Bab 36

494 38 3
                                    

UMARIFF melabuhkan punggunya di atas kerusi kerja. Keluhan panjang di lepaskan. Hari demi hari dia masih merasakan kesunyian tanpa sosok seorang gadis yang bernama Areena.

Dia cintakan Areena dari segala - galanya. Tapi perkara terkutuk yang pernah berlaku di depan matanya membuatkan Umariff berbelah bagi.

"Sudah Umariff..."

"Cukup fokus pada Aidina... Andai kau nak kembali isteri pertama! Belum tentu dia nak terima kau!" gumam Umariff mahu menghilangkan bayang Areena dari kotak pemikirannya.

Badan di sandar ke belakang. Mata terkatup dan cuba mencari nafas lalu mula bertenang.

Panggilan interkom membuatkan matanya kembali terbuka. Di tekan butang telefon.

"Ye kak Mah? Kenapa?" soal Umariff.

"Tuan Umariff... Ada orang nak jumpa tuan." beritahu personal assistantnya di luar.

"Ouh... Siapa ye? Boleh saya tahu nama?" soal Umariff.

"Namanya Azrin..."

Dari tenang menjadi dingin dan bengis. Serabut benar dia mendengar nama itu. Apa lelaki itu mahukan darinya?

"Suruh dia pergi atau saya suruh pak guard saja halau jantan tu!" kasar suara Umariff.

Terkejut Azrin. Dia mahu bertemu lelaki itu sangat - sangat. Dia berharap dapat bertemu...

Tapi mahu berbuat apa lagi. Orang tidak mahu pandang. Dia akan cuba lain kali...

***

AREENA menghempas pulas di dalam kawasan dapur. Nasi goreng kesukaan Umariff di goreng.

Nasi goreng Cinta...

"Areena? Banyaknya kau masak?" soal Puan Zaleha.

Areena berkalih dan membalas sambil tersenyum mekar di bibirnya.

"Banyaklah... Abah... Umi... Areena lagi. Lepastu Um- " Areena terdiam seketika.

Bagaimana dia boleh lupa? Areena berdehem sedikit mahu menghilangkan bayang bekas suaminya dari dalam fikirannya.

"Areenakan makan banyak. Tu yang masak lebih..." ujar Areena dengan senyuman kecil dan tidak semesra tadi.

Areena berkalih dan kembali memasak. Wajahnya sayu dan air mata mula bertakung.

"Areena?"

Areena berkalih sekilas memandang uminya.

"Umi tahu kamu masih ingatkan tentang Umariff. Sabarlah sayang... Umi tahu... Umariff kemungkinan tak dapat nak kawal kemarahan dia. Umi tahu dia masih cintakan kamu." pujuk lembut puan Zaleha.

"Kalau betul dia cintakan Areena. Dia takkan ceraikan Areena." keras suara Areena kecewa.

"Aree-"

"Sudahlah umi! Bagi Areena, lelaki tu dah mati dalam hidup Areena! Areena tak nak dengar apa - apa tentang dia walau nama sekali pun! Bagi Areena, lelaki tu tak cintakan Areena dan lebih memilih kekasih tercinta dia yang lama!" kerad suara Areena memotong kata - kata uminya dan terus berlalu pergi.

"Ya allah... Bertuah betul budak ni."

Pantas puan Zaleha menutup api dapur. Anaknya pergi begitu saja. Dia tahu anaknya kecewa.

Areena menangis semaunya di sisir pantai. Hatinya rapuh benar sekarang... Nama bekas suaminya seakan - akan tidak akan berhenti di seru di tepi telinganya.

Cukuplah! Dia takkan mungkin mahu mengulanginya lagi! Dia lelah! Dia saja yang mengalah! Tetapi lelaki itu tak pernah melihat pengorbanannya! Dia takkan buang masa! Walaupun ada rasa cinta itu lagi... Dia akan cuba untuk lenyapkan!

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now