• PROLOG •

932 41 0
                                    

       

              Areena melabuhkan punggungnya di atas kerusi pelastik yang telah di sediakan oleh pengawas sekolah. Tudung selendang yang terselak di betulkan di biarkan kemas.

Aminah yang berada di sebelahnya hanya tekun dengan telefon di tangannya. Dapat Areena melihat. Gadis itu sedang bergosip di dalam group guru - guru.

" Guru kelas... Sila ambil kehadiran anak murid awak masing - masing." Ucap pengetua di atas pentas.

Areena terus bangun dari kedudukan. Di berikan sehelai kertas pada ketua kelas yang berada di hadapan barisan. Di ucapkan terima kasih kepadanya. Areena hanya membalas dengan senyuman manis saja.

Mata melirik ke sekeliling. Bibir di kemam. Terlihat cikgu Azrin yang dari tadi hanya memandang ke arahnya. Areena tersenyum malu. Maklumlah, cikgu lelaki itu yang terpaling kacak di antara guru - guru lelaki di sekolah menengah itu.

" Cikgu Rena. Ni kehadirannya."

Terus Areena berkalih apabila namanya di seru oleh anak murid kelasnya. Di sambut helai kertas itu dengan senyuman manis.

Di lirik satu persatu nama - nama yang tertulis di atas kertas  yang di berikannya tadi. Di lirik nama dan di lirik tuan badan sekali.

Semuanya ada! Tapi terasa tidak lengkap pula.

" Siapa lagi eh?" Gumam Areena menggaru kepalanya yang tiba - tiba saja terasa gatal.

" Cikgu cari Umariff ke?" Soal salah seorang pelajar lelakinya.

" Hah! Ye? Mana dia?" Soal Areena dengan kening yang terangkat ke atas.

" Entah..." Dia mengangkat bahu tanda dirinya pun tidak tahu.

" Dia tak datang eh?"

" Dia datanglah cikgu! Tu beg dia!" Jerit seorang pelajar lelaki di belakang.

Areena mengetap bibir. Keluhan berat di lepaskan. Merah wajahnya dek amarah yang tiba - tiba saja datang.

" Buatlah hal betullah anak mat selih celup ni!" Gumam Areena geram.

Kepala berkalih kiri ke kanan ingin mencari sosok anak muridnya. Tapi langsung tidak kelihatan. Buat hal!

" Maafkan saya... "

Areena berkalih. Terbuntang matanya apabila melihat guru disiplin berada di atas pentas. Laju degupan jantungnya. Habis! Pasti nama...

" Cikgu Areen... Mari ikut saya ke bilik disiplin ye." Panggil guru wanita disiplin itu.

Semua guru memandang ke arahnya. Areena hanya menayangkan sengihan saja. Di berikan helaian kertas tadi kepada anak muridnya sebentar.

Areena berlari anak ayam mendekati bilik disiplin. Terdengat jerkahan dari dalam. Wah! Sampai keluar dengarnya!

Tuk! Tuk!

Ketukan di pintu. Seruan dari dalam membuatkan Areena tersentak sedikit. Tangan memulas tombol pintu. Terhiaslah wajah kacak Umariff and the gang's!

Cikgu Vitrah memandang tajam ke arah Areena. Areena tertunduk sambil bibirnya menayangkan sengihan. Kepala yang tidak terasa gatal di garu.

" Cikgu tahukan kenapa saya panggil cikgu untuk entah keberapa kali pun saya tak ingat."  Ujar Vitrah dengan nada mendatar.

" Saya tahu... Mesti dorang cuba keluar dari pintu pagar belakang sekolahkan?" Teka Areena sudah tahu.

" Hm... Cikgu Areena..."

Puas Cikgu Vitrah membebel pada Umariff and the gang's. Tapi mereka hanya buat endah tak endah saja. Cikgu Areen tidak terlepas juga dari kena bebel dengan guru disiplin itu.

Makin menyiarap dia dengan perangai anak muridnya, Umariff! Lelaki itu selalu buat hal! Makin buat dia geram!

Seusai di ceramah. Areena dan Umariff and the gang's. Keluar dari bilik disiplin. Umariff bafu saja ingin mengikuti langkah rakan - rakannya. Pantas Areena menarik baju lengan panjang Umariff. Umariff berkalih. Kening di jongketkan.

