Umariff keluar dari surau. Matanya terlihat sosok isterinya berada di sisi sebuah kereta pacuan empat roda. Dapat dia melihat gadis itu menjinjing satu bag baju.
Gadis itu menerobos masuk ke dalam perut kereta. Terbuntang mata Umariff di buatnya. Kaki pantas melangkah mendekati kereta yang dinaiki oleh isterinya sebentar tadi.
Baru saja Areena ingin menutup pintu. Gerakkan tanganya mati apabila melihat suaminya berlari mendekatinya. Areena terus berkalih ke arah lain.
" Cikgu... Cikgu nak ke mana?" Soal Umariff dengan kedutan dahi. Tercungap - cungap dia mencari nafas.
" Eh, Umariff ? Awak buat apa kat sini? Kan saya dah kata... Lepas solat subuh. Berkumpul di tempat semalam." Tegas Puan pengetua.
" Err... Cikgu Areena nak ke mana?" Soal Umariff sambil matanya menjeling ke arah isterinya.
Areena langsung tidak memandang suaminya. Dia masih terasa akan tengkingan suaminya. Sakit masih tidak hilang walaupun layanan suaminya baik atas dirinya.
" Cikgu Areena nak balik. Tu... Cikgu Azrin temankan." Terang Puan pengetua.
Cikgu Azrin keluar dari perut kereta. Senyuman sinis di lebarkan untuk lelaki itu. Sengaja dia ingin menyakitkan hati pelajarnya.
Umariff mengetap bibir. Tak! Dia takkan biarkan isterinya di teman oleh lelaki lain! Dia seorang suami! Kalau isteri dia sakit! Dia yang perlu jaga! Itu tanggungjawabnya! Siapa lelaki itu ingin merampas tanggungjawabnya sebagai seorang suami! Desis akal Umariff geram.
" Err... Cikgu Azrin. Biar sayalah jaga Cikgu Areena. Iyelah, lagi pun bayaran guru ke sini lagi mahal dari muridkan? Yelah... Cikgu bukan kaya macam sayakan?" Sinis Umariff.
" Umariff." Tegas Puan pengetua.
" Puan, biarlah saya teman cikgu Areena. Lagi pun semua yang jadi pada cikgu Areena semua di sebabkan saya. Lagi pun cikgu Areena ni sepupu saya. Jadi... Mesti mak ngah saya bising sebab tak jaga dia." Reka Umariff membuatkan Puan pengetua sedikit terpempan.
Bukan sekadar Puan pengetua. Areena dan Azrin sekali berkalih. Lelaki itu memang pandai mereka cerita. Wajahnya sedikit pun tidak menunjukkan wajah yang mencurigakan.
" Betul ke cikgu Areena?" Soal Puan pengetua.
" Err..."
Matanya terpandang ke arah mata cantik suaminya. Lelaki itu menjegilkan matanya ke arahnya. Memang sengaja!
' Mulalah tu main kuasa suami dia tu!' Bisik hati kecil Areena geram.
" Err... Ye puan." Jawab Areena perlahan dengan anggukkan kecil.
" Lah yeke? Saya baru tahu... Tak apalah cikgu Azrin. Biar sajalah Umariff yang teman. Lagi pun... Saya perlukan guru untuk kawal budak - budak semua tu." Ujar Puan pengetua membuatkan Azrin terkejut.
" Tapi..."
" Dahlah cikgu... Pergi tengok murid - murid kat sana. Bahaya tinggalkan dorang macam tu je." Sinis Umariff sambil tangannya membuka bonet kereta itu.
Tangan mencapai bag baju Azrin. Selamba dia melempar kasar ke arah guru lelakinya itu. Senyuman sinis di lebarkan di bibir merahnya.
" Okeylah... Saya kemas baju sekejap eh! Tunggu ye!" Ujar Umariff terus berlalu pergi.
Hilang saja bayang Umariff. Azrin cuba untuk memujuk wanita tua yang berada di sisi kereta. Dia tetap mahu menemani gadis itu.
" Puan... Umariff tu masih budak SPM lagi. Boleh ke dia jaga ? Diri dia pun tak terjaga." Cucuk Azrin.
YOU ARE READING
Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )
RomanceAMARAN‼️ Cerita ini di reka sepenuh oleh saya. Tidak berkait dengan yang hidup atau pun yang sudah kembali menghadap Ilahi. ✨🦋✨ Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru perempuan muda yang di pindahkan ke SMK Seri Mahkota. Dia menja...