AREENA melepaskan keluhan berat. Selalunya Kak Nil yang akan hantarkan makanan ke ofis majikan mereka. Tetapi boleh pula Kak Nil mengambil cuti.
Areena yang memasak. Dia juga yang kena hantar? Huh! Boleh tak bayar untuk penghantaran sekali? Ish! Sabar jelah majikannya! Kalau nak sangat rasa masakkannya. Tak salah kot kalau datang restoran ini sendiri! Tak perlulah dia perlu menyusahkan diri menghidupkan ejen dan gerak ke ofis majikannya! Leceh! Bebel panjang akal Areena.
Areena menuruni dari atas motor. Areena bergerak ke arah lif. Butang satu di tekan dan bergerak ke kaunter pertanyaan.
" Penghantaran makanan untuk bos..." beritahu Areena.
"Ouh... Boleh hantar di tingkat 30." terang gadis yang berada di kaunter.
Areena membalas dengan senyuman dan bergerak kembali ke arah lif. Dia memasuki perut lif. Bertaut rapat keningnya apabila melihat butang 30 tiada. Hanya ada 25 saja. Mana selebihnya?
"Aik? Budak tu scam aku ke? Mana ada 30." geram Areena.
Tiba - tiba ada seorang gadis yang rambutnya separas punggung memasuki perut lif yang sama.
"Er... Cik? Tingkat 30 ada ke kat sini?" soal Areena.
Gadis itu berkalih dan memandang ke arah Areena dengan pandangan curiga.
"Awak siapa? Penghantaran makanan ke?" soal gadis itu.
"Err... Saya pekerja di restoran Tradisi Malaysian. Saya datang ni nak hantar makanan pada bos." ujar Areena.
"Ouh... Untuk tuan Rif lah ni?"
"Hm... Tingkat 30 ada dekat lif vip je. Kalau lif pekerja biasa tiada. Kena guna tanggalah..." terang lembut gadis itu sambil memintal rambutnya.
"Ouh... Yeke?"
"Hm... Tak apalah. Biar saya hantarkan." lembut gadis itu.
"Ouh boleh ke? Terima kasih banyaklah ye. Harap allah membalas segala kebaikan awak."
"Aminn..."
Areena keluar dari perut lif sambil tangan melambai ke arah gadis itu dengan senyuman tipis di bibir. Haih... Nasib baiklah ada seseorang yang baik hati mahu membantu.
Areena turun kembali ke tingkat G di mana dia memakirkan motor pinjaman ayahnya di sana.
Dia memakai topi keledar. Dia terasa bagaikan di perhatikan saja. Dia memandang ke arah kereta proton siri baharu yang berwarna hitam di sisi motornya.
Tingkapnya gelap. Dia mendekatkan kepalanya ke tingkap tersebut. Hanya dapat melihat samar - samar saja.
Umariff sudah gelabah jika gadis itu menjenguk dan melihat dirinya di dalam perut kereta. Pantas dia bergerak ke kerusi penumpang belakang dan menyorokkan dirinya di belakang kerusi pemandu.
"Hoi!"
Terkejut Areena apabila di tegur secara sebegitu. Areena berkalih dan mengusap dadanya.
"Awak nak mencuri ye?" soal lelaki berumur itu.
"Eh! Mana ada! Saya cuma tengok - tengok jelah." ujar Areena geram. Sedap orang tua itu saja mahu menuduhnya. Kenapa? Muka dia nampak macam pencuri ke? Desis akal Areena geram.
" Iya iya je! Sudah! Pergi!" halau lelaki berumur itu.
"Orang tahulah... Sabar boleh?" gumam Areena terus menunggang motorsikalnya.
Areena mengundurkan motornya ke belakang. Matanya tertancap ke arah nombor plat kereta tersebut.
Kenapa dia pernah lihat? Dia pernah lihat nombor plat itu di rumah ibu dan ayah Umariff. Tak mungkin...
YOU ARE READING
Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )
RomanceAMARAN‼️ Cerita ini di reka sepenuh oleh saya. Tidak berkait dengan yang hidup atau pun yang sudah kembali menghadap Ilahi. ✨🦋✨ Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru perempuan muda yang di pindahkan ke SMK Seri Mahkota. Dia menja...