Bab 20

868 64 8
                                    


       Sudah tiga hari sang isteri hanya mendiamkan diri saja. Banyak kali juga Umariff cuba mencafi topik untuk berborak mesra bersama sang isteri. Tetapi jawapan isterinya hanya...

hmm...

Itu saja. Bagaikan orang tidak berperasaan saja. Banyak kali juga Umariff cuba memujuk. Dan jelingan saja yang menjadi jawapan.

Kini sekolah sudah di buka kembali. Sudah seminggu lebih sekolah di tutup dek aktiviti yang telah di anjurkan oleh pihak sekolah sebelum ini.

Umariff berdiri di sisi sang isteri yang sedang sibuk menyusun sarapan di atas meja. Areena memandang sekilas saja suaminya.

Umariff menghadiahkan senyuman manis untuk sang isteri. Tangan cuba memeluk si isteri tapi pantas gadis itu menepis. Terasa juga dia.

" Tu makan cepat! Nanti lambat pergi sekolah!" Tegas Areena dan terus berlalu pergi ke arah sinki.

Umariff mengeluh kecil. Susah juga mahu memujuk sang isteri. Fikirnya mudah saja. Beri ayat manis saja sudah cukup. Tapi lain pula jadinya.

" Sayang... Tie abang ni sengeklah. Boleh sayang tolong betulkan?" Ujar manja Umariff dengan lenggokkan.

Areena memandang suaminya. Pandangan dingin saja. Bagaikan tidak berminat langsung mahu bermanja bersama sang suami.

" Nanti gi sekolah. Suruhlah si buah hati tu yang betulkan." Jawab Areena terus berkalih dan kembali membasuh pinggang, mangkuk yang berada di dalam sinki.

Umariff melepaskan keluhan yang panjang. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi. Isterinya di tenung saja dari tadi. Dia masih memikirkan cara untuk mengambil hati sang isteri kembali.

Rajin pula isteri. Sempat lagi dia mengemas dapur.

" Sayang... Makanlah dulu. Nanti - nanti jelah kemas." Ajakkan lembut Umariff.

" Ajaklah buah hati awak tu. Lagi pun saya dekat rumah ni hanya orang gaji aje... Dan perempuan simpanan awak je. Tak layak untuk dapat cinta awak langsung pun kan..." Balas Areena kecewa.

Sedikit pun tidak mahu langsung memandang suaminya.

" Sayang elok sikit bahasa tu! Siapa yang cakap sayang orang gaji? Siapa yang cakap sayang perempuan simpanan abang? Ingat sikit! Sayang isteri abang! Isteri yang sah!" Tegas Umariff.

Tidak gemar betul Umariff dengan perlian sang isteri. Dia tahu sang isteri sedang memerli. Tapi dia tidak suka dengan perkataan perempuan simpanan itu.

" Suka hati abanglah!"

Areena terus bergerak ke arah pintu belakang rumah. Dia keluar dan niatnya ingin menyiram pokok bunga yang berada di belakang.

Daripada sakit hati melihat wajah sang suami. Baik dia siram pokok kat belakang. Rimas pula dia.

Umariff melepaskan keluhan kecil. Salah ke apa yang dia cakap?

Umariff tersenyum bermaksud pabila sel - sel otaknya kian berhubung juga. Dia berlari ke arah ruang tamu.

Mulut Areena terkumat kamit menggosip tentang diri sendiri. Bagaikan bertih jagung mulutnya membebel.

Pop! Pop! Pop!

Tiba - tiba, bebelannya terhenti pabila terdengar bunyi petikan gitar dari arah belakangnya. Areena berkalih.

Terlihat sang suami yang berada di muka pintu. Lelaki itu tersenyum manis dan sambil tangannya memetik gitar. Sedap alunannya.

" Hey... Sorang sajakah..."

" Mengapa sendirian..."

Lembut nadanya. Areena terus menjeling suaminya dan kembali menyiram pokok bunga yang di tanam oleh entah siapa pemiliknya dia pun tak tahu.

Dengan misi memujuk ini. Umariff telah mengalunkan lagu Azarra Band - Siapa kata.

