- 32 -

11.5K 51 8
                                    

"Mama. Mama buat apa kat sini?" soal Maya memecah kesunyian. Tenang.

"Nur. Kau buat apa dengan lelaki ni?" soal Tasya separa lantang, bercekak pinggang seraya merenung Khalid macam nak makan.

Dia memanggil nama anaknya 'Nur'. Hanya keluarga terdekat sahaja memanggilnya begitu, termasuk Zarina.  

Wanita itu mengawal dirinya dari memanggil nama lelaki yang memimpin tangan satu-satunya anak perempuannya. Dia berlagak seperti tidak mengenali Khalid kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Khalid hanya menunduk dan memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek. Berlagak setenang mungkin. Tetapi hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kencang jiwanya merusuh.

"Apa ni mama? Datang sini tiba-tiba. Lepas tu soal-soal orang macam gangster. He's my boyfriend. Ok?".

Terjongket kening Tasya serta merta dan mengalihkan pandangannya kepada anak perempuannya.

"Your boyfriend? Seriously Nur? So apa yang kau buat berdua-duaan dalam rumah tu? Beromen?".

Kini Maya pula yang bercekak pinggang dan menjegilkan matanya ke arah Tasya, hampir hilang kesabarannya. Dahlah jarang-jarang menjenguk, tiba-tiba datang tak diundang dan menuduhnya melulu.

"Apa ni mama? Jangan tuduh sembarang boleh tak? Dia tak masuk rumah pun. Maya lupa wallet. Dia temankan sampai luar rumah je. Sekarang ni kita nak pergi makan. Thats it! Happy?!".

Tasya mengalihkan pandangannya kepada Khalid. Lelaki itu tidak menggelabah. Dia hanya berdiam diri dan membiarkan Tasya mengawal situasi. Kalau dia bercakap, Maya bercakap dan jika jalan cerita mereka bercanggah. Dia mungkin akan kehilangan Maya selama-lamanya.

"Kau jangan keluar dengan lelaki ni Nur. Mama tak suka!" bentak wanita itu seraya menuding ke wajah Khalid.

"Oh my god mama. Apa salah lelaki ni? Kenapa tak boleh keluar dengan dia? Lid! Whats going on here? Apa ni?" Maya mengajukan soalannya kepada Khalid. Jantungnya mula berdebar. Dia rasa ada yang tak kena.

Belum sempat lelaki itu membuka mulut, Tasya bercakap dengan lantang.

"Lelaki ni kurang ajar! Semalam dia langgar mama sampai barang mama semua terjatuh. Lepas tu dia marah mama. Maki mama. Cakap mama ni buta! Tak beradab punya manusia!".

Dalam diam, Khalid menghela nafas lega tetapi Maya pula yang melopong. Gadis itu masih sangsi. Setahunya lelaki itu tidak kurang ajar seperti itu. Walaupun dia hanya mengenali lelaki itu dengan masa yang singkat. 

"Is it true Lid?".

"Betul. Semalam. Kat Mid Valley" jawab lelaki itu ringkas dan setenang mungkin. Setenang angin lembut yang menyapa dahinya yang mula berpeluh. Dia menoleh ke arah Tasya untuk meminta maaf.

"Kak, saya mintak maaf. Saya tak sepatutnya...".

"Shut the fuck up!" herdik Tasya. Memotong kata-kata lelaki itu serta -merta. Susah dia nak mengawal emosinya dengan lelaki yang pernah menidurinya dan besar kemungkinan, meniduri anaknya juga.

"Mama! Are you kidding me right now? Why are you being so rude?" dia mengesat air mata yang bertakung di matanya. Dia memandang ke kiri dan kanan. Mujur tiada sesiapa di situ untuk menyaksikan drama Melayu TV3 jam 7 malam.

Tasya sedar dia hampir melampaui batas. Niatnya disitu ingin berdamai dengan anaknya, bukan merenggangkan silaturahim.

"Nur. Mama nak cakap sikit dengan Nur. Boleh? Sekejap je. Just you and me. In private please" pinta Tasya dengan lembut sekali. 

SEPIWhere stories live. Discover now