- 38 -

9.7K 45 8
                                    

Ding Dong! Ding Dong!

"Assalamualaikum" kedengaran jelas Khalid memberi salam dari luar pintu.

"Waalaikumsalam" Haris menjawab dan bergegas untuk membuka pintu.

Sebaik sahaja pintu dibuka, senyuman Haris perlahan-lahan lenyap.

"Khalid?" soal lelaki itu, dengan wajah penuh tanda tanya.

"Ye saya abang Haris, terima kasih jemput saya" jawab pemuda itu dengan satu senyuman lebar.

Haris terpempan. Anak buah Zarina yang disangka pendek itu rupanya tinggi lampai. Lelaki yang disangka sederhana wajahnya rupa-rupanya seorang lelaki yang tampan, cerah, manis berkumis. Lelaki yang di sangka kurus keding itu rupa-rupanya bertubuh tegap dan segak bergaya.

Akhir sekali, sangkanya, Khalid ini berkaca-mata tebal, ala-ala seorang "nerd". Tetapi ternyata, semua sangkaannya salah.

"Abang Haris, boleh saya masuk?" soal Khalid apabila perasan lelaki itu termenung.

"Eh! Sorry sorry. Masuklah. By the way. Jangan panggil abang. Panggil Haris je" lelaki itu mempelawa Khalid masuk dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Ok Haris, cantik rumah. Bila..." tanyanya sambil menyambut tangan lelaki itu.

Di masa yang sama, Zarina muncul dari dapur, wanita itu pula terpempan.

Meremang tengkuk wanita itu apabila ternampak dua tangan kekar berurat bersalaman erat. 2 tangan yang berjaya mencari titik-titik nikmat di tubuhnya sebelum ini. Tangan kepunyaan 2 jejaka tampan yang pernah memuaskan dirinya di atas ranjang.

Khalid memakai baju lengan panjang berwarna putih, disinsing hingga ke siku. Haris pula memakai t-shirt hitam dan seluar jeans biru. Kedua-dua pakaian mereka sederhana ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh berotot masing-masing. Susah Zarina nak mengawal matanya ketika itu. Debaran di dadanya semakin rancak apabila tubuh kedua-dua lelaki itu dipandang silih berganti. Satu perasaan aneh tiba-tiba melanda dirinya. Tak semena-mena, dia terangsang dengan kehadiran jejaka-jejaka itu.

"Hi...hi Lid, just in time. Kau naik bas ke?" Tanya Zarina, setenang mungkin.

"Eh hi Cik Na. Naik Grab je tadi. Takut lambat" jawab lelaki itu dengan senyuman manis.

Haris juga menoleh dan tersenyum kepadanya. Jantung Zarina terhenti seketika. Terpesona dengan senyuman kedua-dua lelaki itu.

"Oklah guys. Borak dulu k. Ina nak buat air" wanita itu membuat alasan untuk melarikan diri. Sebenarnya, air telah pun disiapkan.

"Need help?" Kedua-dua lelaki itu bertanya serentak. Spontan, kedua-dua lelaki itu saling berpandangan.

Buat seketika, suasana sunyi sepi. Janggal.

"Eh takpe. Takpe. You guys go ahead k. Makanan dah terhidang tu".

Tanpa membuang masa, dia berjalan pantas masuk dapur kembali untuk menyiapkan makanan Hannah. Nafasnya dihela dan dihembus. Dihela dan dihembus. Entah kenapa, tangannya menggeletar.

Tiba-tiba dia teringat tentang makanan Hannah. Dengan hati-hati, Zarina memotong kecil isi ayam, lobak merah dan kentang. Kemudian dia memasukkan kedalam sebiji mangkuk kecil penuh dengan nasi panas.

Mangkuk itu dibawa ke meja makan untuk dihidangkan kepada Hannah.

"Makan kenyang-kenyang eh sayang. Kalau nak lagi, mintak Auntie Ina tau" tuturnya lembut sebelum mengucup ubun-ubun kepala gadis kecil itu. Perbuatan Zarina disaksikan dengan penuh minat oleh Khalid.

SEPIWhere stories live. Discover now