Umariff melutut di depan ibunya. Dia sesal dengan perbuatannya yang tidak pernah memikirkan akibatnya.
Datin Suraya terdiam juga mendengar kata - kata anaknya. Tidak dia menyalahkan anaknya seratus peratus.
Cuma anaknya terlalu baik untuk membantu rakannya. Baik itu memanglah... Tapi penipuan yang anaknya lakukan itu hampir membuatkan Datin Suraya naik angin. Tapi di sabarkan diri tidak mahu anaknya lebih tertekan. Sudahlah lelaki itu tidak lama lagi akan duduki ujian SPM.
" Umariff menyesal, Mummy... Tolonglah... Pujuk Areena untuk balik semula." Tangis Umariff sambil memandang ibunya penuh pengharapan.
" Sudahlah Umariff... Bangunlah. Mungkin buat masa ni Areena perlukan masa. Kamu berilah dia masa sekejap. Nanti dalam dua minggu... Redalah nanti." Ujar lembut Dato Kamal.
Tenang saja ayahnya. Tidak seperti ibunya yang moodnya tidak menentu.
" Tapi Umariff perlukan dia, daddy... Umariff rindu isteri Umariff... Umariff rindu anak Umariff." Tangis Umariff sudah bersujud lemah di atas lantai.
Kasihan pula Dato Kamal melihat anaknya seperti itu.
" Sabarlah Umariff... Berilah Areena masa. Nanti dan lama sikit... Baru kamu pujuk dia semula. Areena tengah mengandung... Susah untuk isteri kamu kawal emosi ketika mengandung. Lagi - lagi bila tengok kamu mesra dengan Aidina. Macam - macamlah dia fikir nanti." Ujar Datin Suraya mula bersuara.
" Umariff tak buat apa - apa pun dengan Aidina, My..." Tangis Umariff.
" Ye... Mummy kenal anak mummy. Anak mummy ni baik sangat... Tapi tulah... Apa - apa pun nak buat... Isteri kamu kena tahu! Jangan berahsia! Sekarang? Tengoklah apa jadi?" Marah Datin Suraya.
" Umariff menyesal, Mummy..."
" Tak guna kamu nak menyesal... Benda dah jadi. Dengar kata mummy tadi... Beri Areena masa untuk rehat dan bila dah reda kamu pergi pujuk dia dan beritahu perkara yang sebenar." Ujar Dato Kamal sambil mendekati anaknya serta menarik anaknya untuk bangkit dari melutut lemah di atas lantai.
" Kalau Areena tak percayakan Umariff macam mana, Daddy?" Soal Umariff risau.
" Areena patut percayakan kamu dari orang luar. Kamu suami dia! " Tegas Dato Kamal.
" Sudahlah... Pergi naik atas dan berehat. Nanti daddy dan mummy fikirkan caranya. Dah pergi..." Arah Dato Kamal.
" Thanks, dad..." Ucap Umariff dengan getaran suara serak.
Tangan ibunya dan ayahnya di salam penuh hormat serta taat. Dia mengharapkan isterinya pulang kembali ke pangkuannya. Dia tak mahu menanggung rindu dan berjauhan dengan sang isteri.
' Abang cintakan sayang... Percayalah...' Tegas Umariff di dalam hati kecilnya.
Sudah empat hari Areena menunggu suaminya memujuk dirinya di rumah puan Zaleha. Tapi tiada langsung kelibat lelaki itu.
" Aku dah agak dah! Dia memang tak cintakan aku! Kau je yang berharap!" Gumam Areena geram.
Baru saja mahu melangkah masuk ke dalam rumah. Telinganya terdengar bunyi motor yang semakin menghampiri rumahnya.
Areena berkalih. Terlihat suaminya yang sedang memakirkan motornya di halaman rumah ibunya. Pantas Areena mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Merajuk konon!
' Kalau datang nak pujuk! Sorrylah! Lambat! Aku bagi 4 hari je!' Bisik hati Areena geram.
Umariff mencabut topi keledarnya dari kepalanya. Dia tersemyuman kecil pabila melihat sosok yang di rinduinya.
YOU ARE READING
Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )
RomanceAMARAN‼️ Cerita ini di reka sepenuh oleh saya. Tidak berkait dengan yang hidup atau pun yang sudah kembali menghadap Ilahi. ✨🦋✨ Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru perempuan muda yang di pindahkan ke SMK Seri Mahkota. Dia menja...