Sambil melipat baju yang baru dicuci, akalnya menerawang jauh ke awang-awangan. Senyuman tak lekang dari bibir wanita itu, sangat gembira dengan kepulangan suaminya, tapi tak segembira dengan kehadiran Khalid dalam hidupnya.
"Kak, apa bisa saya bantu?".
Terjongket bahu Zarina dengan soalan mendadak Tanti. Entah dari mana dia datang. Tahu-tahu dia ada di sebelahnya.
"Ish Tanti ni. Terperanjat kakak tau".
Tanti terketawa kecil melihat telatah madunya itu. Dia ternampak banyak baju yang belum dilipat di atas katil.
"Kak, saya bantu lipatkan ya?".
"Hmmm, ok".
"Kakak, saya mahu meminta maaf".
Berkerut dahi Zarina. Dia menoleh dan memandang Tanti.
"Maaf untuk apa Tanti?" soalnya musykil.
"Kerna saya takut kehadiran saya di sini membuat kakak tidak senang. Bukan kemahuan saya kak, tapi kemahuan abang Razak".
Zarina hanya tersenyum dan memegang bahu madunya.
"It's ok Tanti. Jangan bimbang ya" jawabnya ringkas, tapi antara ikhlas atau tidak, hanya tuhan sahaja yang tahu.
"Saya juga meminta maaf kalau kami menggangu kakak pagi tadi".
Sekali lagi dahi Zarina berkerut. Dia kurang pasti apa maksud Tanti dengan perkataan "ganggu" itu. Barangkali Tanti sudah syak sesuatu dengan insiden coli pagi tadi. Berdebar jantungya tiba-tiba.
"Ganggu? Ganggu apa?" Zarina cuba menduga.
"Yelah, bukankah kakak sedang berada di dalam tandas masa kita sampai tadi. Mesti terbantut projeknya kan? Kesian kakak".
Zarina terketawa kecil. Bukan kerana seloroh madunya itu, tapi lega yang madunya tidak syak apa-apa. Mungkin.
"Sebenarnya saya mengandung".
Hampir gugur jantung Zarina dibuatnya. Perasaan gembira dan geram bercampur baur, tak tahu mana nak diutamakan dulu. Dia meletakkan baju yang baru dilipatnya ketepi dan memandang Tanti. Walau macam mana pun, dia memaniskan roman wajahnya. Senyuman mesti wujud di bibir.
"Al...alhamdulillah. Tapi Abang Razak tak beritahu pun. Hmmm... Dah berapa bulan?".
"Nak ikutkan, 3 bulan. Cuma, bulan lepas doktor mengesahkan yang baby tidak punya heart beat, jadi terpaksa digugur-in".
Senyap-senyap, Zarina menghela nafas lega. Dia ternampak wajah madunya berubah sungul dan matanya mula berkaca. Dia merapatkan dirinya dan mengusap lengan Tanti.
"2 minggu lepas, perut saya dicuci. Kemudian, lepas kita pulang, abang Razak bertengkar dengan bapa saya. Bapa saya menuduh abang Razak lalai. Tak pandai jaga isteri dan sebagainya. Sebab itu bayi enggak punya heartbeat. Mereka bertengkar hari-hari. Saya juga teruk dimarahi dituduh tidak tahu menjaga kandungan ini. Saya sedih kak. Hari-hari saya menangis. Rumah saya yang saya anggap syurga, bertukar menjadi neraka. Kerna itu, abang Razak terpaksa bawa saya kemari".
YOU ARE READING
SEPI
Romancemengisahkan tentang si isteri yang dahagakan belaian kasih sayang dari seorang bergelar suami. Suami yang mengabaikan tanggungajwabnya sehinggakan si isteri mencari kebahagiaannya sendiri...