Satu keluhan terpacul dari mulut Tasya. Buat sekian kalinya panggilan telefon Maya tidak dijawab. Dia tertanya dirinya sendiri sama ada anaknya sudah membencinya kerana melarang keras percintaan anaknya itu tanpa memberi alasan yang munasabah.
Tertanya-tanya dirinya sendiri sama ada dia berlaku adil dengan Maya. Adakah dia terlampau mementingkan perasaannya sendiri? Kalau dia benarkan Maya menjalinkan hubungan dengan Khalid, adakah perhubungan dia dan Maya akan jernih?.
Soalan-soalan ini tak henti berlegar dalam kotak fikirannya. Dia mula termenung dalam keresahan
"Kak Tasya".
Tersentak Tasya dibuatnya. Pantas dia menoleh ke arah Rozi yang berdiri tegak di sebelahnya.
"Eh Rozi, terperanjat kakak tau" ujar Tasya seraya mengurut dada.
"Maaf kak. Saya tak sengaja. Termenung panjang nampak kakak ni? Ada masalah ke?".
"Eh tak lah takde pape. Hmmm, kau belum balik lagi?".
"Dah nak balik, tiba-tiba ada customer perempuan ni kat luar. Dia cakap dia nak deep tissue massage sejam setengah pulak".
Tasya mengerling jam di dinding. Dah hampir pukul 9 malam.
"Kau tak bilang dia yang kita dah tutup?".
"Dah cakap dah kak, tapi dia cakap emergency. Besok nak jumpa client penting tapi badan dia sakit-sakit. Siap bayar 250 lagi kak. Upfront".
Terjongket kening Tasya. Selalunya pakej massage deep tissue RM150 untuk sejam setengah. Pelanggan ni kalau sanggup bayar lebih mesti betul benar-benar terdesak.
Sekali lagi dia mengerling jam di dinding. Dalam fikirannya, kalau dia pulang cepat pun bukannya boleh buat apa-apa. Bukannya ada Maya boleh menyambutnya pulang. Tonton TV sama-sama.
"Oklah Rozi. Kau balik dulu. Nanti aku layan dia".
"Terima kasih kak. Saya balik dulu. Assalamualaikum".
"Waalaikumsalam" .
Dengan pantas Rozi mencapai begnya dan beredar dari situ. Di masa yang sama, Tasya bangkit dan melihat cermin. Rambut yang sedikit kusut dibetulkan serta t-shirt yang di pakainya di rapikan.
Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia berjalan pantas menuju ke kaunter.
"Hi, boleh saya mula massage tu sekarang?" kata pelanggan itu sebaik sahaja dia ternampak Tasya muncul di kaunter.
Senyuman manis di bibir Tasya lenyap serta merta. Dia berpeluk tubuh dan merenung wajah perempuan itu dengan tajam.
"Kau buat apa kat sini Ina?" soal Tasya dengan lantang.
"Aku nak massage lah Tasya. Badan aku sakit-sakit lah. I need your magic touch" jawab Zarina tersengeh-senggeh macam kerang busuk.
"Kau tahu kan dah pukul 9 ni? Pergi balik! Aku nak tutup!".
"Lah. Kau kan tutup pukul 9.30. Lagipun aku dah bayar in advance campur tip tau".
"Fine! Kau boleh ambik balik duit kau ni. Aku tak ingin".
"Sya! Badan aku betul-betul sakit ni. Tolong lah Syaaa. Lagipun aku ada belikan shawarma ayam favourite kau ni. Aku tahu kau tengah lapar kan. Lepas urut aku, kita makan sama-sama k sambil berbual-bual" kata Zarina dengan nada manja dibuat-buat pula.
Tasya masih berpeluk tubuh dan mukanya masih masam mencuka. Masih tak nak mengalah walaupun aksi manja Zarina sedikit menceriakannya. Lebih-lebih lagi bila perutnya rancak berkeroncong.
YOU ARE READING
SEPI
Romancemengisahkan tentang si isteri yang dahagakan belaian kasih sayang dari seorang bergelar suami. Suami yang mengabaikan tanggungajwabnya sehinggakan si isteri mencari kebahagiaannya sendiri...