" Apa jeling - jeling...
Aku hutang apa sama kamu...
Bila marah... Kamu makin cantik.
Tak pernah kurang sayangku."

Umariff mengatur langkah mendekati sang isteri. Dia menyelak gitar itu ke arah belakang tubuh badannya.

Dalam sibuk sang isteri membelakanginya. Dia memeluk pinggang gadis itu dan di kucup lembut pipi gadis itu tanpa izin membuatkan Areena menolak kasar pipi sang suami.

" Marah abang ke?" Soal Umariff misi memujuk.

" Tak payah nak pujuk sangatlah! Apa yang awak dapat kalau pujuk saya!" Keras suara Areena sambil menjeling suaminya.


Umariff cuba untuk memeluk pinggang sang isteri untuk kali yang kedua. Di peluk erat - erat dan memang tiada peluang untuk sang isteri bernafas.

Areena cuba untuk meleraikan. Tetapi dia pasrahkan saja.

Kali ini Umariff menggunakan lagu Alololo dari issey pula. Harap kali ini menjadi!

" Tenung mata aku kali ini, sayang...
Beri aku peluang kedua..."

" Bumi, gunung, langit jadi saksi, sayang. Takkan ada lagi orang ketiga..."

Nyanyi merdu Umariff di sisi telinga sang isteri. Dia peluk erat pinggang sang isteri dan sengaja di goyang ke kiri dan ke kanan. Di rapat kepalanya dengan kepala sang isteri.

" Penat aku memujuk...
Kau hilang buat aku terduduk...
Janganlah marah dan merajuk...
Dah macam orang kena sampuk..."

Areena berkalih pabila terdengar lirik lagu tersebut. Suaminya mengata dirinyakah? Teruk sangat ke dia merajuk sampai nampak macam orang kena sampuk?

"Yang... Alololololo... sayang.
Ting ting tang ting tang ting... sayang... "

Manja Umariff sambil mencubit pipi sang isteri. Tangan di pinggang sengaja mencubit lemak perut sang isteri.

" Aku rindu sikap manjamu yang dahulu..."

Umariff mengalihkan badan samg isteri agar berdiri menghadapnya. Di tekan pipi sang isteri sehingga membuatkan mulut gadis itu bermuncung ke depan.

Areena masih mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia masih tidak faham niat sang suami memujuknya. Dia perlu kuat! Dia tak boleh lemah dengan pujukkan manja sang suami!

" Sudahlah! Lambat nanti!"

Areena terus menolak badan suaminya. Tidaklah kasar. Hanya ingin memberikan sedikit ruang untuk dia lalu saja.

Umariff masih gagal!

Haih...

Susah sangat! Fikir senang ke?






Sebelum Areena masuk ke dalam kereta yang berwarna hitam itu untuk ke tempat kerjanya iaitu sekolah sang suami. Dia tidak terlupa untuk menyalam lelaki itu dek dia masih ingat...

Kecewa macam mana pun dia! Lelak itu masih suami dia! Dia masih ingat pesan sang ibu!

Umariff mengeluh kecil. Isterinya sempat menyalam dirinya. Sedangkan dia? Baru saja memegang kepala sang isteri dan ingin mengucup. Sang isteri sudah bergegas masuk ke dalam kereta.

" Tak apalah Uma... Malam ni ada lagi. Ya Allah... Harap - haraplah si Adina tu tak tegur aku kat sekolah! Aminn..." Doa Umariff sambil menandah tangannya.

Risau dia... Bak kata gadis itu menegurnya. Makin membuak - buak api kemarahan sang isteri kepadanya.


Areena langsung tidak memandang suaminya. Entah hatinya sakit pabila mendengar jawapan sang suami kemarin. Dia seorang isteri, tidak pantaskah diri dia yang di cintai oleh seorang suami. 

' Sedarlah Areena... Kau baru  je muncul dalam hidup dia. Kau tak fikir ke masa depan dia juga? Jaga emosi kau, Areena. Jangan sampai terbawa ke sekolah! Bahaya kalau pihak sekolah tahu!' Bisik hati kecil Areena.

Bersambung...

jangan lupa vote ye!!

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now