragak-agak, segan. Tapi memandangkan dia sedang mengejar masa, dia duduk juga di situ.

"Terima kasih" katanya ringkas seraya tersenyum.

Perutnya rancak berkeroncong minta diisi. Sebaik sahaja dia meletakkan makanan di atas meja, dia membaca Bismillah dan menyuapkan nasi kosong kedalam mulutnya. Belum sempat dia menelan, dia menyuap secebis daging ayam pula.

"Dari dulu perangai tak berubah, kalau dah lapar makan tak pandang kiri kanan".

Berkerut dahi gadis itu. Dia menelan sisa makanan dalam mulutnya dan merenung muka lelaki itu.

"Huh?".

Lelaki itu tertawa kecil melihat reaksi Zarina.

"Ina kan? Zarina?".

"Ye. Err.... Sorry. Awak siapa?".

"Haris, ingat tak? Satu sekolah dulu kat Seri Ampang?".

Hampir tercantum kening gadis itu. Wajahnya penuh tanda tanya.

"Alahai, aku duduk belakang kau lah masa kelas. Kau pulak bila lupa pen, lupa pensil, kau pusing belakang pinjam kat aku".

Zarina menutup mulutnya, terkejut.

"Ohhh my god. Haris. Yang pendiam tapi bijaksana tu kan? Ok, I...opps...aku...aku ingat. Aku ingat".

"Ha ingat pun. Mentang-mentang lah aku dulu tak handsome" kata lelaki itu sebelum tertawa kecil, menampakkan giginya yang putih bersih.

"Tapi sekarang handsome giler" kata Zarina dalam hati.

"Yelah tu. Aku ingat lah, mana boleh tak ingat. Wait, kau bukan kat sini nak pungut hutang kan? Aku tak ada pinjam duit dari kau kan?" soal Zarina lagi, jelas dari nadanya dia sedang berseloroh.

"Tak ada duit lah...cuma...hati" perkataan "hati" itu dibisik, membuat gadis dihadapannya membongkok kehadapan untuk mendengar dengan lebih jelas.

"Apa? Apa kau cakap tadi?".

"Tak ada apa-apa. Eh. Kau kerja sini ke?".

"Haris, sorry lah. Aku in a hurry sebenarnya. Aku kena makan cepat-cepat, beli barang lepas tu balik ofis. Hope you don't mind".

"Ok ok. Sorry ganggu. Hope you don't mind aku duduk sini".

"Ok. Tak ada masalah".

Zarina sambung menikmati makanannya yang tergendala. Sekali sekala dia akan mengintai Haris dihadapannya itu. Lelaki itu khusyuk membelek telefon bimbitnya. Roman wajah yang serious milik lelaki itu mempertingkatkan lagi ketampanannya, menyemarakkan lagi selera wanita itu. Dengan pantas dia habiskan makanannya.

SEPIWhere stories live. Discover now