' Kacak! Tapi tak ada adab!' Desis hati kecil Areena geram.

" Awak nak ke mana? Ikut saya!" Ajakkan Areena.

" Nak ke mana?" Soal Umariff penuh tanda tanya.

" Ke perhimpunanlah!"

" Saya nak ke perhimpunanlah ni cikgu. Bukannya ke rumah urut." Selamba Umariff menjawab.

" Awak jangan ingat saya bodoh! Jangan buat hal lagi boleh! Jalan depan saya sekarang!" Tegas Areena.

Umariff memutarkan bebola matanya. Di lambai tangannya ke arah rakan - rakannya. Di pandang wajah guru kelasnya sekilas.

" Jangan nak marah sangat cikgu. Muka tu dah cantik. Buat muka macam tu nampak tua!" Perli Umariff dan terus berlalu pergi.

" Eh budak ni!"

Umariff dengan selambanya mengeluarkan bajunya dari seluar. Butang di leher di buka. Tali leher di longgarkan. Rimas!

" Umariff!"

Umariff berhenti dan memutarkan bebola matanya. Dia berkalih. Keluhan di lepaskan.

" Apa lagi cikgu?" Soal Umariff geram.

" Setahu saya... Sekolah ni ada peraturan. Baju lelaki perlu berada di dalam seluar! Baru terlihat kemas! Dan hanya kaum hawa saja yang memakai baju luar seluar! Awak ni kaum hawa atau adam? Atau dua - dua?" Sinis Areena.

" Cikgu rasa?" Selamba Umariff sedikit pun tidak terasa akan sinis guru kelasnya. Dia terus berlalu pergi.

" Umariff! Bawa masuk baju awak balik!" Jerit Areena geram.

" Haih!"

Umariff akurkan saja. Di masukkan kembali bajunya ke dalam seluar. Butang di betulkan kembali. Tali leher juga di betulkan.

Seusai itu. Dia berkalih menghadiahkan senyuman manis pada guru kelasnya itu.

" Cikgu mulut murai? Macam mana? Dah hensem ke?" Sinis Umariff.

" Bolehlah dari tadi." Areena memutarkan bebola matanya.

Senyuman terlakar indah di bibir Umariff terus menjadi ukiram senyuman ikhlas. Matanya tertancap pada seorang gadis melayu yang cantik bertudung sekolah.

" Cikgu... Cuba tengok tu! Cantikkan? Tulah awak, saya!"

" Hah! Awak tu semua mengaku awek! Buaya!" Kutuk Areena.

" Eleyh! Macam saya tak tahu hubungan cikgu dengan cikgu Azrin apa?" Sinis Umariff.

Terdiam Areena. Kelu lidahnya. Semuanya hilang apabila yerlihat Umariff selamba mengerdipkan mata kanannya ke arah gadis yang bernama, Aidina itu.

" Sudahlah tu!" Areena terus menarik baju Umariff di bahagian leher lelaki itu. Terkejut Umariff.

Di perhimpunan. Dia terus menolak kasar badan lelaki itu untuk masuk ke barisan kelas. Lelaki itu membetulkan kembali bajunya yang sedikit ronyok di bahagian leher.

Areena memutarkan bebola matanya. Tapi senyuman terlakar indah apabila cikgu Azrin merapatinya di sisi.

" Dia buat hal lagi ke?" Soal Azrin.

" Hmm... Biasalah cikgu." Ujar Areena tersipu malu.

Semua guru wanita mudah yang masih belum berkahwin memandang sinis ke arah mereka berdua. Siapa saja yang tidak sakit hati. Wanita yang tidaklah berada dapat merapati guru yang kacak dan kaya seperti cikgu Azrin.

Areena terpandang ke arah Umariff. Lelaki itu mencerlung tajam ke arahnya. Satu jari telunjuknya di naik dan di goyang - goyangkan ke depan dan ke belakang.

Bertaut rapat kening Areena melihatnya. Senyuman sinis tiba - tiba muncul di bibir lelaki itu. Makin geram Areena di buatnya.

Bersambung...

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now