BAB 2

829 54 21
                                    

           Cikgu Vitrah melabuhkan punggung di atas kerusi kerjanya. Di panggil Umariff agar berdiri di hadapannya.

Umariff melepaskan keluhan kecil. Dengan wajah masam dia membuka langkah berdiri tegak di depan guru disiplinnya. Dia tertunduk , takut akan rotan yang di pegang oleh cikgu Vitrah.

" Awak tahu kenapa saya panggil awak ke sini?" Soal cikgu Vitrah. Sengaja wanita itu memainkan rotan itu di atas meja.

" Saya... Saya..."

Pang!

"Jawablah!"

" Saya tido dalam kelas!"

Jerkahan cikgu Vitrah membuatkan Umariff terkejut. Mulut terus memberi jawapan apabila di jerkah seperti itu.

" Ouh... Jadi awak tahulah  benda tu salahkan?"

Umariff membalas dengan anggukkan. Tapi dia masih tidak berani mengangkat kepala. Tidak berani dia membuka mulut.

" Macam nilah Umar... Saya akan bagi denda untuk didik awak. Untuk jadi pelajar yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin. Balik sekolah ni... Saya akan suruh Pakguard untuk tahan awak balik sekolah. Awak kena cuci tandas selama 2 minggu tanpa selang sehari pun!" Tegas cikgu Vitrah.

" Apa!!" Terbuntang luas mata Umariff apabila dia di denda seteruk itu.

" Cikgu... Saya minta maaflah -"

" Saya tak kesahlah awak nak cakap apa! Salah tetap salah! Orang buat salah harus di denda dan di beri pengajaran!" Tegas cikgu Vitrah.

" Ta... Tapi-"

" Keluar!" Cikgu Vitrah menunjukkan rotannya di depan Umariff. Tertelan liur lelaki itu.

Apabila melihat cikgu Vitrah ingin mengangkat rotannya. Dengan pantas Umariff berlari ke daun pintu keluar.

" Umariff." Baru saja Umariff mahu keluar dari bilik cikgu Vitrah. Tiba - tiba pula namanya di seru.

Umariff berkalih sedikit. Sengihan di tayang. Dia tidak tahu apa lagi salahnya.

" Saya tahu awak anak orang berada. Tapi adab tu kena ada. Dengan sesiapa pun... Adab tu kena jaga."

" Baik cikgu." Umariff tertunduk sedikit kepalanya.

" Baiklah... Awak boleh ke kelas semula."

" Baik cikgu." Dengan pantas Umariff berlari keluar dari bilik disiplin itu.

Di tangga. Mulutnya terkumat kamit memaki hamun guru kelasnya. Tak pasal - pasal dia kena cuci tandas! Salah dia juga kerana cari masalah dengan gutu kelasnya yang gila itu! Desis akal Umariff sempat dia mengutuk gurunya.

Areena membuka pintu keretanya. Baru saja ingin menerobos masuk ke dalam kereta myvi miliknya. Badannya di tarik kasar. Terjerit kecil Areena di buatnya.

Badannya di tolak kasar ke dinding. Sudahlah lorong di situ gelap. Memang tiada lampu jalan atau pun orang lalu lalang.

" Oi! Tak yah jerit boleh tak?" Marah suara garau itu.

Bagaikan pernah dengar saja suara itu. Apabila lelaki itu membuka topeng mukanya. Terbuntang mata Areena apabila melihat pelajar kelasnya  sendiri yang memperlakukan dia seperti itu.

" Apa awak buat ni Umariff! Lepaskan saya! " Areena cuba menepis tangan lelaki itu dari terus mencengkam bahunya. Tapi di genggam kuat oleh anak muridnya.

" Duduk diamlah cikgu!" Di tekan kuat bahu gurunya membuatkan Areena mendengus kesakitan.

" Sebabkan cikgulah saya kena cuci tandas tadi! Dan esok! Saya kena cuci lagi!" Geram Umariff.

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now