Bab 39

729 38 4
                                    

UMARIFF melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja makan di restoran bapanya. Dia dapat meihat wajah Areena terkejut apabila melihat figuranya yang hadir terus ke tempat kerjanya.

Areena menjeling saja wajah lelaki itu. Kawan sekerja di pandang di dalam kawasan dapur. Dia perlukan sangat pertolongan dari rakan - rakannya. Tapi itulah... Kawan sekerjanya semua tidak ngam dengannya! Hanya Kak Nil saja!

"Areena!" terdiam Areena di buatnya. Kaku terus badannya.

Areena berkalih memandang ke arah Umariff. Bibir di ketap. Wajahnya bertukar bengis dan mendekati bekas suaminya.

"Nak apa?" soal kasar Areena mengeluarkan buku pesanan.

"Macam ni ke awak layak tetamu?" soal Umariff dingin.

Eh lelaki ni kang! Nak dingin dengan aku dah kenapa? Ergh!

"Saya memang suara kasar macam ni bos."

"Tuan Umariff..." arah Umariff memotong kata Areena.

Areena menjuling saja bebola matanya. Huh! Ingat aku ada masa nak gaduh ke? Desis akal fikirannya.

"Ye, Tuan? Nak apa ?" soal Areena kembali.

Umariff mengangkat wajahnya memandang tepat ke arah Areena. Lelaki itu memang pandai bermain matakan! Dari wajahnya bengis menjadi wajah resah pula dengan tenungan lelaki itu.

"Apa tengok saya macam tu? Kalau orang tengok macam mana? " Areena melemparkan pandangan ke arah lain.

"Biarlah orang tengok?" selambanya.

"Awak tak payah nak layan saya macam isteri awak boleh? Kalau Aidina tahu perangai suami dia buaya kat luar! Kesiannyalah!" sinis Areena.

"Really? Haih... Saya macam teringin nak kahwin dua baliklah... Kalau saya dapat oder awakkan best? Tapi tulah... Susah sikitlah yang itukan?" usik Umariff.

Wajahnya seperti serius. Tetapi Areena tahu lelaki sengaja mahu mengusiknya. Tetapi kenapa muka tu serius sangat! Seramlah! Desis akalnya.

" Bukan susah! Memang takkan! Kalau awak nak kahwin dua sekali pun! Pergilah cari perempuan lain! Saya takkan pandang awaklah! Lagi satu... Bukan ke awak tak nak jilat ludah sendiri?" sinis Areena dalam bisikkan.

" Hm... Tapi kalau say berjaya buat awak terngiang - ngiangkan saya macam mana?" soal Umariff.

"Huh tolonglah!" rimas Areena.

"Haih... Macam ni. Kita main game!"

"Ah! Malas saya! Tak matang! Awak fikir saya ni budak - budak nak main game? Jangan haraplah saya akan jatuh ke tangan awak semula! Takkan terjadi!" bisik Areena.

"Egokan?" sinis Umariff.

"Saya bukan ego. Saya cuma tak minat lelaki yang tak matang saja. Lagipun ayah saya dah cari lelaki yang lebih layak untuk saya. Tak lama lagi... Kami kahwinlah." tipu Areena.

"Really? Awak cuba saya cemburu ke?" soal Umariff dengan senyuman nakal.

"No... No!" Gagap Areena.

"Haih... Okey. Lets play the game! Dalam game ni... Kita tak boleh cemburu. Kalau cemburu dan marah! Atau menghilangkan diri... Orang tu di anggap kalah dan perlu orang yang menang perlu cari dan akui perasaan masing - masing..." cadang Umariff.

"Huh! Sorrylah saya tak-"

"Apa? Tak ada masa?" potong Umariff.

"Tak ada masa atau takut kalah? Takut sakit sebab cemburu?" sinis Umariff.

"Okey fine! Kita tengok jelah nanti! Saya akan pastikan awak yang akan melutut di kaki saya!" sinis Areena terus bergerak ke arah kawasan dapur.

