- 40 -

11K 64 16
                                    

"Dia kat sini"

Tit tit. Tit tit

"Cantik tak dia?"

"Taklah ....🤪"

"Oklah. Proceed then"

"You sure about this?"

"Tak sangat.
Macam tak masuk akal.
Its your idea anyway"

"Its for your protection"

"Macam menyesal
pulak agreeing to it"

"Kenapa pulak?"

"You are going to enjoy it right?"

"Not when I'm thinking of you"

"OMG! Tak senonoh!
Kalau dia report polis macam mana?"

"Dia takde sebab nak report.
If so, then i will take full responsibility....for you"

"Ok Lid, I trust u"  😘

Aplikasi Whatsapp itu ditutup sebaik sahaja kereta Grab berhenti di lobi utama tempat kediaman aku. Telefon bimbit aku masukkan kedalam kocek seluar. Aku menjenguk luar tingkap kereta.  Aku berjalan pantas kearahnya sebaik sahaja menutup pintu kereta.

"Terima kasih bang. Buat susah-susah je" ujarnya selepas aku menyerahkan 2 paket kopi panas dan bungkusan pisang goreng itu kepadanya.

"Takde hal lah. Perempuan tu kat mana?".

"Tuuuu" Azmi menjuih bibirnya ke satu arah. Aku menoleh dan ternampak seorang gadis duduk seorang diri di lobi itu membelakangi kami.

"Terima kasih Azmi. Saya naik dulu" aku menepuk lengannya dan berlalu pergi, meninggalkan Azmi tersengih sampai ke telinga.

Aku merapati perempuan itu. Duduk bersendirian menoleh ke kiri ke kanan, menunggu aku yang tak kunjung tiba. Rambutnya yang separas bahu dibiarkan terhurai. Sedikit basah, barangkali terkena hujan tapi masih terserlah ikalnya.

Janjinya pukul 7 tapi pukul 7.10 aku masih lagi di belakangnya. Haih perempuan ni. Sanggup tunggu aku. Aku dah WhatsApp dia suruh serahkan sahaja pakaian aku kepada Azmi dan pulang tapi dia berkeras juga hendak berjumpa aku.

Pasti dia hendak sesuatu dari aku dan aku yakin apa yang dia hendak itu. Spontan, aku tersenyum nakal

"Tanti?".

Berdiri tegak perempuan Indon itu serta-merta. Sepantas kilat dia berkalih ke belakang. Tercengang wajahnya memandang aku.

"Khalid, bila sampai?".

Apabila aku terpandang pernampilannya ketika itu, aku tergamam. Dress putih yang dipakainya sangat basah terkena air hujan, melekap kemas ke kulit tubuhnya. Bentuk tubuhnya kini jelas kelihatan pada pandangan nakal aku. Dari lutut, mata aku naik ke peha, perlahan-lahan naik sehingga terhenti di bahagian pinggulnya.

Berderau darah aku apabila ternampak panties yang dipakainya. Jelas kelihatan dari dress putihnya yang basah itu. Kecil sahaja saiznya. Comel sangat-sangat.

"Khalid?" panggilnya lembut tetapi berjaya mengejut aku dari lamunan. Pantas bebola mataku lari ke wajahnya.

Anak mata aku tertawan dengan wajah polosnya yang disolek sederhana, lengkap pula dengan rambutnya yang masih basah. Penampilan perempuan Indon dengan bajunya yang basah nampak lebih seksi pula malam ini. Sangat menggoda!.

SEPIWhere stories live. Discover now