- 37 -

10.2K 47 25
                                    

"Ina" panggilnya separa lantang sebaik sahaja melangkah kaki masuk kedalam rumah. Matanya melilau seluruh ruang tamu itu mencari Zarina.

"Sini!" jelas kedengaran suara Zarina dari hujung dapur.

Haris berjalan pantas ke sana, ke sebuah bilik utiliti di mana terletaknya sebuah mesin basuh baju dan ampaian untuk menggantung baju.

Kelihatan Zarina sedang terjengket-jengket menggantung pakaian basah ke atas ampaian.

Senyuman nakal pantas terukir di bibir lelaki itu apabila ternampak Zarina hanya memakai jubah mandi pendek. Sebahagian besar pehanya terdedah kepada santapan mata Haris. Lelaki itu menghampiri dan memeluk wanita itu dari belakang dan mengucup lembut pipi kiri wanita itu.

"Ina. Apa susah susah ni. Biarlah Ris buat nanti" bisik lelaki itu ke telinganya. Bau wangi sabun mandi menerpa rongga hidungnya.

Zarina berkalih dan meletakkan kedua-dua tapak tangannya ke dada Haris. Dia mendongak dan menatap wajah lelaki itu. Debaran di dadanya berganda apabila bertentangan mata dengan jejaka itu.

"Takpelah. Ina tengok banyak baju basah dalam washing machine. Kalau Ris tak jemur cepat-cepat nanti busyuk tau. Then Ina tak nak dekat dengan Ris lagi. Nak?",

"It's ok lah Ina. You have done so much already. Pagi-pagi dah sampai sini siapkan Hannah. Sapu lantai. Lepas tu masakkan sup ayam lagi pulak. I really appreciate it so much. Ris seganlah".

"Tak payah segan lah Ris. Ina ikhlas".

"Yelah. Ris tak nak Ina penat sangat. Besok pagi Ina nak datang lagi kan?".

"Yelah, kan Ris cakap kena kerja. Ina kena datanglah. Siapa lagi nak siapkan anak dara tu. Dont worry, I will do anything for that cute Hannah. Ok?".

"Hannah je? Bapaknya? You know I will do anything for you too right sayang? Ikhlas" soal lelaki itu dengan nada yang dalam. Meningkat kan lagi aura maskulinnya.

"I know Ris. Anything for you too. So... Ris nak Ina buat apa? Nak Ina...kiss you all over?" Soal wanita itu seraya menggigit-gigit bibir bawahnya, kelihatan comel dan manja pada pandangan jejaka itu.

Lelaki itu tidak menjawab. Hanya bibirnya sahaja yang menyentuh dahi Zarina. Dikucup dahi perempuan itu dengan kasih dan lembut. Kemudian bibirnya yang basah turun ke hidung wanita itu. Di masa yang sama tangannya terletak kemas di atas punggung Zarina, meramas dan mengulinya dengan perlahan.

Mata Zarina tertutup. Meremang ketika menikmati sentuhan manja lelaki itu. Tangannya meraba dada Haris. Wajahnya dibenamkan ke dada lelaki itu, menghidu bau maskulin lelaki itu. Bau yang sentiasa merangsangkannya.

Tiba-tiba telefon bimbit Zarina yang terletak di dalam kocek jubahnya berdering.

"Jangan angkat lah sayang, jom masuk bilik" pinta Haris apabila Zarina menyeluk poketnya.

Zarina memandang skrin telefon bimbitnya dan ternampak nama 'Khalid' tertera di situ. Dengan pantas dia merenggangkan tubuhnya dari Haris dan mengangkat jari telunjuknya sebagai isyarat "nanti".

Haris mengeluh dan menggeleng. Dia tahu bertapa pentingnya kehadiran lelaki muda itu dalam hidup Zarina. Tetapi tidak tahu pula sepenting ini.

"Ye Lid...sihat...Lid?...masalah?...dengan Tasya? Kenapa pulak...ala, malam ni tak boleh lah Lid...Cik Na dah janji nak makan dinner dengan Haris dan Hannah..."

Apabila terdengar perbualan Zarina, Haris segera menoleh dan memandang muka Zarina.

"Besok boleh?...tak boleh? Rabu pun Cik Na tak boleh. Hmmm. Nampaknya Khamis jelah. ...boleh?...oklah. Malam Khamis then. Nanti Cik Na confirm dengan Lid lagi kat mana nak jumpa k...mmmm...bye".

SEPIWhere stories live. Discover now