"Abang nak nasi goreng cinta tau!" jerit kecil Umariff membuatkan mata Areena membulat dan mendekati Umariff semula.

"Eh diam boleh tak? Jangan nak gatal berabang - abanglah! Geli saya dengar!" geram Areena. Risau kawan sekerjanya dengar.

"Ouh... Ye eh? Sorry ye..." sengihan Umariff sengaja membuatkan Areena geram.

"Nak air apa?" kasarnya.

"Nak ai love you ada tak?"

"Huh! Lapuklah!" geram Areena.

"Really?" tersenyum menggoda.

"Awak nak buat saya cemburu atau awak nak saya tak tidur malam ni?" geram Areena terus meluah.

"Entahlah... Mungkin dua - duanya sekali agaknya." ujar Umariff sambil menongkat dagunya.

"Awak jangan nak mengada! Kalau pekerja lain nampak apa dorang fikir nanti!" pesan Areena tidak selesa.

"Apa dorang fikir? Dorang fikir awak ni bekas isteri sayalah!" ujar Umariff.

" Ish! Betul sikit otak tu boleh tak? Nak air apa?" soal Areena mulai geram.

"I think you know what i want babygirl?" garau suaranya menggoda.

Huh! Sah! Lelaki ni memang sengaja buat dia tak tidur malam!

Ish! Kenapa sekarang mereka perlu bertembung? Rimas! Rimas atau lebih kepada suka? Move on Areena! Jangan mudah jatuh! Lelaki macam Umariff berlambaklah kat luar sana! Buaya! Desis akal Areena.

"Amboi? Lamanya tenung saya?" ujar lembut Umariff seakan - akan mahu menggodanya. Di lentok manja kepalanya memandang wajah isterinya.

Ah! Dia memang sengaja buat hati aku tak keruan! Desis akal Areena geram.

Tolonglah kuat wahai hati!

***

Sudah Dua hari berlalu...

Umariff selalu membawa seorang perempuan menemani dirinya di restoran tersebut. Sengaja juga lelaki itu tertawa mesra di depannya. Tetapi masih menjaga batas.

"Tak apa... Kau fikir kau sorang je ke boleh?" soal Areena geram.

Areena mendekati Umariff. Sengaja dia melanggar satu cawan pelanggannya ke atas lantai. Ingin membuat satu drama katalahkan? Desis akal Areena.

Pelanggan pula kacak... Mestilah lelaki itu menjadi mangsa permainannya saat ini. Dia teramat perlukan lelaki itu sangat!

"Oi! Kau buta ke?" terkejut Areena di buatnya. Okey... Jangan fikir drama sama dengan asli situasi.

Baru saja lelaki itu mahu menaikkan tangan ke wajah Areena. Pantas Umariff menghalang dengan memeluk Areena dari arah depan.

Pang!

Kepala Umariff di tampar hebat oleh lelaki itu dari arah belakang. Umariff tersentak.

Kuat juga pukulan lelaki itu. Andai terkena wajah gadis itu. Pasti dia akan melukai gadis itu.

Areena tercengang. Lelaki itu... Peluk dia ke? Dia selamatkan aku ke? Desis akal Areena.

Umariff mengusap kepalanya yang terasa sakit. Dia memandang ke arah lelaki yang ingin menyakit bekas isterinya dengan pandangan dingin.

"Marah macam mana pun! Jangan sampai nak naik tangan!" pesan tegas Umariff.

"Mana aku tak baran bro! Aku ada masalah ngan bini aku! Lepastu pempuan ni buat hal pula! Serabut tahu tak!" geram lelaki itu terus berlalu pergi.

Umariff melepas keluhan panjang dan memandang ke arah Areena. Dia melepaskan pelukan. Wajah gadis itu di pandang lama...

" Lain kali nak buat saya cemburu pun... Cuba cari orang yang betul? Kalau secara tiba- tiba macam tu boleh bahayakan diri awak, Areena." pesan lembut Areena tetapi tegas.

Malunya Areena waktu itu. Lelaki itu bahan dia ke? Ish! Apa ni Areena!

Malu dek!

***

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now