BAB 23

927 77 10
                                    


      Areena meletakkan buku latihan matematik tambahan di hadapan suaminya. Di labuhkan punggung di atas kerusi meja makan. Niatnya ingin mengajar sang suami untuk manjawab nanti. Bagi dirinya, matematik bukannya susah mana. Andai faham... Maka dapatlah dia A plus!

Areena cuba mengajar suaminya walaupun tekaknya terasa loya pabila berdekatan dengan suaminya. Dia cuba menahan dengan mengusap bahagian lehernya.

" Umariff! Kan saya dah kata! x darab x ialah x kuasa dua! Awak bukannya kelas bawah tau untuk saya ingatkan semuanya!  Awak kelas atas, kelas nombor dua! Takkan asas macam ni pun nak saya ajar!" Geram Areena.

Entah moodnya sekarang menjadi pemarah pula. Kadang - kadang ada niat ingin bermanja dengan sang suami. Tapi cepat dia menyedarkan diri dan abaikan saja niatnya itu.

" Saya lupalah... Cuba cikgu bagi perumpamaan. Baru saya faham." Geram Umariff pabila di marahi oleh isterinya.

" Masalahnya benda ni, benda asas kot!" Balas Areena geram pabila sang suami suka menjawab.

" Okey... Sekarang cikgu bagi saya perumpamaan! Contohlah ye saya bagi... Okey, saya ada dua isteri... Isteri pertama, Areena. Dan isteri kedua saya pula, A..."

Pak!

" Awak tak payah nak fikir jauh sangatlah!" Geram Areena memukul peha suaminya.

Mahu saja Umariff tertawa dengan tindakan isterinya dan wajah cemburu sang isteri. Tapi cepat di tahan.

" Betullah saya cakap cikgu... Jadinya isteri kuasa dualahkan?" Ujar Umariff sambil menjongketkan keningnya.

Suka betul Umariff mengusik isterinya. Pabila isterinya marah, pasti wajah putih bersih itu akan merah buatkan dia suka melihat kecomelan sang isteri.

" Dahlah... Awak belajarlah sendiri! Saya malaslah!" Geram Areena dengan perangai sang suami.

Pantas Areena bangkit dari kedudukan. Malas dia mahu berlama. Lelaki itu bagaikan tidak faham tentang perasaan dia. Sudahlah dia terseksa dengan tekaknya itu.

Tetapi langkah Areena terhenti pabila pinggangnya di tarik dan punggungnya mendarat di atas riba si suami. Terkejut Areena sehingga menghasilkan jeritan kecil.

" Umariff!"

Pak!

Di pukul bahagian sisi peha suaminya dek kegeraman. Umariff tertawa kecil.

" Ish! Lepaslah!"

" Awak nak gi mana? Cikgu kena ajar saya dulu!"

" Taknaklah! Saya tak laratlah, Umariff. Badan saya tak sedap ni!" Geram Areena menyeringai.

Uwerk!

Terkejut Umariff dengar itu. Pantas Areena cuba mengurai pelukkan tangan di pinggangnya. Kaki menorak ke arah singki.

Uwerk!

Uwerk!

Terasa sakit di bahagia dadanya. Air mata sudah pun mengalir membasahi pipinya. Kenapa dia perlu ingat tentang itu!

' Alhamdulillah... Puan Rena mengandung. Taniah ye, Puan.'

Arghh!

Siapa yang mahu menjadi ayah kepada anak ini? Umariff? Tak mahu dia! Tak fasal - fasal dia di madukan dengan Aidina! Desis akal Areena.

" Cikgu?" Lembur suara garau itu menyapa sang isteri.

Bahu Areena di peluk dek risau. Wajahnya tampak risau pabila melihat isterinya tiba - tiba saja loya dan muntah.

" Saya nak naik atas." Ujar Areena meminta diri dan menepis tangan suaminya.

" Sayang..."

" Umariff... Tolong fahamkan saya. Saya tak bolah nam dekat dengan awak... Lepaslah."

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now