AREENA menolak daun pintu bilik tidurnya. Terlihat sang suami sedang ralit bermain dengan telefonnya di tangan. Areena mengatur langkah mendekati Umariff di birai katil.
" Abang..."
Areena melabuhkan punggung di atas birai katil. Terlihat Umariff sedang berborak bersama rakannya di dalam kumpulan chat yang mereka tubuhkan sendiri.
" Abang... Kita macam jom." Ajakka lembut Areena.
Sekarang adalah sesi memujuk sang suami. Ego suaminya terlampau tinggi. Sampai ke malam dia hanya mendiamkan diri saja.
" Abang..."
Tangan sang suami di genggam dan kucup lembut. Dia serba salah. Dia takut jikalau si suami merajuk sampai berbulan - bulan.
Umariff menutup telefonnya dan tidak langsung menghiraukan isterinya di sisi yang sibuk memujuk dirinya dari siang hari lagi.
Umariff memang sengaja mahu merajuk lama - lama. Biar gadis itu tahu dia pun reti merajuk. Asyik gadis itu saja merajuk. Dia pun nak juga!
" Abang... Umi dengan abah dah tunggu kat meja makan. Tengah tunggu abang je ni."
Cup!
Beri tahu Areena sambil mengucup kekura tangan kanan suaminya. Di kucup penuh hormat dan taat.
Umariff tidak berkata apa - apa. Dia terus bangun dari kedudukan dan meleraikan genggaman tangan sang isteri. Dia berdiri di depannya.
" Tolong betulkan kain pelekat saya, cikgu." Pinta Umariff mendatar.
Areena mengeluh kecil. Pasti si suami marah sangat - sangat dengan dia. Lihatlah panggilan si suami terhadapnya.
' Cikgu... Saya...'
Areena bangkit dari kedudukan dan membetulkan lilitan kain pelekat suaminya. Seusai dari itu, Umariff terus berlalu pergi tanpa ucapan terima kasih untuk sang isteri.
Areena tertunduk kecil. Takkan tiada sedikit ucapan terima kasih untuknya. Marah sangatkah lelaki itu kepada dirinya? Dia tidak mahu jadi seorang isteri derhaka.
Sap!
Areena tersentak pabila ada satu tangan sasa seseorang mencapai lengannya. Areena mengangkat kepalanya.
Dia tersenyum kecil pabila melihat si suami yang masih prihatin terhadapnya. Walaupun wajah lelaki itu hanya beku saja tetapi hatinya masih terubat.
Sampai saja di tangga untuk turun ke dapur. Langkah Umariff terhenti pabila melihat wajah seorang lelaki yang tidak asing bagi dirinya.
" Umariff... Jomlah turun makan. Sejuk makanan ni nanti." Ajakkan Puam Zaleha.
" Err... Tak apalah. Umi dengan abah makanlah. Umariff tiba - tiba kenyang pula." Ujar Umariff terus berkalih.
Tapi cepat Areena menghalang. Areena mengetap bibir dan memandang tajam ke arah suaminya.
" Areena penat masak untuk abang."
" Masak untuk abang ke untuk bekas kekasih?" Soal Umariff dengan jongketan kening.
" No! Untuk abang!" Bentak Areena geram.
Umariff melarikan pandangan ke arah lain. Tangannya tiba - tiba saja di sentuh oleh si isteri.
" Abang... Sudahlah tu. Jomlah makan. Kalau abanh betul kenyang pun. Temanlah Areena dengan umi abah makan." Ajakkan Areena lembut memujuk sang suami.
Umariff melepaskan keluhan kecil. Lemah betul dia dengan suara lembut sang isteri. Hatinya jadi cair dengan lenggokkan manja sang isteri.
Tanpa berkata apa - apa. Umariff terus berkalih dan melabuhkan punggung di atas kerusi di sisi Razin. Dia mencerlung tajam ke arah Razin.
YOU ARE READING
Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )
RomanceAMARAN‼️ Cerita ini di reka sepenuh oleh saya. Tidak berkait dengan yang hidup atau pun yang sudah kembali menghadap Ilahi. ✨🦋✨ Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru perempuan muda yang di pindahkan ke SMK Seri Mahkota. Dia menja...