BAB 13

864 63 6
                                    

Areena di berikan secawan air oleh Puan pengetua. Di hirup air itu sedikit saja. Umariff setia menunggu di luar khemah.

" Baiklah... Cikgu rehatlah ye. Alhamdulillah kaki cikgu hanya terseliuh je. Kalau patah tadi... Saya pun tak tahulah nak buat apa." Resah hati Puan pengetua.

" Tak adalah... Silap saya juga." Ujar Areena lemah. Senyuman kecil di bibirnya.

" Okeylah... Saya nak tidur dah ni. Rehatlah ye. Kalau nak apa - apa call je cikgu - cikgu kat sini atau pun saya." Ujar Puan pengetua.

Areena membalas dengan anggukkan dan senyuman kecil di bibir. Puan pengetua keluar dari khemah Areena. Terkejut dia apabila melihat pelajar sekolahnya Umariff masih tidak tidur lagi.

" Eh,Umariff? Kenapa tak tidur lagi?" Soal Puan pengetua.

" Ouh... Saya nak cakap dengan cikgu Areena sekejap." Ujar Umariff dengan sengihan.

" Eh, tak payahlah... Jangan kacau cikgu Areena. Pergi tidur. Bagi dia rehat secukupnya." Arah Puan pengetua.

" Tapi-"

" Umariff... Tolong jangan buat saya sakit kepala. Sekarang ni adalah waktu tidur! Esok nak kena bangun awal! Kalau tidak awak tahukan apa yang akan jadi kalau awak bangun lambat?" Tegas Puan pengetua.

" Tahu... Denda." Ujar Umariff tertunduk. Di usap tengkuknya.

" Dah! Pergi tidur."

Umariff hanya akurkan saja. Malas dia mahu di ceramah lagi dengan pengetua sekolahnya. Nanti lagi dia lawan. Lagi naik angin wanita tua itu.

Dia masuk ke dalam khemahnya dan rakannya. Terlihat rakannya sudah lena di buai mimpi.

Umariff duduk di hadapan pintu. Mata memandang ke arah langit. Cantik betul permandangan di waktu malam.

Lihat punya lihat. Sudah dua jam dia menatap dan temenung. Tidak langsung dia terasa mengantuk walaupun penat akan aktiviti malam dan petang tadi.

Dia menjengukkan kepalanya ke luar. Khemah sang isteri di pandang. Niatnya ingin melihat sang isteri. Tapi takut pula kalau ada orang nampak.

Sekeliling kawasan itu di pandang. Sunyi. Semuanya sudah lena dan di buai mimpi agaknya.

Umariff terus membuka langkah keluar dari khemah kecilnya. Kaki menyarung seliparnya. Dengan jalan yang terjongket - jongket dia melangkah mendekati khemah isterinya.

Zip khemah isterinya di buka. Sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Mata melilau sekeliling memastikan tiada sesiapa.

Apabila sudah pasti tiada sesiapa. Umariff terus membuka langkah masuk ke dalam khemah sang isteri.

Tanpa sedar satu senyuman terlakar indah di bibir merahnya. Di labuhkan punggungnya di sisi sang isteri.

Gadis itu nyenyak tidur. Tangan di belakangnya di bawa ke dahi sang isteri. Risau kalau gadis itu demam lagi. Sudahlah baru sihat dari demam. Gadis itu pula mudah sakit.

Terasa panas sedikit. Suhu panas sedikit itu sudah cukup membuatkan Umariff mula resah.

Keluhan berat di lepaskan dari bibir. Umariff bangun dari kedudukan dan keluar dari khemah sang isteri.

Khemahnya kembali di tuju. Dia menyelongkarkan bagnya. Mencari sapu tangan yang di hadiahkan oleh Aidina untuknya. Itu saja yang boleh di gunakan.

Kaki terus berlari ke arah bilik air. Gayung yang berisi air di ambil dan kaki kembali menuju ke arah khemah sang isteri.

Apabila mendengar batukkan dari dalam. Dengan pantas Umariff masuk ke dalam. Dengan pantas kain itu di basah dan di sapukan di atas wajah sang isteri.

Di ulangkan sebanyak tiga kali. Kerana itulah yang selalu di lakukan oleh ibunya dahulu. Dan akhir sekali di perah kain itu dan di letakkan di atas dahi sang isteri.

