Bab 1

920 45 5
                                    

            Sekarang adalah waktu mata pelajaran matematik. Areena meletakkan buku dan beg tangannya di atas meja. Wajah pelajarnya satu - satu di lirik.

Dan pastinya Umariff! Kalau hilang lagi mamat tu! Habis dia!

Terlihat lelaki itu rancak berbual dengan seorang wanita di belakang. Rancak sangat tu! Sampai di depan pun lelaki itu tidak perasan.

Bukan tidak perasan. Memang Umariff malas nak endahkan guru yang membosankan itu.

" Bangun..."

Semua murid bangun dari kedudukan. Areena berdiri di depan kelas. Senyuman terlkar indah di bibir. Umariff kembali berdiri di depan mejanya.

" Assalamualaikum Cikgu..."

Semuanya mengikut ucapan salam ketua kelas. Seusai dari itu. Areena memberikan keizinan kepada pelajarnya untuk duduk.

" Baiklah murid - murid. Buka buku teks muku surat 26. Jangan ada yang tido!" Amaran keras Areena apabila melihat Umariff sudah meletakkan beg galasnya di atas meja. Tidak lain tidak bukan. Pasti mahu landingkan kepalanya itu.

Umariff melepaskan keluhan kecil. Di keluarkan buku teks matematiknya. Di letakkan si atas meja. Beg galasnya di bawa turun dan di letakkan di atas lantai.

" Baik... Hari ni, saya nak ajar bab 2..."

Tekun Areena menerangkan tentang bab yang di ajarinya pada hari ini. Matanya tiba - tiba tertancap pada seorang anak murid lelakinya, Umariff.

Penat dia terang! Lelaki itu boleh sedap tidur di belakang! Memang buat dia naik angin. Semua tidak berani berkata apa - apa.

" Datu Umariff!"

Tapi tidak ada langsung gerakkan dari lelaki itu. Areena mengetap bibir. Kaki menorak langkah maju ke meja anak murid nakalnya itu.

" Umariff!"

Di hempas tangannya ke atas meja lelaki itu. Dengan tenang lelaki itu membuka mata dan bangkit dari lena. Di usap matanya bagaikan tidak ada apa - apa berlaku.

" Uish! Dah balik ke cikgu?" Di pandang sekeliling.

Areena mengetap bibir. Sedap lelaki itu saja! Ya Allah! Makin menderau darahnya saat ini.

" Ingat dah balik... Kalau dah balik baru cikgu kejut saya."

" Eh! Kalau dah balik! Saya tak hinginlah nak kejut awak! Biar awak tidur sampai malam! Lepastu hantu datang! Cekik awak!" Geram Areena sambil tangannya mengangkat tangan ingin mencekik anak muridnya, Umariff.

" Huhu! Cerita hantu mana cikgu tengok ni? Dah keliar pawagam ke? Nak tengok ugak! Aidina! Nanti kita tengok sama - sama, eh!" Ujar Umariff sambil mengenyit matanya ke arah Aidina.

Gadis itu hanya menggelengkan saja kepalanya. Tapi di dalam hati sudah tersimpan sebuh rasa. Ada juga tersipu malu apabila lelaki itu mengerdipkan mata kanan ke arahnya.

" Gatal betulkan awak, Umariff! Ingat awak tu nak SPM dah!" Pesan Areena geram.

" Cikgu tu pun samalah! Cikgu tu sebagai guru! Kerja tu biar kerja elok - elok! Bukan nak menggatal dengan cikgu Azrin!" Selamba Umariff.

Naik turun laju dada Areena apabila pelajar itu berani memerlinya. Geram betul! Selamba dia saja!

Dengan selamba Umariff menjatuhkan kepalanya ke atas mejanya kembali. Mata terkatup.

" Berapa kali saya nak cakap, Umariff! Tolong, jangan tido dalam kelas saya!" Keras suara Areena.

" Cikgu ni pandak BM ke tak? Dah Tolong... Letak ' jangan ' pula. Ouh lupa... Cikgukan guru matematik." Sinis Umariff dengan mata yang masih terkatup.

Areena mengetap bibir. Makin geram dia. Baru saja ingin dia menekan kepala anak muridnya itu. Umariff terus membuka matanya dan kembali menegakkan badannya.

" Kalau saya tido pun... Bukannya cikgu mati pun. Hidup jekan?"

" Awak ni memang cabar keimanan saya, Umariff! Tak apa! Awak tunggu!" Tegas Areena berbaur amaran keras.

Umariff endahkan saja. Kepala di jatuhkan kembali. Di tutup telinganya. Malas dia dengar bebelan mulut murai gurunya itu.

Areena sudah hilang sabar. Hanya satu jalan saja dia ingin melepaskan rasa geram!

Tuk! Tuk!

Pintu bilik cikgi Vitrah di ketuk dari luar. Apabila di jemput masuk. Areena terus masuk ke dalam dan melabuhkan punggung di atas kerusi plastik.

" Cikgu... Saya geram betul dengan anak murid saya tu! Umariff! Dia selalu buat saya naik darahlah!" Geram Areena meluahkan semuanya.

" Haih... Banyak juga cikgu lain cakap benda yang sama. Tak apalah... Mari ikut saya... "

" Kemana?"

" Kelas Umarifflah. Biar saya sendiri yang ajar dia." Tegas wanita india itu.

Areena tersenyum syukur. Akhirnya dapat juga dia melepaskan masalahnya pada orang lain. Tapi kasihan juga dia dengan guru disiplin itu. Sudahlah banyak kes budak nakl di sekolah itu dia kenal selesaikan. Kini masalah baru pula!

" Umariff!"

Umariff terjaga dari lena. Pucat terus wajahnya apabila terlihat guru disiplin di luar kelas bersebelahan dengan guru kelasnya.

" Mari ikut saya cepat!" Tegas Cikgu Vitrah.

Umariff dengan lambat - lambat bangun dari kedudukan. Gerun dia melihat rotan yang di pegang oleh guru disiplin itu. Perlahan - lahan melangkah mendekati guru disiplin itu.

Wajah Areena di pandang sekilas. Semua sebab dia! Haih! Kalau aku tahu! Memang aku lari! Desia akal Uamriff menyesal.

Areena tersenyum sinis.

" Haih... Cikgu dengan Umariff ni asyik bergaduh je! Nanti kahwin baru tahu!" Selambai Aiman di belakang bersuara.

Terbuntang mata Areena. Dengan pantas Umariff berkalih. Di pandang tajam wajah lelaki itu. Tertelan liur Aiman di buatnya.

" Aiman! Sekarang bukan masa untuk bergurau!" Tegas suara Cikgu Vitrah.

Aiman tertunduk. Di bawa buku teks itu untuk menutup wajahnya dari di lihat.

" Cepat Umariff!" Tegas Cikgu Vitrah.

Umariff melepaskan keluhan kecil. Dia akur saja. Berdiri di belakang guru disiplin itu.Di lihat ketebalan rotan itu. Fuh!

" Baiklah cikgu, Areena. Biarkan saya yang selesaikan." Ujar Cikgu Vitrah dengan senyuman.

" Terima kasih, cikgu." Ujar Areena tertunduk.

" Mari ikut saya." Tegas Cikgu Vitrah. Umariff hanya akur saja.

Sengaja Areena menjelirkan lidah ke arah Umariff. Umariff panas hati melihat kelakuan guru kelasnya itu. Di tunjukkan gumpalan tangannya ke arah guru kelasnya. Tapi tiada langsung rasa gerun oleh Areena. Lagi puas adalah. Puas dapat menyakitkan hati lelaki itu!

Bersambung...

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now