Umariff menjatuhkan punggungnya di atas lantai. Beg galasnya di letakkan di sisi kanannya.
" Uish! Jarang -jarang kau datang awal, Uma?" Soal Aiman.
" Asal? Ada masalah dengan kau ke?" Ujar kasar Umariff memandang tajam ke arah rakan sekelasnya.
" Eleyh... Aku tanya aje. Tak apalah... Hehe..."
Aiman terus berlalu pergi. Dia duduk sedikit jauh dari lelaki kerek itu. Yelah... Lelaki itu bukan suka sangat dengan budak lurus sepertinya.
Umariff membetulkan rambutnya yang sedikit cacat di depannya. Mata melirik ke sekeliling dan setiap penjuru di dalam perhimpunan.
" Mana dia?"
Sosok sang isteri di cari. Tapi tidak langsung dia nampak. Mungkin di dalam bilik guru agaknya.
Umariff mencebik bibir dan mengangkat bahunya. Di tarik dekat begnya ke sisi. Di lentokkan kepalanya di atas beg. Mata terkatup.
Areena memasuki bangunan perhimpunan. Sosok suaminya di cari. Apabila terlihat, Areena menggelengkan kepalanya.
" Haih... Dia nikan! Semua tempat nak tido!" Gumam Areena geram.
" Cikgu Areena? Kenapa ni?" Soal Cikgu Azrin yang tiba - tiba saja muncul di sisi Areena. Terkejut gadis itu di buatnya.
" Err... Tak ada apalah." Ujar Areena dengan sengihan.
Areena terus membuka langkah mendekati para guru wanita di sisi pentas. Terlihat seorang guru sedang menaiki anak tangga pentas.
' Hmm... Mesti ada solat hajat ni? ' Bisik hati kecil Areena.
" Assalamualaikum semua..." Ucap salam Cikgu Badiah.
" Waalaikumusalam... Cikgu!" Semuanya menjawab salah gurunya di atas pentas. Kecuali Umariff yang sedang nyenyak tidur di belakang.
" Baiklah semua... Macam biasa. Hari jumaat ni. Sekolah akan buat program bacaan yassin dan solat hajat. Semua boleh bangun kite gerak ke surau." Arah cikgu Badiah.
" Baik cikgu!"
Semua pengawas mula membuat kerja. Di arahkan semua murid untuk bangun dan bergerak ke surau.
Areena mengetap bibir apabila melihat anak muridnya yang seorang lagi itu. Umariff!
' Dia ni buat apa malam tadi? Nak cakap jaga anak! Anak siapa pula dia jaga semalam!' Geram Areena.
Dia terus membuka langkah mendekati suaminya. Perhimpunan hampir lengang. Tapi suaminya masih tidak bangun dari lena.
" Umariff! Bangun!" Jerit Areena tegas.
Tersentak Umariff. Dia terus bangun dari kedudukan. Bertaut rapat keningnya apabila melihat semua pelajar sudah tiada.
" Er... Mana semua orang cikgu?" Soal Umariff melihat sekeliling.
" Semua dah ke surau. Awak tu! Cepat sikit! Jalan ke surau!" Tegas Areena.
" Ish! Janganlah garang sangat! Nak jadi isteri derhaka ke hah?" Bisik Umariff menggosok kedua belah matanya.
Terdiam Areena. Di pandang sekeliling. Nasib tiada sesiapa.
" Sudah! Cepat!" Tegas Areena.
" Areena..."
Satu suara garau menyentak Areena dan Umariff. Pantas kepala mereka berkalih. Cikgu Azrin.
" Ye cikgu?" Soal Areena dengan kedutan di dahi.
" Err... Mari teman saya ambil sejadah di stor bawah tangga."
" Ouh-"
" Saya nak ikut!" Pinta pantas Umariff.
YOU ARE READING
Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )
RomanceAMARAN‼️ Cerita ini di reka sepenuh oleh saya. Tidak berkait dengan yang hidup atau pun yang sudah kembali menghadap Ilahi. ✨🦋✨ Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru perempuan muda yang di pindahkan ke SMK Seri Mahkota. Dia menja...