BAB 3

782 57 11
                                    


            Areena mencerlung tajam ke arah pelajarnya. Pelajar dia ni memang gatal agaknya!

"Ergh! Cikgu yang mula dulu!" Umariff terus membuka pintu keluar.

Terkejut mereka apabila melihat para lelaki yang berada di luar. Lagi membuatkan jantung mereka hampir luruh apabila terlihat kamera di belakang lelaki tersebut.

" Assalamualaikum.. Kami dari jabatan agama..." Kad yang berada di lehernya di tunjuk di hadapan Umariff. Tertelan liur mereka berdua.

" Waalaikumusalam... Kenapa ye Encik?" Soal Areena di belakang Umariff. Lelaki itu hanya membeku saja.

" Kami dari jabatan agama. Ada orang di kawasan sini hantar aduan pada kami. Ada orang islam yang belum halal lagi duduk serumah."

" Err..."

Umariff dan Areena saling berpandangan. Jatung berdegup kencang bagaikan mahu keluar saja.

" Boleh saya minta sijil nikah untuk kepastian yang awak berdua ni suami isteri?" Pinta lelaki itu.

" Tak... Encik macam ni. Saya guru dia... Kami tak buat apa - apa pun." Ujar Areena maju ke hadapan.

" Maafkan saya Cik. Mari ikut kami."

" Tak... kita orang tak buat apa - apa pun." Bantah keras Areena.

" Tak adanya! Kau fikir aku tak dengar kau jerit kesedapan tadi!" Terjah Cik Kiah di rumah sebelah.

" Jadi Cik Kiahlah yang telefon dorang ni semua eh!" Marah Areena. Wajah wanita itu di pandang tajam.

" Ha'ah! Orang dah buat maksiat! Takkan aku nak diam?" Jawab Cik Kiah lalu masuk ke dalam rumahnya.

" Cik... Cepat. Mari ikut kami. Jangan susahkan kerja kami. Kalau Cik dan Encik susahkan kerja kami... Kami akan paksa lebih kasar lagi.

          Tidak kesahlah guru atau pun sesiapa. Duduk berduan dengan yang bukan mahram adalah haram dalam islam." Terang lelaki itu.

" Tapi kami tak buat apa! Saya minta tolong dia masuk ambil buku!" Terang Areena.

" Muslimah..."

Di panggil wanita - wanita berhijab di belakang untuk menangkap Areena. Areena cuba melepaskan diri. Tapi tidak berjaya.

Umariff hanya akur saja. Dia di masukkan ke dalam kereta. Matanya hanya memandang ke arah shark a.k.a motor besarnya itu.

' Maafkan Papa... Nanti Papa datang balik eh!' Bisik hati kecil Umariff sendu.

Areena tidak berhenti mengeluh. Dia akan menerangkan semuanya semula nanti! Tak! Dia tak mahu di nikahkan bersama anak muridnya sendiri! Desis akal Areena.

Sampai saja di bangunan JAKIM. Dia cuba menerangkan semuanya. Dia boleh di saman jika masih mahu melawan.

Areena hanya pasrah saja. Dia dan Umariff perlu menelefon ibu dan ayah mereka untuk datang ke sini. Terkumat kamit Areena mengutuk lelaki itu.

Salahkan dia mahu menegakkan kebenaran? Dia tidak lakukan apa - apa perkara keji pun!

Apabila terlihat ibu bapa Areena dan Umariff sudah tiba di muka pintu. Dengan pantas Areena berlari mendekati ibu bapanya.

" Umi!" Di peluk erat. Lemahnya dia di depan ibunya. Air mata mengalir membasahi pipinya.

" Ya Allah... Umariff? Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Datin Suraya risau akan anaknya.

Areena dan Umariff cuba menceritakan tentang hal sebenar. Ayah Umariff dan Ayah Areena cuba menerangkan semuanya kembali.

Tapi mahu tak mahu... Mereka tetap perlu di nikahkan bagi menutup aib keluarga. Gambar yang di tangkap oleh juru gambar tadi. Bila - bila masa saja boleh tersebar luas.

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now