- 47 -

8.3K 50 7
                                    

"Ok dik, 15 ringgit".

Tanti menghulurkan duit kepada pamandu Grab itu dan membuka pintu kereta.

Sebaik sahaja dia melangkah kaki keluar, tubuhnya disambut bahang matahari Kuala Lumpur yang sangat terik itu. Dia memperbetulkan dress merah jambu yang dipakainya. Sedikit habuk di dadanya yang terdedah ditepuk. Pehanya yang licin dan mulus itu mengundang tatapan lelaki-lelaki di sekelilingnya.

Lengkap dengan kaca mata hitam penuh bergaya, dia berjalan pantas menuju ke pondok sekuriti Seri Langit Condominium. Matanya melilau ke kiri dan kanan, takut terserampak dengan orang-orang yang dikenali, lebih-lebih lagi Zarina.

Motif utamanya ialah untuk menyembunyikan kamera dalam bilik Haris, untuk menangkap Zarina berlaku curang, tetapi apabila Haris mula berbual manja dengannya, keutamaannya bertukar 360 darjah.

"Hi abang Yusuff".

Yusuff, selaku ketua sekuriti menoleh ke arah suara itu. Terpempan lelaki separuh abad itu apabila ternampak Tanti berdiri di situ bergelek-gelek dengan manja.

"Eh Ratna, cantiknya awak ni. Nak ajak abang dating ke?" Soal Yusuff tersengeh-senggeh macam kerang busuk.

"Boleh aje abang, tapi bukan hari ni. Saya ada tugas...."

Kata-kata Tanti terhenti apabila telefon bimbitnya tiba-tiba bergegar dalam beg tangannya.

"Hi Haris, saya sudah sampai ni. Di pondok sekuriti".

"Ratna, maaf ya, saya ada hal kat ofis tadi. Lambat sikit lah saya balik".

"Owh, dalam pukul berapa gitu Haris sampai?".

"Hmmm, mungkin 3 suku kot. Ni saya tengah drive secepat mungkin".

Tiba-tiba terlintas satu idea di kepala perempuan Indon itu.

"Haris, panas sangat Kuala Lumpur ni. Kalau kita mandi di swimming pool sebentar boleh?".

"Ratna ada bawak baju mandi?".

"Ada, saya ada bawak bikini" jawab perempuan itu sebelum terketawa kecil, begitu juga Haris.

Sangkanya Tanti bergurau tetapi Tanti benar-benar membawa sepasang bikini.

"Oh oklah. Nanti minta Yusuff kunci rumah tau. Dia tahu unit 403. Sekejap lagi saya sampai".

Hati Tanti berlonjak gembira. Dia baru sahaja membeli bikini kecil itu. Dia hendak menunjuk Haris tubuhnya yang montok itu. Tujuannya hanya satu, menggoda Haris dengan teteknya yang besar itu.

"Oh, saya salin pakaian dalam bilik Haris ya?".

"Owh, hmmm, oklah. Dalam bilik saya pun ada tandas, Ratna boleh salin dalam situ juga".

"Ok Haris, saya nantikan Haris tiba. Bye".

"Bye Ratna".

Ratna mematikan panggilan dan dia menoleh ke arah Yusuff. Lelaki itu menyerahkan sepasang kunci tanpa disuruh. Kunci itu bertanda 403.

"Terima kasih abang Yusuff" manja dan ceria nadanya.

Kunci itu disambar dari tangan orang tua tu tanpa menunggu balasan.

Sebaik sahaja Tanti melangkah kaki masuk kedalam, matanya melilau ke sekeliling kondot tersebut mencari bilik tidur Haris. Dia harus bersiap sedia dengan memakai bikini sebelum Haris pulang nanti.

Ada 3 bilik tidur dalam kondo itu. Dia syak bilik terakhir ialah bilik Haris. Tanpa membuang masa, dia berjalan pantas ke arah bilik tidur itu. Pintu dibuka dan dia menjenguk ke dalam. Terdapat satu katil saiz 'King', almari, meja solek dan paling penting, ada tandas di hujung bilik. Dia ingin membersihkan sisa-sisa peluh dari tubuhnya supaya kelihatan segar di mata Haris nanti.

SEPIWhere stories live. Discover now