- 51 - (bonus scene)

19.8K 105 87
                                    

Nota penulis: Ni bonus scene je. Suka-suka karang atas permintaan ramai. Babak ni tak kena dengan konsep dan flow karya Sepi sebab tu di asingkan dari karya asal.

Apa-apa pun harap korang enjoy ye. Jangan lupa vote dan komen...hehe

***********************

"Sham oh Sham".

Panggil lelaki itu sebaik sahaja melangkah kaki kedalam kondo Samsiah. Tak sabar untuk memberi tahu tuan rumahnya berita baik yang dia terima tadi.

Tetapi hanya senyap sunyi. Kondo itu terang benderang, maknanya Samsiah berada di rumah.

Khalid berjalan ke arah bilik Samsiah dan mendapati pintunya sedikit terbuka. Dia merapatkan dirinya dan terdengar seperti orang menangis teresak-esak.

Tertanya-tanya dirinya kenapa tuan rumahnya menangis begitu. Khalid mengetuk perlahan tanda hormat.

"Sham? You ok?".

"Ok Lid. Masuk".

Pintu di tolak dan Khalid ternampak Samsiah terduduk bertimpuh di atas katil Wanita itu sudah pun memakai baju tidurnya, mengesat matanya berkali-kali atas kehadiran lelaki itu di dalam biliknya .

"Sham. Kenapa ni? Kenapa nangis?".

Khalid naik keatas katil dan merangkak ke arah Samsiah.

"Abang Zul... dia ceraikan Sham. Pakai video call pulak tu" kata Sham tersedu-sedu.

"Lah. Kesiannya. Sini Sham".

Khalis memeluk bahu Samsiah. Spontan wanita itu berpusing dan membenamkan mukanya ke bahu Khalid, menangis semahu-mahunya.

"Sham...Sham tak sangka boleh...boleh jadi gini...gini Lid?".

"Sabar lah Sham. Sabar. Tu bukan jodoh namanya. Dont worry k. Lid ada sini" Khalid berbisik ke telinga wanita itu sambil tangan kanannya mengusap rambutnya.

"Dia...dia nak kawin dengan Pi...pinoy tu. Pinoy tu tak nak madu, so...so Zul ceraikan" sambung Samsiah lagi.

"Dia lafazkan cerai melalui video call?".

"Ye Lid".

Khalid hanya menggeleng, menyumpah suami Samsiah yang penakut itu.

"Then it's his lost. Orang bodoh je ceraikan wanita cantik macam Sham ni. Sabar k Sham".

Perlahan-lahan tangisan wanita itu surut. Dia mengangkat kepada dan memandang wajah Khalid.

"You mean it Lid?".

"Yes Sham. Ikhlas".

"Thanks Lid. Tak...tak tahu lah macam mana masa ...masa depan Samsiah ni nanti. Kesepian sampai mati. Sham sedih Lid".

"Sham jangan cakap gitu. Lid kan ada, boleh temankan Sham. Sham jangan takut k".

"Ok Lid. Terima kasih" pipi Khalid di dikucup.

"Sham rehat k. Tutup mata and get some sleep. Besok pagi Lid belanja Sham breakfast. Kita berbual panjang" kata lelaki sebelum mengucup lembut dahi wanita itu.

"Lid ada benda nak cakap dengan Sham ke?".

Niatnya untuk beritahu Sham tentang berita baiknya terpaksa dibatalkan. Dia nak memberi tumpuan penuh kepada Samsiah.

"Tak...tak lah Sham. It can wait. You need to rest tau. Jangan fikir-fikir sangat. Jangan sedih-sedih. Semua masalah ada penyelesaiannya"

Sekali lagi ubun-ubun wanita itu dikucup.

SEPIWhere stories live. Discover now