Areena mengatur langkah ke arah ruang tamu. Perlahan - lahan di labuhkan punggungnya di atas sofa L. Keluhan keletihan di lepaskan.
Krek...
Kedengaran pintu utama terbuka dari arah luar. Kepala Areena pantas berkalih dan terlihat sosok bayangan suaminya di muka pintu.
" Abang..."
Areena bangkit dari kedudukan dengan sedikit payah dek perutnya yang bulat.
Mahu saja Umariff ketawa melihat isterinya yang jalannya seperti anak itik. Comel dengan perut bulatnya.
Umariff mendekati isterinya. Di tarik lembut kepala isterinya dan dikucup dengan penuh kasih sayang.
" Assalamualaikum, abang..." Ucap lembut Areena.
" Waalaikumusalam... Isteri abang. How anak - anak papa dalam perut ni? Sihat ke?" Soal Umariff sambil mengusap perut bulat isterinya.
" Hm... Tanya anak je ke? Mama dia tak nak tanya ke?" Rajuk Areena.
" Alolo... Mama dia sihat ke ni? Kenapa bibir ni nampak pucat? Mesti kurang minum airkan?" Teka Umariff.
" Hehe... Tak naklah abang. Kembunglah banyak - banyak nanti." Ujar Areena dengan sengihan.
" Ouh... Kembung? Kalau macam tu."
Cup!
Selamba Umariff mengucup bibirnya di situ. Umariff tersenyum suka bila melihat mata membulat isterinya.
" Tu... Dah tak kering dah." Ujar Umariff nakal.
Areena mengetap bibirnya. Selamba betul!
" Sayang... Abang laparlah. Tadi dekat sekolah... Abang makan cikit ni je!" Adu manja Umariff di depan isterinya.
" Yeke? Cikit mana?"
" Cikit ni!"
" Alolo... Ciannya, baby besar kita ni. Meh jom... Rena dah siap masak untuk abang dah."
Umariff memeluk pinggang isterinya dan berjalan beriringan bersama isterinya yang tercinta.
" Macam mana sekolah. Lagi satu... Macam mana guru baru yang ajar math? Garang tak?" Soal Areena.
" Garanglah sikit. Tapi... Sayang lagi garang!" Ujar Umariff sambil mencuit hidung isterinya.
" Eh... Pandai je! Rena lembut je eh! Abang tu yang degil suka buat Rena marah!" Geram Areena.
" Alolo... Marah pula. Kalau abang tak buat sayang marah. Tak dapatlah sayang nak kahwin dengan abang yang hensem ni!" Lagak Umariff.
" Cis, perasan!"
Mahu saja Umariff tertawa melihat wajah kegelian isterinya.
Umariff membaring kepalanya di atas peha isterinya. Areena tersenyum kecil sambil tangan membelai rambut lembut suaminya.
" Abang... Tak study ke untuk percubaan SPM esok?" Soal Areena, tiba - tiba saja pula teringat.
" Alo... Nanti jelah. Esok ada masa lagi. Penatlah sayang." Adu manja Umariff sambil tergedik - gedik kepalanya di atas peha isterinya.
" Haih... Pemalas betul laki kita ni. Tu kira beruntung awak tu ada otak yang cerdik untuk senang masuk!" Geram Areena sambil memulas kecil telinga suaminya.
" Aduh... Sayang!" Rengek manja Umariff.
" Gedik! Orang pulas perlahan je!"
Areena menjeling suaminya.
" Alo... Sayang ni! Asyik tanya pelajaran je! Macam mak - mak dah! Sayang tu isteri abang tau! Abang nak masa juga bermanja dengan sayang! Jadi! Sh! Stop cakap pasal SPM!" Rengek Umariff rimas.
" Haih... Yelah bang. Tapi jangan leka nak bermanja. Sampai pelajaran pun tak fokus." Pesan Areena.
" Iye sayang... Cup!"
Di kucup tangan isterinya dengan lembut.
***
Areena keluar dari bilik air dan terus mencapai telefonnya yang dari tadi tidak berhenti berdering.
Terlihat nama rakannya yang terpapar di atas permukaan skrin.
Azrin.
Areena melepaskan keluhan kecil. Haih...
Boleh ke?
" Boleh kot?"
Ibu jari menolak punat yang berwarna hijau itu ke atas. Perlahan - lahan telefonnya mendekati cuping telinganya.
" Hello?"
" Hello? Areena..." Jawab Azrin.
" Cikgu nak apa?" Soal Areena.
" Err... Boleh kita-"
" Sayang..."
Terkejut Areena pabila terdengar suara suaminya di luar pintu. Pantas dia menyorokkan telefonnya di bawah bantal.
" Sayang... Buat apa lama kat atas? Jomlah... Kata nak ajar abang?" Soal Umariff yang sedang berdiri di muka pintu.
" Err... Kejap eh abang." Ujar Areena dengan sedikit gagap di depannya.
Areena berkalih ingin menutup panggilannya bersama Azrin. Tetapi belum sempat dia mencapai telefonnya di bawah bantal.
Niatnya terbatal pabila tangan suaminya memeluk pinggangnya.
" Cepatlah sayang... Buat apa lagi?" Soal Umariff.
" Mana ada buat apa - apa..." Balas Areena dengan sengihan.
" Dan? Kenapa pegang bantal tu? Ke..." Umariff tersenyum nakal melihat isterinya.
" Abang jangan nak ngade." Geram Areena.
" Tak kesah!" Balas Umariff degil serta dengan selamba menarik isterinya ke arah katil.
" Abang!"
Gelak tawaan bahagia mereka bergema di dalam bilik. Panggilan yang di buat tadi masih tidak putus lagi oleh Azrin.
Azrin menggumpal kuat jari jemarinya. Gigi di ketap sehingga memperlihatkan rahangnya. Wajahnya merah menahan amarah.
" Tak apa, Umariff... Hari ni hari kau... Esok aku akan pastikan engkau mati!" Gumam Azrin penuh dengan dendam yang terkesumat di dalam hati.
Dengan pantas panggilan tersebut di matikan. Makin dia dengar. Makin panas hatinya.
Bersambung...
Jangan lupa vote ye! Sorry lama tak update.
Author x boleh update couse i have a exam... HHAHAHA... SORRY. AUTHOR NK FOKUS SAT! TQ FAHAM...
YOU ARE READING
Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )
RomansaAMARAN‼️ Cerita ini di reka sepenuh oleh saya. Tidak berkait dengan yang hidup atau pun yang sudah kembali menghadap Ilahi. ✨🦋✨ Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru perempuan muda yang di pindahkan ke SMK Seri Mahkota. Dia menja...