Areena bagaikan mengigau. Bunyi seperti orang sedang menahan kesakita. Berkerut dahinya. Umariff mula tidak boleh duduk diam.

Bag tangan isterinya di selongkar. Dia ingin mencari minyak atau apa - apa yang boleh ubati sang isteri.

Umariff terjumpa minyak angin di dalam bag tangan sang isteri. Dia keluarkan dan di angkat kain basah di atas dahi sang isteri tadi.

Dahi gadis itu di sapukan minyak angin. Perlahan - lahan dia menekan dahi gadis itu. Dia tidak mahu gadis itu terjaga.

Areena mula diam dari merengek kesakitan. Umariff terdengar dengkuran kecil dari samg isteri. Itu cukup membuatkan dia tahu gadis itu sudah lena di buai mimpi dengan tenang.

Jam di tangan di lihat. Sudah sejam lebih dia mengurut. Nak tidak mahu dia perlu keluar dari khemah isterinya. Kalau tidak pasti akan terkatoi nanti.

Umariff kembali meletakkan kain basah tadi di atas dahi sang isteri. Baru saja ingin bangun. Dia mendekatkan bibirnya di cuping telinga sang isteri.

" Izinkan saya cium cikgu tau." Bisik Umariff.

Dia menghadiahkan ciuman hangat di atas batang hidung isterinya. Di usap sekilas pipi kanan isterinya dan berlalu pergi. Khemah isterinya kembali di tutup. Gayung yang di ambil dari bilik air tadi di letakkan di tempatnya kembali.

Areena terjaga dari lena. Mata di buka dengan perlahan. Kepala terasa sakit yang teramat.

" Aduh..." Dahinya di sentuh.

Terlihat kain sapu tangan yang berwarna pink di atas dahinya. Bertaut rapat kening Areena.

" Sejak bila aku letak benda ni?" Gumam Areena.

Areena berkalih. Matanya terlihat ke arah sebotol air meneral, bungkusan roti dan ubat panadol di penjuru khemah. Ada juga sehelai kertas di bawa botol meneral itu.

Areena bergerak mendekati. Sehelai kertas yang terlipat dua itu di capai dan di buka.

Tadi malam abang rasa badan sayang panas sangat. Tu yang abang letak kain dekat atas kepala sayang. Janganlah takut... Abang yang masuk khemah sayang. Bukan bunian.

Lagi satu... Makan makanan yang abang beli tu. Lepas makan. Makan ubat. Nasib baik abang bawa ubat untuk sayang. Sebab abang tahu isteri abang ni cepat sakit. Sebab tulah abang bawa.

Makan jangan tak makan. Abang tahu sayang tu memang liat nak makan ubat. Tapi kalau sayangkan anak murid cikgu yang hensem lagikan macho ni. Makan ubat tu.

Dari salah seorang pelajar tingkatan 5

#Umariffhensem

Areena melebarkan senyuman manis di bibirnya tanpa dia sedar. Entah hatinya berbunga membaca surat dari sang suami.

' Comel juga laki aku ni.' Bisik hati kecil Areena.

" No! Jangan jatuh hati Areena! Dia pelajar kau je! Dia ada masa depan! Alu tak nak sebabkan aku... Masa depan dia hancur! " Gumam Areena terus menggelengkan kepalanya.

" Apa yang susah sangat kau nak tafsirkan perasaan kau, Areena? Argh!" Kepalanya di sentuh.

Berkerit dahi Areena. Terasa dahinya berminyak. Matanya terlihat ke arah bag tangannya yang terbuka.

Minyak anginnya...

" Dia urutkan kepala aku ke?" Gumam Areena pelik.

" Patutlah sampai terbawa dalam mimpi. Dia rupanya."

" Maksudnya orang yang cium aku dalam mimpi tu... Dia juga ke?" Bibirnya di sentuh. Senyuman terlebar luas.

Salah anggap pula dia. Padahal sang suami hanya mengucup hidungnya bukan pada bibir kecilnya. Melayanglah dia seorang diri. Memang terbabaslah subuhnya.

Bersambung...

Jangan lupa vote! Author update sbb kesian dekat para secread love author... Tq sbb selalu suport author. Pape pun... Muah! sayang korangn

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now