Lapang mejanya. Tiada apa-apa di atas situ melainkankan pen, stapler dan perkakas-perkakas ofis yang lain, tersusun kemas di bahagian tepi mejanya.
Tiada botol air Pokka, air minuman kegemarannya. Tiada pau ayam atau epok-epok sardin juga. Sama seperti hari sebelumnya, hari Isnin. Kosong.
Dia mengeluh. Selalunya dia tidak berapa kisah kalau lelaki itu tidak membelikanya apa-apa. Tetapi hari ini lain dari hari-hari sebelumnya. Hari ini dia digelar kekasih kepada lelaki itu, secara rasmi.
Dia bukan mengharap sangat lelaki itu membelikannya setiap hari, malah, dia pernah menasihati lelaki itu supaya jangan membazir. Tetapi apabila lelaki itu berdegil dan membelikannya juga, dia sangat terharu dan perasaan sayang kepada lelaki itu semakin mendalam.
Cuma hari itu adalah hari ketiga mereka bersama. Akan tetapi, sejak bertembung dengan Tasya, ibunya itu pada petang Ahad, lelaki itu terus bersikap dingin terhadapnya. Dia terasa seperti ada masalah yang terbit secara tiba-tiba, masalah yang dia langsung tidak mengetahui apa sebabnya. Masalah yang mungkin akan meretakkan percintaan mereka yang baru hendak berputik itu.
Berkali-kali dia bertanya dirinya sendiri...
Apakah yang telah ibunya cakap kepada lelaki itu? Benarkah mereka bertembung dan bertengkar di Midvalley Mall? Atau ada sebab lain? Atau, Khalid berubah hati? Atau lelaki itu ada perempuan lain...
Maya tidak pasti apakah jawapannya tetapi dia sudah mula resah.
"Maya, kau ok tak?" Soal Samsiah yang muncul dihadapannya secara tiba-tiba.
Maya mengukir satu senyuman kelat. Dia cuba menyembunyikan keresahannya dari wanita yang sudahpun dianggap seperti ibunya sendiri. Walaupun dia selalu berkongsi masalahnya dengan wanita itu,namun kali ini dia cuba untuk tidak bercerita apa-apa.
"Maya ok, takde pape".
Samsiah memahaminya. Mudah untuk dia membaca isi hati gadis yg sudah lebih dua tahun dikenalinya itu.
"Semalam Maya tak dapat jumpa Khalid kan pasal Maya datang lambat? Lepas tu dia pergi site pulak tu satu hari suntuk".
"Haah" gadis itu mengangguk lemah.
"Ha. Khalid dalam lab tu. Lagi 10 minit dia pergi site lagi tau. Tunggu apa lagi Maya. Pergilah jumpa dia sekarang, slow talk dengan dia".
"Slow talk pasal apa?" Soal gadis itu, musykil.
"I know you guys are together and I want you guys to stay together. Don't waste time Maya. Ni peluang keemasan. Besok onwards, di kat site tau all the way dengan Ramesh. Susah nak jumpa dia lagi. Go Maya. Now".
Terangguk-angguk gadis itu.
"Oh ok Sham. Thanks".
Tanpa membuang masa, Maya bangkit dan berjalan pantas ke arah makmal teknikal.
Maya memutar tombol pintu bilik makmal itu, tempat Khalid menguji software yang ditulisnya. Dia mengintai kedalam dan ternampak hanya Khalid seorang diri sahaja yang berada di dalam.
Perlahan-lahan dia berjalan ke arah lelaki itu. Kelihatan Khalid sedang sibuk mengemas kertas kertas di atas meja sehingga tidak sedar akan kehadirannya.
"Lid" Maya menyentuh bahunya.
Terangkat bahu lelaki itu terkejut.
"Eh Maya. Adoi! Terperanjat Lid tau".
Tergelak kecil gadis itu melihat reaksi Khalid.
"Aik, Maya baru pegang bahu sikit pun boleh terkejut? Kalau pontianak yang pegang bahu Lid pulak macam mana? Terlompat terus atas meja?" gadis itu bergurau seraya ketawa.
YOU ARE READING
SEPI
Romancemengisahkan tentang si isteri yang dahagakan belaian kasih sayang dari seorang bergelar suami. Suami yang mengabaikan tanggungajwabnya sehinggakan si isteri mencari kebahagiaannya sendiri...